Kawan sering makan luar..dalam bahasa yang mudah difahami, makan di kedai..maklumla, kawan tak berapa pandai memasak dan malas mengemas selepas memasak..Bertahun kawan makan di kedai..kadang-kadang seorang diri, kadang-kadang bersama rakan-rakan, kadang-kadang bersama orang tersayang..Namun, seringkali kawan bengang dan tak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh si pelayan, tuan kedai mahupun tukang masak..
Di sini kawan ingin memberikan beberapa contoh;
Situasi 1
Pelayan: Nak order eh bang?
Penulis : (Dalam hati) Habis tu kau ingat aku datang nak main terup ke?
Pelayan: Nak order apa bang?
Penulis : Apa ada kedai kau ni?
Pelayan: Semua ada bang..
Penulis : Owh, semua ada ek..kau bagi aku piza large satu..
Pelayan: Erk, piza takdela bang..nak abang gi la Pizza Hut..
Penulis : Tau pun, kau cakap semua ada..
Pelayan: Goreng-goreng ada la bang..
Penulis : Apa sedap kedai kau ni?
Pelayan: Semua sedap bang..
Penulis : Yeke? Tak ramai orang pon kedai kau ni..Kau bagi aku yang paling sedap kat kedai ni..
Pelayan: Erk, abang nak order apa ni bang?
Penulis: Dalam banyak2 yang sedap mesti ada yang paling sedap..bagi aku yang paling sedap..
Pelayan: Saya amik menu la ek..abang pilih dari situ..
Penulis: Ada pun menu..kan senang..takdelah kau ngarut bila aku tanya..
Situasi 2
Penulis : Dik, meh sini..bagi aku air sejuk satu..
Pelayan: Ais kosong ek?
Penulis : Badan aku tak lebam..watpe aku nak ais..aku nak minum air sejuk..
Pelayan: Ais kosong la tuh
Penulis : Aku tak kesah la kau panggil ape..yang penting air aku tu nanti sejuk..
Pelayan: Orait..ais kosong satu
Penulis : Kimak tol budak ni..
Situasi 3
Penulis : Dik, kira
Pelayan: (Sambil mengira) Semua sekali 13.90
Penulis : Kira balik
Pelayan: (Dengan yakin mengira ala tokey kedai henset) 13.40
Penulis : Aik, ko ni..tadi lain, ni lain..kau pandai kira tak ni..kau kira depan aku..
Pelayan: Mak!!
(Mak merangkap tauke kedai makan datang dan mengira dengan professional)
Tauke : Semua sekali 10.60..
Penulis : Tingkatan berapa anak akak ni?
Tauke : Dah tak sekolah dah..main je kejenya kat sekolah..tolong akak kat kedai lagi bagus..
Penulis : Owh, patutla bahalol semacam jek..kat kedai pun takde ape yang die leh nolong..
Tauke : Erk..(senyum tak puas hati)
Bagaimanapun, yang penting kawan dapat makan kerana kalau tak makan kawan akan mudah sakit dan tidak dapat bekerja dengan efisyen..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik benar dialog ni...memang dekat dgn kawan seringkali...ada satu g bleh tambah..bab makanan dtg lambat...mmg mintak kene ludah...setengah jam mungkin x pa..tp satu jam lebih lambat dan tidak dikhabarkan lambat..memang menyirap...Nik Aziz bleh campak serban gini...huhu
ye2 je ko ni sembur org cmtu??? xkan dengan makcik kedai tu ko cakap anak dia bahalol????
haha..mungkin awak tak biasa keluar makan ngan kawan..tapi kepada yang sudah biasa dan kerap..kawan memang tidak berkrompomi dengan layanan kedai makanan yang tidak memuaskan..
hahaha...igt sahaja wak sate yg ditegur sebab salah lambat kira...hahaha...sian wak tu..adulah sakti...
hahaha ko mmg gengster.. keh3..
bukan gengster..aku hanya berniat menegur yang batil...kehkeh
betol.. maksud gengster tu ialah berani dan kering.. hehehe