Bestnye Ampang Park

Posted by Sakti Arjuna

Kawan gemar makan burger..tiada tempat yang menyajikan burger sesedap McDonalds..kawan yakin Joseph bersetuju..kerana kawan masih ingat bersama-sama Joseph dan Si Kosong makan Mekdi di Ampang Park, cawangan Mekdi tersibuk seantero Malaysia..

Akan tetapi, tidaklah kawan ini jutawan ataupun seorang YUPPY untuk makan Mekdi aje kerjanya hari-hari..mungkin kawan seorang professional tetapi di tempat kawan bekerja memang tiada Mekdi..dan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda, kawan hanya ke gerai-gerai burger tepi jalan bagi memuaskan nafsu serakah burger ini..

Jangan mengandaikan yang kawan cuba mengatakan bahawa gerai burger di tepi jalan tak sedap..dah banyak gerai burger yang kawan cuba sedap-sedap burgernya..contohnya di tepi Medan Selera Cenderawasih..memang tiptop..ataupun di depan CIMB bandar Kajang, syabas diucapkan..dan juga di Mawai dengan slogan Mersing Menjerit, memang kawan termimpi-mimpi..

Akan tetapi baru-baru ini kawan bertandang ke sebuah gerai burger berdekatan rumah..kat Kajang la ni..nak makan Mekdi gaji tak masuk lagi, jadi tepi jalan pun tepi jalan la..Kawan pun order, ayam satu..kawan membatalkan niat order ayam spesial kerana setelah melihat bekas telurnya..

Untuk perhatian semua; kawan jarang makan telur atau order telur jika makan di luar..ingin tau kenapa? Kerana mereka tidak membasuh telur..telur keluar dari bontot ayam..bermakna ada bontot ada la taik..Jika diperhati dengan teliti pada telur ayam yang masih di dalam bekas..ada tahi yang sudah kering melekat di kulit..tahi seperti yang kita ketahui adalah najis..dan kemungkinan untuk najis itu bercampur dengan kuning dan putih telur setelah dipecahkan adalah besar..maka kawan hanya makan telur di rumah..

Yang kawan berang dengan gerai burger ini bukan disebabkan telurnya..jelas kawan melihat dia merokok sambil menunggu kawannya menggoreng daging burger dan memanaskan roti..kawan tak nampak dia membasuh tangan sebelum menyediakan burger kawan..kawan tak nampak pula dia memakai sarung tangan..dan memang jelas dia tak memakai apron seperti yang jelas dipakai oleh kawannya yang menggoreng daging..

Maka kawan tegur brader ini.."bang..tengok kuku boleh?"
Dia merenung muka kawan, terkejut dengan pertanyaan kawan barangkali..
Memang kawan sedari tadi perasan kukunya tidak bersih dan panjang..
"Lu dah la isap rokok tadi..tangan x basuh pegang burger aku, siap kuku panjang lagi..apehal??", kawan meluahkan perasaan yang berbuku.."Lu nak tolong die berniaga ke nak lingkupkan die?"

Dia mencuba membuka mulut ingin membalas tetapi ditahan rakannya yang menggoreng burger tadi..rakannya hanya mampu melihat kawan, tersenyum menggelengkan kepala..barangkali dia tidak tahu nak jelaskan apa kepada kawan..kawan hanya senyum dan berkata "takpelah bro..len kali jela ek", seraya berpaling dan terus berlalu...dalam hati kimak tol..mane lagi aku nak beli burger ni..ade lagi satu gerai burger tapi kawan dah lama bergaduh dengan pemiliknya..hal lama..masa sekolah dulu..ada masa kawan ceritakan..

Kawan terus ke Econsave..kawan beli daging burger ayam dan daging..dan roti burger..sekali ngan mayonis kawan beli..bengang punye pasal..nasib baik x beli Cheesdale sekali..haha..

Baiklah buat sendiri..babi betol ko jual burger..Memang aku x pegi tempat lain selain CIMB Kajang pasni..

6 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    masak sendiri ok gak sakti...best gak...mcm2 jenis berger kita bleh wat...versatile...tp biasa la tu....mat2 berger kater org...kaki lanyak...

  2. NORJUNILAILA AZHAR said...

    ko ni mmg gile la..hahahaha..langsi btol..mulut pun mcm cilakak gk..hahahaha..beger kt cimb kjg tu ktne???

  3. Unknown said...

    bab makanan ni memang xleh tahan.. kebersihan dipandang remeh, yelah, bukan diorang pun nak makan.. so berniaga pun nak buat duit, orang sakit perut pun, bukan masalah dia..

    mencari peniaga yang gigih berusaha memang tak ramai sebenarnya.. maksud aku, berusaha untuk mendapatkan REZEKI HALAL..

    ambillah iktibar dari peristiwa ini..

  4. Sakti Arjuna said...

    gerai burger tersebut betul2 terletak di hadapan CIMB Kajang..Otai Burger..ala,yang deret Mekdi tuh..ko ni tanya aku,ko penah gi Kajang ke??

  5. NORJUNILAILA AZHAR said...

    ooo..igt cimb sg.chua..ko igt ko sorg jeke pnh pg kajang..ak tido kencing berak kt kajang pun da penah tao..

  6. Sakti Arjuna said...

    huh..klau sg chua mestila aku sebut sg chua..aku bukan setakat penah pegi kajang..dah sah-sah umah mak ayah aku kat kajang..huh

Post a Comment