Hati Mesti Mau Bersih

Posted by Sakti Arjuna

Kala kawan menulis post ini, kawan masih lagi sakit mata...kawan memakai cermin mata gelap ke mana-mana kawan pergi...sehinggakan ada seorang awek berjumpa kawan mengatakan kawan ni Cyclops dalam cerita X-Men tu...awek itu mahukan kawan demo cara fire menggunakan mata...kawan tolak dengan baik...kawan jelaskan, kawan bukan Cyclops...kawan Wolverine...kawan pkai spek sebab sakit mata je...

Tapi bukan perihal Wolverine yang ingin kawan ceritakan di sini...kawan ingin menceritakan tentang kegigihan mereka yang bekerja sebagai pekerja di Car Wash...

Semenjak kawan memiliki kereta, kawan jarang membasuh kereta sendiri...Car Wash aje..senang..12 ringgit je..nak berkira apa...sambil menunggu lepak baca suratkhabar..tak pun bargayut di telefon...

Akan tetapi, setelah tadi bertungkus lumus mengemas dan membasuh kereta, kawan terfikir betapa cekalnya mereka yang bekerja sebagai pencuci kereta..Kereta kawan kecil sahaja...maklumlah compact car..tetapi jangan disamakan kecil dengan sempit...walaupun kecil tetapi luas...haha...walaupun keretanya kecil tetapi kawan mengalami kesukaran juga membasuh dan mengemas bahagian dalam kereta..basuh ok lagi..bila tiba mengemaskan bahagian dalam...bengangnya tidak terkata...

Sakit pinggang menunduk mengutip sampah yang kecil-kecil di dalam kereta...Terbersin beberapa kali juga ketika menengkuh pengalas kaki yang berhabuk dan berpasir...yang paling menyeksakan adalah ketika vakum bahagian dalam kereta...berpeluh-peluh...bengang rasa hati...

Namun setelah selesai, hati rasa puas...senyum melebar melihat kereta sudah bersih dan cantik...Jauh di sudut hati, memang sumpah lepas ni tak buat lagi...memang kawan hantar Car Wash je..tak berbaloi nak jimat 12 ringgit dengan keringat yang dicurahkan...kawan tak mahu jadi seperti Saudara Joseph, sampai terseliuh pinggang beliau membasuh kereta...kawan sanggup bayar 20 ringgit dari nak buat sendiri...

Apa pun, kereta bila dah kemas dan cantik rasa seronok pula dilihat...rasa bersemangat pula ingin memandu ke mana-mana...Berkereta Jenama Negara, Megah Menyusur Di Jalan Raya...

4 comments:

  1. Unknown said...

    hahaha memang berbaloi jika pergi ke car wash. akan tetapi tak berbaloi la dengan kawasan aku. basuh macam tak basuh RM12 ringgit dilabur seperti membasuh pinggan kot.. kalau nak ke car wash terbaik dengan harga yang sama, 20KM la jawabnye. sebab itulah aku memilih basuh sendiri sebagai jalan terbaik.. hahaha

  2. Unknown said...

    aku suke tajuk blog ni.. macam suratkhabar lalat terkemuka.. tajuk tak kena topik.. hahahaha

  3. Sakti Arjuna said...

    tau xpe..aku tahu kau pasti menggemarinya...tajuk mesti mau menarik perhatian...hahahaha

  4. Jalak Lenteng said...

    hahah..rasakan apa yg kawan pernah bekerja dulu....taukah anda bahawa upah dibayar mengikut kereta yg dibasuh...50 sen stiap satu...bg keta besa atau mpv singgit....tu dulu masa kawan kerja..x tau la skang dieorg pakai gaji bulan..haha..x mungkin tu...luar dalam ya...enjin ngan polish keta lain...mahal ckit..tp x daya nk wat...leceh...org len akan watkan...bayangkan klu 20 satu keta...best..kutipan sehari...paling bangsat pun 20 bijik keta...400 beb....tp kat jengka...maen beralah dgn member2 sekerja len...huhuhu..cabaran bnyak...

Post a Comment