Air Mata Jernih (BPR) - best woo lagu ni...

Posted by Sakti Arjuna

3 hari yang lepas housemate kawan dijangkiti sakit mata..merah menyala mata beliau bagaikan seekor kuntilanak..kawan seboleh-bolehnya mengelakkan mata kawan dari bertentang dengan mata beliau..beliau juga mengurung diri di dalam bilik bagi mengelakkan kawan dijangkiti...akan tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya...kawan dijangkiti juga..baguslah, boleh menghapuskan dosa-dosa kecil...kehkeh...Alhamdulillah...

Semasa kawan mengawas calon SPM, ramai juga calon yang ditempatkan di bilik kuarantin...kawan acapkali masuk ke bilik berkenaan untuk mengedar dan mengutip kertas soalan dan juga jawapan...akan tetapi tidak pula berjangkit dengan mereka...tapi apakan daya, di detik-detik akhir inilah kawan dijangkiti...

Semalam kawan cuti...kawan mengambil kesempatan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan...memang kawan puji sistem dan cara kerja pegawai dan staf di sana...tak cekap mana, tetapi memudahkan pelanggan@pesakit...tidak sampai setengah jam mengambil nombor, kawan sudah dipanggil berjumpa Pembantu Perubatan..tak kesahla bukan doktor pun...keramahannya memang kawan puji dan sanjungi...tabik spring la...

Awek-awek farmasi juga ramah dan tidak ketinggalan mengajar bagaimana cara menggunakan ubat titis dan krim yang dibekalkan...dengan senyuman manis dan sapaan mesra, hati mana yang tidak gembira dan puas hati dengan layanan yang diberikan...memang tiptop...

Akan tetapi, dahulu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan...kawan hanya mendengar ngomelan dan rungutan rakan-rakan yang lain tanpa prekudis...eh silap, prejudis...kerana kawan tidak pernah pergi ke sana...Akan tetapi, setelah peristiwa semalam, kawan kurang bersetuju dengan mereka...tapi entahla, belum pernah kena kat batang hidung kawan lagi kot...bila dah kena nanti kawan pasti akan kawan ceritakan...tetapi harap-harapnya tidaklah...

Hari ini kawan tidak bertugas...kawan cuti...MC tiga hari beb...lagipun tak guna juga MC lama-lama...kejap lagi kawan akan berangkat pulang ke kampung halaman...MC macam tak MC aje...

Semoga kawan cepat sembuh dari penyakit ini...Doakan kawan mudah sembuh...Dan tidak menjangkiti sakit mata ini ke mana-mana individu ataupun organisasi...

Ada mata pandang, ada krim sapu, ada MC tidur....hahahaha...

4 comments:

  1. Unknown said...

    so ko bole lepak tak ni? ke ko habiskan mase kat umah je?

  2. Jalak Lenteng said...

    seksa la sakit mata..raser cm nk terkeluar jer...dulu aku penah kene...tyme aku nk SOLAT....waktu rukuk raser cm nk terkeluar biji mata..tp aku yakin itu hnya ujian dr Allah...dn aku meneruskan ibadah aku...

  3. Sakti Arjuna said...

    emosi aku masih tak stabil buat masa ini dan aku tidak dibenarkan berjumpa ataupun mengadakan hubungan dengan mana-mana individu selama 3 hari atau mungkin lebih jika x baik2 lagi...ini arahan pihak hospital...

  4. Jalak Lenteng said...

    tangan ada...lanyak je la dah x bleh wat hubungan...lol

Post a Comment