Kawan gemar menonton cerita bersiri Chuck yang dimainkan di AXN setiap Khamis pukul 10 malam..jarang kawan ketinggalan menontonnya..kawan gemar menonton rancangan yang berintipatikan perisik seperti Chuck dan James Bond 007..James Bond jangan cakaplah, memang kawan minat habis hero tersebut..tak ubah seperti kawan di alam mimpi..hahahaha...
Bagaimanapun, kawan tidak pasti apakah kriteria seorang perisik..kawan sudah lama berangan ingin menjadi seorang perisik..berpakaian segak, memandu kereta mewah, dikelilingi gadis cantik dan mempunyai gadjet yang moden..Kalau lah kawan ni seorang perisik, kawan tidak mahu lagi berangan menjadi seorang Hitman..
Baru-baru ini kawan dikejutkan dengan berita salah seorang sahabat yang rapat telah menjadi perisik..kawan tidak pasti sama ada beliau direkrut oleh pihak yang berkenaan untuk menjadi perisik ataupun beliau sukarela menawarkan diri..Ketika kawan mendengar berita ini, kawan meraung dan berguling-guling di atas lantai kerana kecewa dan iri hati beliau menjadi perisik..kenapa tidak kawan? Apa kurangnya kawan? Kawan pun berkaliber..Sihat tubuh badan..Mata tidak rabun..Mempunyai akal yang cerdas..Sahabat kawan ini dah la rabun warna, mana boleh jadi seorang perisik..Memang kawan hairan dan pelik dengan kriteria seorang perisik ni..tak pernah jelas...
Kawan juga dikhabarkan beliau telah ditugaskan untuk menjalankan sebuah misi di sempadan Siam sana tu..Kawan tertanya-tanya..Aik, apasal pergi Siam jek..tak class lah jadi perisik ni..Ada lak pergi ke Siam..pergilah Prague ke, Lebanon ke, Mali ke..barulah naik kapal terbang..Chait..apa punya perisik daaa...
Namun setelah ditenangkan dan setelah kawan mendengar dengan lebih fokus, rupa-rupanya sahabat kawan itu bukanlah seorang perisik..memang tak layak..tidak ada ciri-ciri seorang perisik..beliau nak pergi MERISIK rupanya..kat Kedah sana tuh..berita ini pula disampaikan oleh si yang nak merisik ke telinga teman baik kawan..yang nak merisik berpesan supaya jangan dikhabarkan kepada orang lain..memang silap la...hahaha...maka kawan diberitau oleh teman baik kawan ini dan kawan mengkhabarkan kepada Joseph...dan seterusnya..lu mesti tau apa nak wat kan Joseph..sebarkan...hahahahahaha....
Walau apapun, tidak kira bagaimana pandangan kawan tentang perkahwinan, kawan doakan agar sahabat yang ingin merisik ini berjaya dan sukses dalam urusan risikannya itu..Cuma satu yang kawan pelik, dah memang tau itu awek kita, kapel pun dah lama, nak merisik apa kejadahnya...bukan kau tak tau tu awek kau..dia memang nak kat kau..Tetapi, nak buat bagaimana..ramai orang berpegang kepada adat..walaupun pada kawan adat itu membazir dan tidak kena pada keadaannya..
Jika orang mengatakan Biar mati anak, jangan mati adat, maka kawan membalas, kepala hotak nenek moyang kau..dah bukan anak kau yang mati..bodoh..
Kepada sahabat kawan tersebut, Selamat Maju Jaya..Semoga kawan dijemput ke apa jua majlis yang bakal dilangsungkan..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
chuck...dari dulu lagi kawan dah cakap..citer tu mmg layan..haha..kawan ada sampai 2nd season..third season x kuar g..bakal kuar tahun depan..huhu...
la...ader yg nk kawen dah ker....kedah ek...saper yek???
kawan juga x berstuju dengan pepatah itu...klu berkaitan agama..kawan patuh...tp adat..masih bleh di langgar...idup dan mati...nk briyer ikut adat watper...klu org dh tikam x der maser dah ahli silat2 tu sempat nk bukak bunga2 dah nk tunjuk adat..mesti elak punyer...hahaha
hahaha..awak nak tau siapa?rahsia..tunggu....
hahaha telah aku sebarkan.. hehehehe