Kuat Sikit Volumenye...

Posted by Sakti Arjuna

Jika kawan keluar rumah dan mendongak ke atas, maka akan kelihatanlah sebuah piring yang agak besar berwarna kelabu...piring ini kawan tidak pernah guna untuk makan nasik...apatah lagi meletakkan cawan berisi nescafe di atasnya...kerana ayah kawan pernah mengatakan piring ini banyak jasanya kepada isi rumah...

Benar kata-kata beliau..sebagai orang tua, beliau lebih arif..beliau yang mengeluarkan duit membeli dan memasang piring tersebut...

Akan tetapi kawan tidak pasti akan kelebihan dan kehebatan piring tersebut...dahulu semasa baru-baru memasang piring, memang tidak berganjak dari depan televisyen..asyik sungguh menonton cerita dan rancangan yang dijaja sehingga lalai tidak mengerjakan solat..memang dakyah yahudi dan nasrani ingin menyesatkan kita Umat Islam...

Tetapi sekarang, kawan tidak ada hati ingin menonton televisyen..bosan rasanya...rancangannya sama...diulang-ulang...sampai menyampah tengok...dahla bayarannya mahal...terkedok nak membayarnya setiap bulan..kawan hanya menonton berita, sukan, dan beberapa rancangan yang memang kawan ikuti dan tidak boleh tinggal...yang selebihnya, bosan, tak best, dan tidak ada masa...

Sekarang, kawan marah dengan piring tersebut..ingin rasanya kawan kapakkan sahaja piring tersebut dan buat dulang...akan tetapi, kawan masih ada rasa takut dihalau dari rumah...maka, kawan pendamkan sahaja hasrat tersebut...

Televisyen...bukan nak katalah...tetapi kawan tetap rasa yang rancangan dulu-dulu lebih menarik dan seronok ditontoni...Televisyen berbayar memang menyakitkan hati...Buang duit sahaja melanggan...

Namun, kawan masih berminat untuk mendapatkan sebuah TV LCD berjenama Samsung...kawan masih mengumpul duit...

Bosan sungguh menonton TV..Baiklah baca URTV...ade jugak gambar artis Malaysia berbogel...

3 comments:

  1. Unknown said...

    hahaha aku memang jarang sungguh tengok tv.. bosan dengan apa yang disajikan. otak pun tak berkembang..

  2. Jalak Lenteng said...

    haha..beberapa minggu yg lepas kawan hanya menonton 2 rancangan...awan dania n nenek kebaya...tetapi rancangan ini masih tidak mampu membuatkan kawan melekat di rumah seperti yg ibu kawan harapkan..huhu..tengok skali-skaler bleh la..nk berlebih2 x dapat ar..bnyak g hiburan yg bleh kawan perolehi...

  3. Unknown said...

    yess.. bak kate x files, the truth is OUT THERE>..

Post a Comment