Ikano Power Center

Posted by Sakti Arjuna

Nokia E71....Sebab utama adalah WIFI dan menurut Joseph ianya merupakan sebuah smartphone...harga pasaran lebih kurang RM 800...

Mesin Basuh automatik LG.....takkan kawan hendak mencangkung dalam bilik air memberus pakaian kotor....hantar dobi?? Buang masa dan minyak...harga lebih kurang RM 650...

Peti Ais 2 pintu Samsung....besar...memenuhi ciri-ciri peti ais idaman kawan....macam-macam leh muat...kawan suka jika peti ais kawan penuh dengan stok makanan dan minuman....harga RM 1200....

TV LCD Samsung 32 inci....walaupun kawan tak pernah rasa yang TV LCD best, tetapi memandangkan sudah menjadi trend orang memiliki TV yang nipis, maka kawan bercadang mahu memiliki satu...kawan rasa TV bagak tu lagi best...tapi kawan tidak mahu digelar jumud dan ketinggalan zaman....harga lebih kurang RM 1500.....

Sony Playstation 2....mungkin ramai akan mempertikaikan tetapi kawan bukan kaki game...nak ada pun sekadar untuk menghilangkan bosan...bukan nak jadi macam Aiman....jadi tak perlu bazir duit beli Playstation 3....harga lebih kurang RM 700.......

Sofa L kulit sepenuhnya tak kisah jenama....kawan memang dah minat lama....idamkan fabrik tetapi nanti makanan dan minuman tumpah satu kerja lak nak bersihkan....kulit sudah...yang penting selesa menonton televisyen...harga lebih kurang RM 2000......

Dapur Zanussi...apa guna peti ais lengkap jika tiada dapur yang berkualiti....kawan impikan dapur yang lengkap....boleh buat apa sahaja....harga lebih kurang RM 2500....

Banyak betul barang yang mahu dibeli....akan kawan usahakan supaya dapat dimiliki...bagaimanapun, barang mana yang menjadi keutamaan perlu dikenalpasti agar kehidupan lebih terurus...apapun, kawan mahu semua...

Bulan depan mesin basuh dulu...kawan bayar cash...kawan tak mahu beli barang hutang...kalau takde duit kumpul...pelan-pelan kayuh....kereta dengan rumah je hutang...yang lain kalau boleh jangan....

Best jugak ada rumah sendiri ni...

Sakit aku....

Hebat La Sangat

Posted by Sakti Arjuna

Kawan ke bilik pameran kereta berhampiran...Proton, Perodua, Suzuki, Toyota, Mazda...kepada yang pernah menaiki, kawan masih lagi memandu kereta yang sama...kawan tiada niat mahu tukar kereta...berhajat aje...saja tengok-tengok...

Kawan puji sikap sesetengah pengurus jualan (saje nak bagi nama grand, kau layak dipanggil jurujual je )di bilik-bilik pameran yang kawan kunjungi...

Proton, jurujualnya berbangsa India...memang kawan puji...ramah dan bersifat Satu Malaysia...dilayannya kawan seperti dah kenal lama...terasa kehadirannya memberi manfaat...dia memang banyak membantu...menerangkan apa yang perlu...lama kawan di Proton...semua kereta kawan masuk...

Perodua, jurujualnya berbangsa Melayu...tidak banyak cakap...baya ibu kawan...barangkali kerana muka kawan yang sememangnya kelihatan muda dia berasakan yang kawan tidak mempunyai slip gaji atau kawan pergi ke situ hanya untuk merasa kesejukan pendingin hawa...bulan puasa, kawan tahu awak penat...tapi muka tu tak payah la macam muka nak halau kawan...kerja buat cara kerja...tapi takpela...asalkan kawan boleh masuk ke dalam kereta yang dipamerkan cukuplah...

Suzuki, jurujualnya berbangsa Cina...sekadar bertanyakan apa yang kawan mahu...bodoh bukan...mestilah mahu tengok kereta...bila dah mahu tengok takkan la kawan sekadar mahu melihat...sudah pastilah mahu masuk ke dalam kereta...kalau aku nak beli mestilah nak tengok dulu...takkan aku nak kata aku datang sebab nak beli kereta baru kau nak buka kunci bagi aku masuk dan tengok...cacat otak punya orang...ni bukan kuih boleh senang-senang je nak beli...apa guna kau letak kat bilik pameran kalau kau tak bagi orang tengok kereta tuh...Swift je kot...kau ingat aku tak mampu??? Mutiara Motor pun bagi la orang masuk, tengok kereta...

Kawan bukan mahu bersikap stereotaip...

Tak Sedar Diuntung...

Education

Posted by Sakti Arjuna

Sedar atau tidak, kita semua berubah...besar atau kecil yang pasti perubahan itu berlaku...bukti pembelajaran adalah wujudnya perubahan tingkahlaku...kawan yakin ramai sahabat kawan menyedari adanya perubahan dalam diri mereka...dari yang buruk kepada yang baik...

Yang kawan pasti, ramai sahabat kawan sudah berubah...ramai insan yang kawan kenali dulu sudah berubah...kalau dahulu serabai sekarang sudah bergaya...kalau dahulu cakapnya merapu sekarang sudah pandai berbahas...kalau dahulu mengikut sekarang sudah pandai berfikir...

Maikel ketara perubahannya...Din apatah lagi...Mae memang sentiasa dipacu perubahan...Bug lagila...kandungan perut orang rumahnya turut sama berubah...Si Kosong kawan tak pasti...berubahkah dia???

Kawan juga maklum bukan semua berubah...ada yang tidak mahu berubah...

Kawan?? Entahlah...Mahu tapi malu barangkali...

Adik Aku Kaya

Posted by Sakti Arjuna





Pagi tadi adik lelaki kawan diberi wang, draf bank dan juga cek daripada penaja bernilai puluhan ribu...dan gambar-gambar di atas merupakan muka jakun kawan memegang wang tunai bernilai ribuan Pound Sterling...hahahaha...dapat pegang sekejap je...lepas gian...kalaulah kawan dapat sekeping not 50 ni...sakan beli barang raya...hahaha...

Bila la nak kaya....

B l o w J o B

Posted by Sakti Arjuna

Semenjak kawan memiliki kereta, kawan telah mengabaikan motosikal yang amat berjasa kepada kawan...Honda Wave 100R warna maroon...kawan amat menghargai motosikal ini...dengan motosikal ini kawan menjelajah ke seluruh pelusuk Lembah Klang dan Johor Bahru...dengan motosikal ini jugalah kawan bersama Joseph meredah Lebuhraya Utara Selatan berbekalkan kelajuan 120km/j...

Sudah hampir 6 bulan kawan tidak menghidupkan motosikal kawan...kawan biarkan sahaja...maklumlah, sudah ada kereta...kawan terfitir mahu dibawa motosikal tersebut ke Kota Tinggi tetapi bimbang lebih terabai ditambah pula dengan risiko kecurian...

Baru sebentar tadi ayah kawan menyuarakan pendapat agar dijual sahaja motosikal tersebut...daripada digantung tidak bertali lebih baik dilepaskan sahaja...ibu kawan pula tidak bersetuju dan tidak pula membantah...ada baik dan buruknya...mahu dijual sayang...mahu disimpan bimbang menjadi tukun...

Lantas kawan menghidupkan enjin...seperti biasa, Wave...jika ditinggal lebih 2 hari memang sukar dihidupkan...apatah lagi 6 bulan...dan tidak semena-mena, asap putih keluar dari ekzos...kawan tiba-tiba berasa sedih...sampai hati kawan buat moto yang amat banyak berjasa macam ni...kawan perhatikan motor kawan masih cantik...jika dibasuh akan kelihatan berkilat seperti sediakala...dahulu memang kawan jaga kaw-kaw Wave kawan...tapi sekarang???

Kawn dalam dilemma...asap putih sudah keluar...kawan tidak mahu membazir wang membaiki benda yang kawan tak pakai...tetapi untuk melepaskan rasa sayang pula...yela, bayar installment sampai 2 tahun guna duit sendiri....

Kawan pening memikirkan...dijual rasa sedih, disimpan rasa rugi...

Kawan rindu zaman bermotosikal...

Insurans Kesihatan

Posted by Sakti Arjuna

Kawan pulang ke rumah mama kawan dengan perasaan gembira...tiada tempat yang menggembirakan kawan selain rumah mama...

Setibanya di rumah, kawan perhatikan rumah agak berselerak dengan barang-barang adik kawan...rumah mama kawan memang jarang bersepah...sentiasa kemas teratur...

Tetapi kawan faham...adik kawan tidak punyai bilik...dia seperti kawan, bersekolah di negeri lain, sambung belajar di negeri lain...maka ayah kawan tidak menyediakan bilik untuknya...kawan pun senasib jugak...

Selepas raya ini, adik lelaki kawan akan berangkat menaiki kapal terbang menuju ke Newcastle...kat England sana tuh...tercapai juga hasrat dia mahu menuntut ilmu di negara asing...dan tercapai juga hasrat mama kawan ingin melihat anaknya menjadi seorang doktor...Insyaallah...

Kawan pun sebenarnya boleh setakat nak jadi doktor...tapi kawan tak boleh tengok darah ni...rasa nak minum je macam Vampire tuh...hahaha...habislah pesakit di hospital tuh nanti...semua mati...jadi cikgu sudah...boleh bersenaman...naik turun tangga...hehe...

Apa pun kawan tetap bangga dengan adik kawan...dengan duit peruntukan komputer yang diterima dari penaja, dia bercadang membeli laptop baru...laptop lamanya akan diberi kepada kawan...muahuahua...dah la laptop lama die ni best...alhamdulillah syukur nikmat...

Kawan mahu mengumpul duit...tak dapat sambung belajar di sana, dapat melawat adik kawan yang sedang belajar di sana pun ok la...nak gak merasa cuaca sejuk...boleh bercerita kat orang nanti...hahaha....

Walau apa pun...kawan doakan yang terbaik buat dirinya...

Kawan suka usha student nurse...