Semenjak kawan memiliki kereta, kawan telah mengabaikan motosikal yang amat berjasa kepada kawan...Honda Wave 100R warna maroon...kawan amat menghargai motosikal ini...dengan motosikal ini kawan menjelajah ke seluruh pelusuk Lembah Klang dan Johor Bahru...dengan motosikal ini jugalah kawan bersama Joseph meredah Lebuhraya Utara Selatan berbekalkan kelajuan 120km/j...
Sudah hampir 6 bulan kawan tidak menghidupkan motosikal kawan...kawan biarkan sahaja...maklumlah, sudah ada kereta...kawan terfitir mahu dibawa motosikal tersebut ke Kota Tinggi tetapi bimbang lebih terabai ditambah pula dengan risiko kecurian...
Baru sebentar tadi ayah kawan menyuarakan pendapat agar dijual sahaja motosikal tersebut...daripada digantung tidak bertali lebih baik dilepaskan sahaja...ibu kawan pula tidak bersetuju dan tidak pula membantah...ada baik dan buruknya...mahu dijual sayang...mahu disimpan bimbang menjadi tukun...
Lantas kawan menghidupkan enjin...seperti biasa, Wave...jika ditinggal lebih 2 hari memang sukar dihidupkan...apatah lagi 6 bulan...dan tidak semena-mena, asap putih keluar dari ekzos...kawan tiba-tiba berasa sedih...sampai hati kawan buat moto yang amat banyak berjasa macam ni...kawan perhatikan motor kawan masih cantik...jika dibasuh akan kelihatan berkilat seperti sediakala...dahulu memang kawan jaga kaw-kaw Wave kawan...tapi sekarang???
Kawn dalam dilemma...asap putih sudah keluar...kawan tidak mahu membazir wang membaiki benda yang kawan tak pakai...tetapi untuk melepaskan rasa sayang pula...yela, bayar installment sampai 2 tahun guna duit sendiri....
Kawan pening memikirkan...dijual rasa sedih, disimpan rasa rugi...
Kawan rindu zaman bermotosikal...
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ape kater anda bawak saja ke joho....gunekan di sana...yg dekat2..ke surau ke aper..pakai la moto..x perlu pakai keta..
benar.. tapi apakan daya jalak, sakti sudah jelek dengan bermotosikal kini.. beliau sudah kaya.. jual kat aku pun tak mau..