Hebat La Sangat

Posted by Sakti Arjuna

Kawan ke bilik pameran kereta berhampiran...Proton, Perodua, Suzuki, Toyota, Mazda...kepada yang pernah menaiki, kawan masih lagi memandu kereta yang sama...kawan tiada niat mahu tukar kereta...berhajat aje...saja tengok-tengok...

Kawan puji sikap sesetengah pengurus jualan (saje nak bagi nama grand, kau layak dipanggil jurujual je )di bilik-bilik pameran yang kawan kunjungi...

Proton, jurujualnya berbangsa India...memang kawan puji...ramah dan bersifat Satu Malaysia...dilayannya kawan seperti dah kenal lama...terasa kehadirannya memberi manfaat...dia memang banyak membantu...menerangkan apa yang perlu...lama kawan di Proton...semua kereta kawan masuk...

Perodua, jurujualnya berbangsa Melayu...tidak banyak cakap...baya ibu kawan...barangkali kerana muka kawan yang sememangnya kelihatan muda dia berasakan yang kawan tidak mempunyai slip gaji atau kawan pergi ke situ hanya untuk merasa kesejukan pendingin hawa...bulan puasa, kawan tahu awak penat...tapi muka tu tak payah la macam muka nak halau kawan...kerja buat cara kerja...tapi takpela...asalkan kawan boleh masuk ke dalam kereta yang dipamerkan cukuplah...

Suzuki, jurujualnya berbangsa Cina...sekadar bertanyakan apa yang kawan mahu...bodoh bukan...mestilah mahu tengok kereta...bila dah mahu tengok takkan la kawan sekadar mahu melihat...sudah pastilah mahu masuk ke dalam kereta...kalau aku nak beli mestilah nak tengok dulu...takkan aku nak kata aku datang sebab nak beli kereta baru kau nak buka kunci bagi aku masuk dan tengok...cacat otak punya orang...ni bukan kuih boleh senang-senang je nak beli...apa guna kau letak kat bilik pameran kalau kau tak bagi orang tengok kereta tuh...Swift je kot...kau ingat aku tak mampu??? Mutiara Motor pun bagi la orang masuk, tengok kereta...

Kawan bukan mahu bersikap stereotaip...

Tak Sedar Diuntung...

2 comments:

  1. Unknown said...

    itulah sikap.. aku paling bengang tanya "nak apa?" ataupun perkataan "yes".. biasanya aku akan menjawab "nak kasih sayang" ataupun "NO".

  2. Jalak Lenteng said...

    hahaha...aku hanya mampu tersengih dan angkat tgn shake skit..huhuu

Post a Comment