Kompang Dipalu

Posted by Sakti Arjuna

Ramai kenalan menyatakan hasrat ingin berkahwin..walaupun tidak pada kawan, tetapi hasrat itu sudah diketahui umum dan ramai yang menyampaikan pada kawan..Kawan hanya mengangguk bukan tanda setuju..lagipun,siapalah diri ini hendak bersetuju atau tidak atas keberhajatan orang lain..

Kawan tidak pasti bila dan pada umur berapa masyarakat menilai kematangan seseorang itu untuk berkahwin..kerana kematangan itu subjektif..kita tidak perlu ganyut buah dadanya untuk kelihatan matang..tidak perlu pecah suara ala Ramli Sarip untuk nampak matang..Namun, atas dasar kematangan ini seringkali dijadikan sandaran untuk kita menilai kemampuan seseorang untuk berkahwin..

Pada kawan..soal matang itu tidak timbul..soal tanggungjawab juga tidak timbul..kerana dua aspek ini akan datang dengan sendiri apabila sudah berkahwin..pada kawan, yang penting ialah soal kebolehbergantungan..dalam bahasa pasarnya, boleh diharap atau tidak..

Ini lah masalahnya..ramai yang tidak menyedari bahawa diri tidak boleh diharap..Pengharapan itu luas..Apabila sudah berkahwin bukan isteri sahaja yang mengharapkan suami..individu lain juga sama..ibu-bapa,adik beradik,rakan-rakan..dan yang sewaktu dengannya..

Pertama sekali, bolehkah kita diharap untuk mengumpul wang hantaran sepertimana yang dikehendaki oleh keluarga si bakal isteri tanpa membuat pinjaman dari mana-mana bank, syarikat kewangan berlesen ataupun Along? Bolehkah kita berdikit-dikit membeli perabot sewaktu bujang supaya dapat digunakan di rumah yang akan didiami dengan bakal isteri kelak?

Bolehkah diri kita diharap untuk menyediakan rumah untuk didiami bersama isteri? Di samping membayar bil-bil utiliti bernilai ratusan ringgit? Menyediakan perabot agar rumah yang didiami kelihatan selesa? Membeli barang dapur untuk dijadikan hidangan seharian? Membeli pakaian dan kemahuan isteri agar isteri tidak berasa sesal mengahwini kita? Sambil itu singgah ke bank sebulan sekali membayar ansuran kereta? Dan pada masa yang sama kemahuan diri juga terpaksa dipenuhi agar tidak menyesali perkahwinan yang didiri..

Dan bolehkah juga kita diharap pada masa yang sama memberi wang kepada kedua orang tua secara konsisten? Menghulur sejumlah wang kepada adik-adik (jika ada) tidak kira di waktu mereka memerlukan atau tidak? Membeli baju baru buat adik-adik (jika ada) ketika lebaran menjelang? Memberi pinjaman wang kepada adik beradik di waktu mereka susah dan memerlukan bantuan?

Di samping itu, bolehkah juga kita diharap untuk masih kekal bersosial dengan rakan-rakan walaupun tidak sekerap dulu? Masih boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan dan mendengar cerita atau masalah rakan-rakan?

Jika semua yang kawan nyatakan ini boleh dan mampu dilakukan, maka pada hemat kawan, anda layak dan mampu berkahwin..kerana kebolehharapan atau kebolehbergantungan itu jika hendak ditakrifkan secara bahasa ialah kemampuan..

Bagaimanapun, ini hanya pendapat kawan..tidak perlu bersetuju..

Cuma satu yang kawan pasti, kawan masih lagi tidak mampu...

5 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    suka benar aku membaca post ini...haha..menarik skali...mcm maklum balas kepada post aku...huhuhu....aku amat bersetuju dgn saudara sebab aku memikirkan perkahwinan adalah tugas yg amat berat berbanding bercinta.....kan best klu pompuan bleh idup dgn suap pasir jer...lol

  2. Sakti Arjuna said...

    uih..mane leh camtu jalak oi..awak pun de adik beradik pompuan gak..mcamane klau orang kasik makan pasir je nanti..tak ke awak gak yang ngamuk satu jengka nanti..

  3. QaYYum MieJiFans said...

    aku pun suka tp buat masa sekarang kawan tidak berfikir langsung pasal benda ni sebab calon pun xda nak cari duet byk2 dulu baru boleh melepaskan hajat!

  4. Unknown said...

    sungguh tepat sekali akan tetapi perkahwinan memberikan pandangan yang berbeza dari pelbagai pihak. ada yang berpendapat perkahwinan perlu disegerakan untuk mengelakkan kemaksiatan..

    jika disegerakan tanpa membuat pilihan yang bijak, maka musnahlah rumahtangga yang dibina..

    pada hari ini, tidak hairanlah kadar penceraian tidak kurang banyaknya berbanding dengan perkahwinan..

    mesej yang ingin disampaikan, perkahwinan merupakan satu proses yang kompleks.. teliti dan dalami sebelum bertindak..

  5. Jalak Lenteng said...

    tu la sakti...susah gak tu..kawan ader adik pompuan gak tu...ish2x....

Post a Comment