Pasar Malam??

Posted by Sakti Arjuna

Banyak sahabat handai ringan mulut mengajak kawan pergi pasar malam..Pasar malam digemari segenap lapisan masyarakat..Pendek kata, seantero Malaysia menggemari pasar malam..

Jika ditanya pada kawan, apa menariknya pasar malam, ini jawabannya; tidak ada apa-apa..

Banyak orang membeli makan di pasar malam..nasi ayam, apam balik, goreng-goreng..muak kawan melihatnya..Semua pasar malam menyajikan benda yang sama..kualiti?? Tak pernah memuaskan..

Belum pernah kawan tersenyum ketika berada di pasar malam..ketika balik dari pasar malam..dan ketika makan makanan pasar malam..Amat jarang juga makanan yang telah terbeli itu dihabiskan sepenuhnya kerana sesuap yang ditelan telah menimbulkan perasaan amarah kepada diri dan naluri kawan..

Penjual dan peniaga di pasar malam tidak jujur, malas, kotor dan sambil lewa dalam penyediaan..Minyak yang digunakan untuk menggoreng hitam akibat terlalu lama digunakan..apam balik ketandusan jagung dan gula dalam pembikinan..jagung rebus dan jagung cawan yang disajikan merupakan jagung yang diberi makan kepada ayam ternakan..dan air beraneka warna yang diambil terus dari pili..dan banyak lagi..

Seringkali kawan berasa sakit di perut dan pening di kepala akibat makanan-makanan yang tidak sempurna ini..

Ini hanya komentar berkenaan orang yang menjual makanan..bagaimana dengan barang-barang basah seperti sayur, ayam, ikan dsb?? Layu, tidak segar, mahal, busuk dan berbau adalah jawabannya..Beli dari pasar borong dan menjual di pasar malam..Dan disimpan untuk dijual di pasar malam esoknya..dan esok..dan esok..dan seterusnya..

Pada kawan, pasar malam merupakan tempat penipu-penipu berkumpul dan menjalankan urusniaga..tidak lebih dari itu..

Tidak ada apa-apa yang bagus tentang pasar malam..hanya dipenuhi penipu dan muda-mudi yang berkeliaran tanpa tujuan..

5 comments:

  1. Unknown said...

    oi aku pegi pasar malam sebab nak beli makanan.. bagi ko tu makanan yang x best.. bagi orang ramai xde masalah pun.. kalo x suke xpayah beli.. xpayah komen tindakan orang lain.. cukup dengan bertindak untuk kebaikan diri sendiri..

  2. Sakti Arjuna said...

    hahaha...ini sudah smestinya komen dari peniaga pasar malam yang terasa hatinya dan cuba menyamar sebagai Joseph..

  3. Sakti Arjuna said...

    Jika dibaca dengan teliti dan waras pemikiran, komentar sakti arjuna hanyalah berkenaan dirinya dan pasar malam serta tidak berkenaan tindakan pembeli pasar malam lain...harap baca..

  4. Unknown said...

    sudah dibaca.. sudah faham.. terima kasih

  5. QaYYum MieJiFans said...

    perh pasar malam membawa bahana...kalau kita ingin membelanja hanya rm3 tp mesti lebih punya kita berbelanja di pasar mlm...mna tahan..

Post a Comment