Bila Cinta Didusta

Posted by Sakti Arjuna

Kedengaran jiwang tetapi itulah hakikatnya..apabila cinta didusta, maka cinta membalas dendam..
Apabila orang yang dikatakan tersayang diduakan atas nama nafsu dan ketidakdayatahanan perasaan terhadap jejaka yang ada rupa, maka si gadis mula bermain kayu tiga..

Setelah alpa dengan nikmat dunia yang diberikan keluarga, maka si jejaka mula naik tocangnya..Jejaka yang merupakan orang ketiga ini mula koya dan beranggapan bahawa dialah jejaka paling hangat yang bisa menakluki hati, badan, bahagian bawah badan dan juga otak si gadis dungu yang tidak berapa gadis..

Si gadis pula, tidak menyedari bahawa dia telah kufur nikmat, mula memperjudikan masa depannya dengan mengikut hawa nafsu..menjadikan tempat tinggal yang disediakan pihak kerajaan untuk melepaskan hawa nafsu..tanpa menyedari bahawa periuk nasi yang selama ini cuba dibeli hampir kehabisan stok dan tidak dikeluarkan lagi..

174, angka yang cukup digeruni tidak sedikitpon menggentarkan hati dan perasaan si gadis dan jejaka ini..Tanggal 4 Mac 2009 menjadi detik hitam gelap buat si gadis yang hampir menggapai periuk nasi idamannya..

Apa nak jadi, jadilah..kepada si gadis di luar sana, apabila cinta didusta dan nafsu bermaharajalela, maka skuad warden yang amal maaruf nahi mungkar sentiasa berkeliaran mencari mangsa cinta..Cinta Kristal..

5 comments:

  1. DJoker Razgriz Gustav Beouwolf XIII said...

    Ini lain nih...

    Tapi siapa pula gerangannya?

    Bukankah kes di Terengganu / Kelantan itu sudah cukup panas?

    Ini nak buat lagi panas?

  2. Unknown said...

    apa yang berlaku sekarang ini sebenarnya di luar dugaan sang PEDOSA..

    keperihatinan masyarakat setempat adalah sebagai contoh kepada masyarakat di luar sana yang masih membutakan sebalah mata mereka untuk kepentingan sendiri..

    akan tetapi mampukah warden itu menginsafkan mereka?

    fikir-fikirkanlah bersama..

  3. DJoker Razgriz Gustav Beouwolf XIII said...

    Tapi yang menghairankan ialah, si lelaki itu dikatakan tidak berdosa.

    Apatah lagi, yang saya tahu, lelaki yang dikatakan yang melakukan ini adalah seorang yang baik.

    Yang lagi peliknya, apabila 'ditangkap', keadaan yang berlaku di bilik adalah untuk membuat kerja assignment!

    Siapa yang diperbodohkan ini? Saya kesian kepada lelaki itu.

    Dahlah diminta naik, sekarang dia yang tidak terlolos.

  4. Sakti Arjuna said...

    mata yang rabun boleh ditutup..tetapi tidak semua rabun,masih ada yang celik..apa akan jadi kalau yang celik menggunakan akal, mempertikaikan ketidakadilan??

  5. Amir Omar said...

    Em,sebenarnya klau xda angin pokok tak bergoyang kan,
    obviously those two are morons

Post a Comment