Kawan paling benci kalau ada orang menyusahkan kawan, atau tindakannya menyusahkan kawan, ataupun kesan dari perbuatannya menyusahkan kawan..Sebelum ini belum pernah kawan menghadapi masalah sedemikian rupa..Tetapi pasca penangkapan itu telah memberi kesan yang berbuku dalam jiwa kawan..Benci rasanya hati mengenangkan perkara ini..ingin rasanya kawan berjumpa dengan yang empunya diri dan tempeleng mukanya sekuat hati..
Banyak sahabat handai ringan mulut mengajak kawan pergi pasar malam..Pasar malam digemari segenap lapisan masyarakat..Pendek kata, seantero Malaysia menggemari pasar malam..
Jika ditanya pada kawan, apa menariknya pasar malam, ini jawabannya; tidak ada apa-apa..
Banyak orang membeli makan di pasar malam..nasi ayam, apam balik, goreng-goreng..muak kawan melihatnya..Semua pasar malam menyajikan benda yang sama..kualiti?? Tak pernah memuaskan..
Belum pernah kawan tersenyum ketika berada di pasar malam..ketika balik dari pasar malam..dan ketika makan makanan pasar malam..Amat jarang juga makanan yang telah terbeli itu dihabiskan sepenuhnya kerana sesuap yang ditelan telah menimbulkan perasaan amarah kepada diri dan naluri kawan..
Penjual dan peniaga di pasar malam tidak jujur, malas, kotor dan sambil lewa dalam penyediaan..Minyak yang digunakan untuk menggoreng hitam akibat terlalu lama digunakan..apam balik ketandusan jagung dan gula dalam pembikinan..jagung rebus dan jagung cawan yang disajikan merupakan jagung yang diberi makan kepada ayam ternakan..dan air beraneka warna yang diambil terus dari pili..dan banyak lagi..
Seringkali kawan berasa sakit di perut dan pening di kepala akibat makanan-makanan yang tidak sempurna ini..
Ini hanya komentar berkenaan orang yang menjual makanan..bagaimana dengan barang-barang basah seperti sayur, ayam, ikan dsb?? Layu, tidak segar, mahal, busuk dan berbau adalah jawabannya..Beli dari pasar borong dan menjual di pasar malam..Dan disimpan untuk dijual di pasar malam esoknya..dan esok..dan esok..dan seterusnya..
Pada kawan, pasar malam merupakan tempat penipu-penipu berkumpul dan menjalankan urusniaga..tidak lebih dari itu..
Tidak ada apa-apa yang bagus tentang pasar malam..hanya dipenuhi penipu dan muda-mudi yang berkeliaran tanpa tujuan..
Dalam kelemasan aku berhijab...
Rimas, kesal, gundah, dan pada yang sama terkunci...
Adakah ini telah diukir pada batu suratanku
Atau hanya keterlanjuran yang masih bisa ku coba meloloskan...
Aku masih meragui diri..
Perlukah aku berhenti di sini...
Perhentian ini memberikan keselesaan dalam kesesakan jiwa
Tanpanya aku buntu dan takut untuk mengubah caraku...
Di saat taulan bertaakulan...
Memunggah logik alam semesta...
Agar aku bisa bersiri teguh dan tetap
Bebas menjalani panjangnya kehidupan...
Alangkah indahnya...
Dikurniakan sekelumit lega...
Kerana aku tidak pasti
Apakah nasibku nanti...
Semoga aku...
Tidak menyesali...
Perjalanan ini
Yang hampir pasti....
Jika kawan bertanya pada sekalian umat, sayang orang tua anda??Kawan pasti ramai yang berkata ya..kalau tidakpun, cukuplah sekadar mengangguk tanda setuju..
Jika kawan bertanya pula,hargai orang tua anda??Kawan pasti ramai yang akan berkata pasti.
Dan jika kawan bertanya pula,bagaimana anda menunjukkan penghargaan tersebut??Kawan pasti ramai yang menundukkan kepala tanda tidak tahu dan tidak pasti..Benar??
Seringkali kita alpa dan lalai dengan tanggungjawab kepada kedua orang tua kita..Tanggungjawab itu ada yang zahir,dan ada yang tidak dituntut..Yang tidak dituntut ini menjadi mercu kepada jenis dan sifat seorang manusia yang ada pada diri kita..
Apa sebenarnya tanggungjawab kalian pada orang tua anda??Orang tua anda..bukan orang tua orang..
Jika diamati, kedengarannya seperti tajuk lagu Rabbani..yes..betul..
Banyak orang tertanya-tanya kenapa manusia merokok..Ada yang bersikap prejudis pada golongan perokok..Ada yang bertanya pada kawan apa yang best sangat menghisap rokok..ditambah dengan nada dan senyuman yang sinis..Pada kawan soalan ini adalah tidak adil dan tidak patut dikemukakan..
Pipi bukan untuk disentuh..tangan bukan untuk dipegang..Baju bukan untuk diusap..Jangan cuba menunjuk kemesraan kalau tidak sanggup menahan sakit penangan penerajang..
Ramai orang barai..itu hakikat yang harus kita terima..tetapi mahukah kita menjadi golongan tersebut..Alpa dengan rekaan si yahudi dan nasrani sehingga maruah diri dan tanggungjawab dibiarkan menjadi bahan jenaka..
Apabila si barai mencanangkan pada orang keburukan si bangkai, adakah si barai ini berfikiran bahawa kebaraiannya akan tertutup dan tidak diketahui orang??Dunia sudah tahu bahawa si barai ini telah lama kelihatan barainya..tetapi si barai ini enggan muhasabah diri dan tetap dengan pendirian bahawa dirinya masih ok lagi jika nak dibandingkan dengan si bangkai..
Alasanmu bangang belaka bukanlah lagu ciptaan Exists tetapi ditujukan kepada si barai ini..Terlepas pandang merupakan alasan yang intelektual tetapi apabila ia keluar dari mulut si barai yang hancing ini, maka tiadalah hati manusia ingin menggunakan alasan tersebut lagi..
Jika dilihat, si barai masih tidak berubah..masih lagi hangat bercerita tentang si bangkai..
Kedengaran jiwang tetapi itulah hakikatnya..apabila cinta didusta, maka cinta membalas dendam..
Apabila orang yang dikatakan tersayang diduakan atas nama nafsu dan ketidakdayatahanan perasaan terhadap jejaka yang ada rupa, maka si gadis mula bermain kayu tiga..
Setelah alpa dengan nikmat dunia yang diberikan keluarga, maka si jejaka mula naik tocangnya..Jejaka yang merupakan orang ketiga ini mula koya dan beranggapan bahawa dialah jejaka paling hangat yang bisa menakluki hati, badan, bahagian bawah badan dan juga otak si gadis dungu yang tidak berapa gadis..
Si gadis pula, tidak menyedari bahawa dia telah kufur nikmat, mula memperjudikan masa depannya dengan mengikut hawa nafsu..menjadikan tempat tinggal yang disediakan pihak kerajaan untuk melepaskan hawa nafsu..tanpa menyedari bahawa periuk nasi yang selama ini cuba dibeli hampir kehabisan stok dan tidak dikeluarkan lagi..
174, angka yang cukup digeruni tidak sedikitpon menggentarkan hati dan perasaan si gadis dan jejaka ini..Tanggal 4 Mac 2009 menjadi detik hitam gelap buat si gadis yang hampir menggapai periuk nasi idamannya..
Apa nak jadi, jadilah..kepada si gadis di luar sana, apabila cinta didusta dan nafsu bermaharajalela, maka skuad warden yang amal maaruf nahi mungkar sentiasa berkeliaran mencari mangsa cinta..Cinta Kristal..
Ramai dari kita dikejutkan dengan kisah Tok Bali..Tok Bali??Kat mana tuh??Haha..Jangan buat-buat tak tau..Maka rentetan daripada itu, pihak yang berkenaan sudah mula risau akan gejala sosial yang melanda masyarakat institusi..
Ramai orang bangun pagi..Ada sebab nak solat subuh, ada sebab nak pergi kerja, dan ada sebab memang tak tido malam..Memangla senang bangun pagi..tak tido malam rupanya..
Masa takde diminta-minta..Masa bosan dihilang-hilangkan..Kemudian diminta-minta lagi..Setelah dikecapi tak dijaga dan dibiarkan..Inilah perangai orang yang tak mengenang budi..WQX**** telah tiada tuan dan menjadi haiwan tunggangan untuk ke Perling di kala hujan oleh shabat handai..Jika ditanya, tuan si punya moto sudah tidak pandai membilang sudah berapa lamakah dia tidak menunggangi si haiwan berenjinnya..
Henset hilang...duit hilang...motor hilang...rph pon hilang....xtau la ape lagi yg nak hilang...alat sulit kot pasni....maruah dan harga diri dah lama dah hilang...
Manusia camni terajang je...letak kt Guantanamo Bay..Nasib baik dah tutup...Inilah dia contoh sampah masyarakat...Apa komen rakan-rakan??
Komputer sebarkan virus...berbagai-bagai virus...sehingga orang pon dijangkiti...Dimamah virus sehingga terpaksa menelan Uphamol 650...Sehingga terpaksa menagih simpati orang ramai...Maka kawan bersimpati kepada yang bersimpati....terpedaya seperti anjing kebodohan...meneguk kencing si pendusta durjana yang kealpaan di dalam arus kesibukan ibu-bapa....