Nak kahwin dengan dato' aje kerjanye....

Posted by Sakti Arjuna

Kawan tertarik dengan komen dan keluhan sahabat kawan, Jalak Lenteng yang kawan baca baru-baru ini..berkenaan dengan hantaran dan mas kahwin..kepada si lelaki di luar sana, ini respons kawan..kawan juga lelaki...

Seperti yang kita ketahui, mas kahwin tidaklah menjadi masalah kepada si lelaki untuk membayarnya..makan Nando's ngan Secret Recipe mahal lagi..topup sebulan lebih lagi dari jumlah mas kahwin..jadi kalau ada yang merungut berkenaan mas kahwin, tos je kepala die..Kimak nye orang, tu pun nak berkira ke..

Namun, hantaran yang dikenakan seringkali menjadi buah mulut dan topik perbualan di khemah-khemah kenduri ataupun ketika rewang kenduri..

Kawan faham dengan pandangan Jalak berkenaan hantaran yang tinggi jumlahnya..bak kata orang, macam nak jual anak..namun bak kata Joseph, rendah sangat pun tak boleh juga, akan menimbulkan fitnah..tetapi kawan ada penjelasan bagi mereka yang meletakkan hantaran yang tinggi..

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai..umum kita mengetahui bukan senang bagi seorang ibu melahirkan anak..mengandung sembilan bulan dan bertarung dengan maut semasa melahirkan..badan cengkung dan kurus menyusukan anak..mata lebam akibat tidak lena tidur melayan karenah anak yang menangis di waktu malam..belum kira wang ringgit yang dicurahkan dan dibelanjakan dari bayi tersebut belum lahir sehinggalah mencapai usia mau berkahwin itu..kelengkapan sekolah, makan minum, pakaian, duit belanja, kalian fikirlah sendiri berapa banyak yang telah dihabiskan oleh ibu bapa dalam membesarkan kalian sampailah sekarang..di umur yang meningkat ini, masih lagi menagih wang dari ibu-bapa..

Fikirkan juga penat lelah mneyekolahkan anak, mengambil berat akan pelajaran anak-anak, menghantar dan mengambil anak dari sekolah..merotan dan membebel jika prestasi pelajaran tidak memuaskan..meneman dan memberi galakan kepada anak-anak supaya belajar..semua itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit..

Maka, perlukah kita merungut dan berkira jika ibu bapa si perempuan meletakkan hantaran yang agak tinggi sebagai syarat ingin mendapatkan anak perempuan mereka??? Tanpa usaha dan penat lelah serta keringat mereka maka si perempuan yang kalian gila-gilakan ini tidak akan berada pada kedudukannya sekarang..tanpa ibu bapa si perempuan ini, maka tiadalah si perempuan ini..

Penat membesarkan anak, anak perempuan lak tuh, hati mana yang ingin melepaskan anak secara percuma dan murah?? Tambahan pula jika si perempuan bekerja tetap dan boleh membantu si lelaki kelak dalam urusan perbelanjaan keluarga..nak berkira sangatkah kalian semua??

Maka kawan kurang bersetuju jika kita ingin memarahi dan tidak berpuas hati dengan pihak perempuan kerana meletakkan hantaran yang agak tinggi..tak mahu, cari lain..takde orang yang paksa..kau yang gatal nak kahwin..

Tetapi, kawan bersetuju dengan Jalak..semua ini hanyalah adat..tidak wajib dan tidak dituntut dalam agama..dengan dulangnya...psp3, laptop, beg GUCCI..dan sebagainya..akan tetapi, kawan berjaya merasionalkan tujuan hantaran dikenakan kepada pihak lelaki..kita juga akan menjadi parents..dan mana tau kita juga bakal punya anak perempuan yang mencabar minda dan kesabaran untuk dibesarkan...

Pada kawan kita tidak harus merungut jika tidak mampu menyediakan hantaran..pada kawan nak kahwin kena mampu..Jika wang hantaran masih tidak dapat disediakan, maka kita tergolong dalam kategori tidak mampu..mengapa kita tidak mampu?? Itu salah kita, bukan salah orang lain..bukan salah pihak perempuan..lagipun zaman sekarang memang macam ini caranya..mahu tak mahu kita perlu akur dan cuba sediakan seperti yang dikehendaki..

Akan tetapi, kalau itulah jodoh kita, maka wang hantaran tidak menjadi masalah..Insyaallah akan dipermudahkan cara oleh Allah kelak..

Kawan masih berusaha, dan mujur ibu bapa awek kawan bermurah hati meletakkan diskaun..Kurang sikit bebanan..syukur...

5 comments:

  1. Unknown said...

    Betul dan ada benarnya apa yang diperkatakan. Menyentuh soal wang hantaran, ada yang menentang dan ada yang bersetuju. bagi aku kalau mahal sangat carik je pompuan lain. kalau jodoh pun tak kemana.

    tapi bagi sesetengah keluarga yang meletakkan nilai hantaran yang tinggi, ada juga fungsi kegunaan wang hantaran itu yang dituntut dalam pelbagai sebab seperti:

    1. boleh digunakan untuk persiapan kenduri bagi pihak perempuan menghias rumah dan sebaagainya.. sebab tu ada orang mengata jika melihat insan marhain meletakkan hantaran melebihi sepuluh ribu ringgit.. bukan murah semua tu..

    2. boleh digunakan sebagai 'life-starter' kepada pasangan terbabit yang mahu mendirikan rumahtangga seperti membeli perkakasan rumah dan perlatan dapur, barangan elektronik tambahan, hiasan rumah dan sebagainya..walau pada hakikatnya wang hantaran itu tak boleh diusik, akan tetapi selepas kenduri kahwin selesai nanti bapa mertua akan mengatakan kepada anaknya 'belanjalah duit itu bebaik'..

    3. sebagai simpanan di waktu kecemasan.. kekurangan wang selepas perkahwinan juga boleh menyebabkan kepada penceraian.. pada waktu ini kebanyakan kes-kes penceraian berlaku disebabkan ekonomi (salah satunya)..

    jadi jika pihak keluarga perempuan letak tinggi, 'beli masa', minta lebih masa, atau lupakan saja.. walau hakikat itu sukar diterima..

    INFO TAMBAHAN

    "Punca perceraian pasangan muda"


    Jahil ilmu rumah tangga

    Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial

    Belum bersedia menjadi suami isteri

    Gagal memahami dan menghargai pasangan

    Menyembunyikan sejarah silam

    Masalah komunikasi

    Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua

    Kurang masa berkualiti bersama-sama

    Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan.

    SUMBER : BERIA HARIAN

  2. Jalak Lenteng said...

    haha..detail ni...mostly perkahwinan..antaran beribu tu mmg blah pompuan akan wat kenduri kawen...jarangla yg digunakan untuk beli2 brg baru...aku mendapat idea...t klu kena 10 000..aku nk bahagi 2...bukan kerana aku x mampu..cuma nk test stakat maner bini kita pun bersungguh nk kawen ngan kita...n taktik ni mestilahdisorok dari keluarga...setelah abes kawen bebtul..baru aku nk pulangkan bahagian isteri aku..sebagai hadiah betul..yuhuuuuu..lol

  3. Unknown said...

    bijak bijak.. hehehe

  4. NORJUNILAILA AZHAR said...

    sembunyikan sejarah silam?? tp bkn dlm islam pun cakap klu bley elakkan dr gto kisah2 silam yg xbest kt partner kite ke??

  5. Jalak Lenteng said...

    joseph-best kan joseph????huhu...mesti kita pun dapat hadiah yg lumayan jugak...ngeh2x....

    sakti-teruskan berusaha sahabatku..aku mendoakan yg terbaik...

    hoeny-haha...ade budak cuak...lol..x der paper la joeny..cool saja...yg ko ngader nk bgtau tu watper...ntah2 klu ko dgr laki ko nyer kisah silam terus ko mintak cerai...haha..

Post a Comment