Seringkali kita tidak tahu mempertahankan hak sebagai pengguna..Maka rentetan dari itu kita sering ditindas dan dinafi hak..
Kawan amat menyedari bahawa rakyat Malaysia adalah aman orangnya lebih-lebih lagi Melayu..Kita tidak gemar jalan-jalan cari pasal dan bergaduh dengan orang lain..Sikap begini boleh mengundang padah jika tiada had dan batasannya..
Kawan pasti ramai yang sering tertipu dengan jaminan penjual DVD haram tentang kualiti gambar dan bunyi DVD yang dibeli..Memang betul boleh ditukar semula tetapi sudah menjadi satu pekerjaan pula berulang alik membazir tenaga dan wang ringgit..Sudahla badan penat, hati pula panas..Akan tetapi beranikah kita menengking dan memaki hamun penjual DVD tersebut? kawan yakin jawapannya tidak..Sedangkan sudah menjadi hak kita sebagai pengguna walaupun barang tersebut adalah salah disisi undang-undang..
Jika kita ke restoran-restoran mamak yang semakin banyak menular di negara tercinta ini pula, berapa ramaikah dari kita yang betul-betul berpuas hati dengan kualiti makanan dan layanan yang diberikan? Bila sudah terkenal dan ramai pelanggan, maka harga diletakkan sesuka hati dan boleh pula buat muka ketika mengambil pesanan dan ketika digamit....Berapa ramaikah antara kita yang berani memaki hamun pekerja-pekerja tersebut seraya menghumban makanan dan minuman yang tidak memuaskan?
Jika kita menaiki bas ekspress berjenama burung berwarna hijau dari Kajang ke Johor Bahru, bas tersebut akan singgah di Terminal Bas Seremban hampir 45 minit untuk memenuhkan penumpang sambil mengisi poket ulat tiket dan pemandu bas dengan komisen..Ini membuat kita terfikir bas yang kita naik ini bas ekspress atau bas berhenti-berhenti??? Kita sebagai penumpang merangkap pengguna perkhidmatan bas ekspress ada benda lain yang ingin dibuat dan ingin sampai ke destinasi dalam masa yang diingini..bukan ingin melayan kehendak ulat tiket dan pemandu bas..Itu masalah korang, bukan kami..Tetapi berapa ramaikah antara kita yang berani menegur ulat tiket ini? Kawan berani..Dan telah kawan lakukan..Tetapi dijawab dengan angkuh dan autokratik sekali..Kawan tidak ingin meninggikan suara dan memaki hamun kerana kawan ingin ke Johor Bahru dan bukan Hospital Besar Seremban..Tambahan pula, kawan ada kursus..
Marilah kita ramai-ramai menyedari hak kita sebagai pengguna..Berani kerana benar dan jangan takut untuk lantang bersuara dan menegur yang batil..Ini negara kita..Kita juga akan membayar cukai..Kita juga menyumbang kepada ekonomi negara..Dan yang paling penting, kita penduduk asal negara tercinta ini..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
arjuna, aku ada hak tak nak tegur warden blok H sebab pakai astro sorang2....sepatutnye kongsi r....tengok same2....aku ada hak tak nak tegur dia????
sakti sahabatku...bukan senang nk menegakkan yg benar...seringkali org tertindas bila mereka cube menegakkan hak mereka....inilah dunia....lagi teruk jika mereka x de kuasa atau wang..slow22 je dieorg yg akan dipersalahkan..x percaya??x perlu pergi jauh..lihatkan saja kejadian2 di maktab...huhu
wahai papa..kawan x pasti apa pula pandangan masyarakat kalau awak berbuat demikian..jangan papa,jangan..
wahai jalak..kerana itu kita harus berubah menjadi orang yang disegani..
itulah masalahnya.. apa yang menyedihkan lagi hak kita selalu dinafikan berikutan dan kita juga tidak mahu memanjangkan cerita yang sedia ada.. apa yang kita mahukan adalah layanan yang sepatutnya, bukan diperlakukan dengan apa cara sekalipun.. walau bagaimanapun, sabar itu tetap menjadi pilihan yang terbaik. walaupun ada batasnya, namun ia tetap dipilih sebagai jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah..