Semalam ketika kawan dalam perjalanan pulang dari makan di kedai, perjalanan terganggu agak lama akibat sebuah bas yang menurunkan penumpang..Maka topik yang dibincangkan di sini adalah bukan bas, tetapi penumpang yang menaiki bas tersebut..
Ramai sedia maklum akan kewujudan gadis-gadis beruniform biru di Larkin Jaya dan Jalan Cenderawasih..Golongan ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Berjalan dengan lenggok gedik yang dibuat-buat dan bergelak ketawa sambil berperasaan ayu merupakan tanda pengenalan mereka..
Kawan juga seringkali dijeling nakal oleh golongan ini..Mereka juga tanpa segan silu menegur dan menyapa kawan dengan suara yang manja..Mentang-mentanglah ketika itu kawan memandu Toyota Yaris Sport berwarna kelabu, maka saham kawan naik mendadak dan ditutup agak tinggi..Walaubagaimanapun, Toyota Yaris tersebut bukanlah hal dalam perkara ini..
Apa yang ingin ditekankan ialah kewujudan golongan berunuform biru ini sedikit sebanyak menjadi penyeri dalam kehidupan malam kita di Cenderawasih..Bagaimanapun, sikap gedik dan manja keterlaluan yang seringkali ditonjolkan membuatkan kawan tertanya-tanya..Golongan ini di mana-mana memang macam ini kah?? Adakah semuanya serupa tidak kira di mana sekalipun? Kerana berdasarkan pengalaman kawan golongan ini mempunyai sikap dan perangai yang sama di mana-mana negeri sekalipun..Tak perlu melatah kalau tidak setuju..
Ingin kawan kongsi sebuah cerita di sini..Sedang kawan menunggu Nurulhazhan di hadapan gerai burger di Cenderawasih, kawan terdengar perbualan 3 orang seragam biru bersama 2 orang abang penjual burger yang sedikit sebanyak berbunyi begini :
Biru 1 : Burger abang sedaplah..Kenapa tak bukak cawangan kat tempat kitorang kerja?
Biru 2 : Aah la..Boleh makan hari-hari..
Burger 1 : Yeke? Sedap sangat ke?
Burger 2 : Tang mana yang sedapnya?
Biru 3 : Abang buat sendiri ke Mayonis?
Burger 2 : Aah..Sendiri punyer..
Biru 2 : Wah!! Hebatlah abang..Macam mana caranya?
Burger 1 : Ala..korang kalau nak boleh tolong abang buat...
Biru 1 : Boleh jugak..tunggu la kitorang off-day nanti...
Burger 2 : Senang la kalau korang bertiga tolong wat mayonis..cepat siap..cepat rasa..
Biru 1, 2 , 3 : Tak sabarnya!! Abang janji ek bagi mayonis yang sedap punyer tau..
Burger 1, 2 : Itu sudah semestinya..(hehehehe)
Gadis-gadis beruniform biru ini dengan gediknya bermesra dengan abang-abang penjual burger dengan tujuan yang tidak diketahui..Kemungkinan yang boleh didapati adalah mungkin si gadis-gadis ini ingin burger percuma ataupun dengan separuh harga..
Kawan berasa meluat melihat adegan tersebut..Mengapakah golongan beruniform biru ini berkelakuan mesra dan manja dengan sesiapa sahaja? Bukan kawan dengki mereka tidak bermesra dengan kawan..Tidak!! Tidak sekali-kali.. Cuma kawan berasa yang mereka ini tidak menjaga air muka mereka dan secara tidak langsung menjatuhkan imej profesion yang dibawa..
Ingat..awak tu pakai uniform..Dan kawan yakin bukan semua golongan ini berperangai sebegini..Tetapi, walau apapun..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
Walau apapun, bagus juga mereka bersidai dan berpeleseran di Cenderawasih kerana bolehlah kawan dan rakan-rakan yang lain mencuci mata melihat gadis-gadis seragam biru..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebuah peristiwa penggunaan panggilan intim kepada bukan orang yang intim berlaku di sebuah pasar malam di Keramat. Dalam peristiwa ini seorang gadis kilang baru pulang dari bekerja dan ingin membeli ikan keli (Julai 1994).
Gadis kilang: Berapa sekilo bang?
Peraih Indon: Tak mahal dik, saya boleh kira murah sahaja.
Gadis kilang: Kasi tahulah berapa, senang saya nak beli.
Peraih Indon: Hai Cik adik cepat marah … janganlah marah Cik adik.
Gadis kilang: Jangan gatallah …
Peraih Indon: Tak apa, kan adik ada. Tentu boleh garu …
Analisis
Peraih Indon itu memang menggatal. Tetapi bukan dia yang menggatal dulu. Perasaan itu berpunca daripada bentuk panggilan gadis itu. Gadis itu yang memulakannya. Gadis tersebut melanggar peraturan budi bahasa Melayu. Apabila dia menggunakan bentuk panggilan abang, dia menimbulkan konteks intim dengan peraih Indon. Akibatnya, peraih Indon merasa dikasihi dan bukan dihormati. Peraturan budi bahasa yang dilanggar ialah:
1. Di kampung gadis itu memanggil lelaki yang bukan keluarga atau tidak dikenali sebagi abang.
2. Panggilan abang juga digunakan untuk suami, tunang atau kekasih. Itulah sebabnya peraih Indon itu merasa dia dikasihi seperti seorang kekasih, bukan dihormati. Apabila gadis menggunakannya terhadap orang bukan ahli keluraga, kesan intim akan timbul.
haha seragam biru.. aku ingat pulis.. kalau pulis jaga kau.. aku repot pulis.. hohoho
hati2 sahabatku sakti arjuna..ingatla org tersyang merangkap tuan empunya toyota yaris tu....huhuhu..org negeri aku tu..lol...
huh..x berani la tulis pasal pulis...nanti kena cucuh...hahahah
jalak..seragam biru ada di mana-mana..manakan sama Nurulhazhan seorang..Chewahh..
ya..itu yang seharusnya...lol....
ingatkan ramai lelaki yang suke cenggitu..sebab tu yang xcenggitu dia xnampak..ke x???
ops....cm panas je statement lu joeney...lex kak..haha...ko pun usha ar..abg2 mc berbaju biru...style gtu...auwww..hahaha