Bacalah

Posted by Sakti Arjuna

Kalau ditanya tentu ramai tidak suka membaca..Kerana itulah kita dapat lihat budaya membaca tidak diamalkan oleh masyarakat kita..Kalau ada pun yang membaca, bacaan yang dilakukan adalah ringan dan bertujuan untuk menghilangkan bosan sambil berhibur..Kita selektif dalam pembacaan..Itu kawan akui..Kawan juga begitu..

Kawan tidak gemar membaca novel remaja..Jalan ceritanya cliche dan mengarut..Percintaan seringkali menjadi tema kepada novel-novel ini..Seringkali kawan perhatikan ramai remaja gemar membaca novela-novela cinta..

Kawan jika membaca novel remaja, kawan memang selektif dan cerewet orangnya..Kerana itu kawan membaca karya olahan Faisal Tehrani..Mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama Faisal Tehrani..tetapi jika ditanya pada mereka yang gemar pembacaan kritis dan dinamik, maka nama Faisal Tehrani adalah tidak asing lagi..

Kawan mempunyai 3 buah buku hasil dari pengarang ini..Pada mulanya, kawan berasa bosan dan mengantuk..namun apabila selesai sahaja membaca bab yang pertama, kawan mula kagum akan isi dan cara olahan pengarang..Perkara yang dibincangkan dan isu yang diketengahkan adalah berat dan menguji minda dan kepercayaan..Di sini kawan ingin membincangkan serba sedikit berkenaan 3 cerita ini..

1515
Mengisahkan tentang zaman kesultanan Melayu Melaka di mana watak utama adalah srikandi (perempuan) berketurunan bangsawan..Ketika Portugis menyerang Melaka, Melaka berjaya bangun dan mematahkan serangan..Srikandi ini telah dilantik oleh Sultan untuk mengepalai tentera Melaka menyerang Portugis..Maka dalam lembaran sejarah, Portugis ditawan Melaka..

Sebaik sahaja kawan habis membaca novel tersebut, bulu roma kawan meremang dan tiba-tiba hati berasa sungguh patriotik sekali..Cerita tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kawan kerana setelah membaca, kita berasa bahawa Melaka benar-benar menyerang Portugis..Sejarah berjaya diubah dan diolah dengan berkesan sekali oleh pengarang sehinggakan kawan tidak mahu mengakui bahawa Portugis sebenarnya yang menawan Melaka..

Tuhan Manusia
Mengisahkan tentang seorang adik yang dilanda konflik dalaman akibat dari perbuatan abangnya yang murtad..Novel ini mengupas isu murtad dan Islam Liberal yang mana kehidupan seharian adalah dipisahkan dari agama..Bagaimanapun, si adik ini jatuh cinta dengan seorang gadis yang juga mendukung fahaman Islam Liberal dan Sekular ini hasil didikan bapanya yang juga seorang penceramah agama berfahaman Liberal..

Novel ini agak berat untuk dibaca oleh remaja yang tidak serius seperti kita semua..Namun, ia wajar dibaca kerana jarang kita didedahkan dengan isu murtad dan juga fahaman Liberal dan Sekular yang kita tidak ketahui telah menular di Malaysia..Pastinya kita akan berasa seram sejuk dan takut kerana isu ini telah mula menular dan serius..

Saasatul Ibad
Mengisahkan tentang zaman Kesultanan Johor di mana sedikit dari kita yang benar-benar mengetahui sejarahnya..Seringkali kita tidak dapat membezakan Sultan Mahmud mangkat dijulang itu Melaka atau Johor..Dan kita juga tidak menyedari bahawa Revolusi Johor telah berlaku terlebih dahulu dari Revolusi Perancis..Orang Melayu terlebih dahulu mengenali revolusi..Novel ini juga membuka mata kawan bahawa terlalu buta sejarahnya kawan..Dan novel ini bisa menyedarkan kita tentang betapa pentingnya kedaulatan, keistimewaan dan kedudukan Sultan dalam masyarakat Melayu..Buku ini juga menyedarkan kita bahawa tidak Melayu hilang di dunia..

Tengahari tadi, kawan ke kedai buku dan terlihat karya baru Faisal Tehrani bertajuk Ketupat Cinta..Mengisahkan tentang tukang masak Istana yang ditahan dan dikurung di bilik tahanan oleh Sultan..kawan tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana kawan tidak cukup duit mahu membeli novel tesebut..

Marilah kita sama-sama membudayakan membaca..belajarlah membaca karya-karya yang berat..supaya negara kita dipenuhi remaja-remaja dan pemuda-pemuda yang kritis pemikiran dan cerdas penaakulan..

4 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    benar sahabatku arjuna...aku pun x minat bc cite2 novel cinta...seperti yg dikatekan..bende same jer..faisal tehrani..cm penah dgr jer...bukan ke die ni antara org kuat nasionalisma ke pe...cm puan lailatul de mention name die...ntahler..igt2 luper..

  2. Mr Zakwan Johan said...

    aku memang minat Faisal Tehrani....aku ingat lagi satu karya Faisal Tehrani...karya Kerana Manisnya Epal dalam Antologi Anak Laut masa aku SPM....seorang bekas plajar KISAS.....sekarang ni tengah ambik PhD kat UKM....ni blog dia...
    http://tehranifaisal.blogspot.com/

  3. QaYYum MieJiFans said...

    membaca amalan mulia...

  4. Melancholic Fool said...

    aku da baca Saasatul Ibad...

    pada pendapat aku tak best...
    tapi maybe pasal aku bukan melayu kot...

Post a Comment