Kenapa Meminta-Meminta??

Posted by Sakti Arjuna

Kawan selalu didatangi peminta sedekah..peminta sedekah ini menjelma dalam pelbagai rupa..makcik, pakcik, si buta, kanak-kanak..Ada juga di kalangan mereka ini memakai kopiah dan songkok..

Disini timbullah dilemma dan juga konflik dalaman..Jika tak diberi, dipandang remeh dan serong..Jika diberi, rasa ada yang tak kena..Di sini kawan ingin berkongsi pengalaman di Maybank di sebuah bandar sate terkemuka..

Budak : Bang..beli kalendar bang..Ada pelekat..kismis pun ada..
Penulis : Apa kes?
Budak : Sambil menderma bang..nak bina surau sekolah..Murah je bang..
Penulis : Yeke? Sape suruh kau mintak derma ni?
Budak : Ustaz..
Penulis : Mana ustaz kau..aku nak jumpa..
Budak : Err..(diam)
Penulis : Kau ni hari-hari aku nampak kat sini..kau tak sekolah ke?
Budak : Sekolah pagi bang..petang mintak derma..
Penulis : Yeke? Bukan kau ke aku nampak kat depan Ocean pagi tadi?(serkap jarang je pon)
Budak : Errr(terkena)
Penulis : Kau takde kelas tambahan ke petang? Tak main sukan ke?
Budak : (Diam)
Penulis : Kau tau tak salah mintak derma ni?
Budak : Ada surat bang..
Penulis : Mana surat kau..fotostat camni aku pon leh wat..
Penulis : Kau tau tak aku boleh tangkap kau ni bawak gi balai..
Penulis : Biar padan ngan muka ustaz kau..Ada lak guna budak bawah umur mintak derma..
Penulis : Patutnya sekarang ni kau belajar..buat kerja sekolah..
Penulis : Kau cakap ngan ustaz kau tuh..
Penulis : Biar dia yang mintak derma..
Budak : (Diam sambil buat muka meminta simpati orang ramai)

Di sini telah jelas ustaz tersebut mengambil kesempatan dengan mepergunakan kanak-kanak ini untuk tujuan meminta derma..Memanglah derma itu untuk membina surau..Murni tujuannya..Tapi pada pendapat kawan cara itu salah..Bukankah lebih baik jika budak itu tadi berada di rumah atau sekolah membuat kerja sekolah atau tuisyen ataupun membuat perkara yang menjadi tanggungjawab pelajar..Kasihan budak tersebut..Dia pun kalau boleh tidak ingin berada di luar meminta derma dan menjual..

Kawan bukan tidak ada hati dan perasaan..Cuma kawan berwaspada..Peminta-peminta sedekah(merujuk kepada semua) bukan semua susah dan patut diberi duit..Ada seorang pakcik tempang yang kawan biasa lihat meminta wang di kedai-kedai makan..Sedang kawan melepak bersama rakan-rakan di Seksyen 7 BBB, pakcik ini meminta derma dan dia juga amat persistant sekali..Kemudian boleh pulak kawan jumpa dia di Pusat Snuker siap main kalah bayar lak tuh...Hisap Dunhill kotak merah yang mahal tuh yang macam biasa Payed hisap..Ada ke patut? Pastu yang tak bleh blah lagi boleh enjoy karaoke jamban sebelah kawan..Pakcik ini juga selalu berada di Downtown BTR berhampian IPIK Cheras..jauh tol dia jalan..

Ada juga yang mengedarkan pelekat yang tertera ayat-ayat suci Al-Quran dan berharap agar kita menghulurkan duit..syiling tak mau..Mau kertas..Mengada tol..Dari berbuat demikian, eloklah dia bekerja kontrak membuat bangunan atau rumah yang gajinya boleh mencecah 2-3 ribu sebulan..Tubuh badan sihat..Tak sakit..Pemikiran sahaja sakit..Malas..Memalukan Melayu..

Tetapi kawan tidak pernah mencemuh dan memaki mereka..Nasihat sahaja yang keluar dari mulut kawan..Itupun kadang-kadang..Yang hanya boleh kawan lakukan ialah tersenyum..Tidak kiralah sinis atau pun menganjing ataupun bermakna..Kerana senyum itu kan sedekah..Hanya itulah sahajalah yang kawan termampu..Bukan tidak ada duit..Cuma tidak mahu Melayu hidup bermalas-malasan..

4 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    aku x ske bg derma kat yg malas berusaha...biarpun cacat...klu 2 pilihan..cacat hulur bekas mintak derma ngan yg datang jual barang..aku prefer yg cacat jual barang la..tp tgk keadaan..meyakinkan atau tidak...klu x yakin..ko cakapla esok ko nk mati pun..mmg aku x bg...

  2. Azray said...

    wohooo...brader arjuna memang brani arr! =)
    aku kalao didatangi peminta sedekah nie, aku cabut jek,malas nak cakap byk! hehehe... kalao die nak,kejar la aku! =))

  3. Unknown said...

    jika diteliti cerita ini, mungkin juga pelajar ini salah seorang dari ahli sindiket peminta sedekah yang berleluasa.. laporkan pada polis sekiranya pelajar ini masih berkeliaran untuk diambil tindakan oleh pihak berwajib..

  4. ArchePelaGo Q said...

    huyooo...suspek sama lu....ala minta je kt org yg lagi mampu mcm tokey mutiara motor..mesti dia bg..ferari pun bleh bli xkan nk bina surau xdpt jack...hehehe

Post a Comment