Kawan dan Joseph sering bercerita tentang masa depan..Bukannya kami merupakan pasangan yang merancang masa depan dengan harapan agar dapat hidup bersama..Tidak..Jangan salah faham..Kami berbincang supaya perjalanan hidup dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teliti agar tidak menjadi mangsa keadaan dan Along yang kini semakin mengganas..
Seringkali kawan nasihatkan pada Joseph supaya tidak memiliki dan menggunakan kad kredit..Tiada caj tahunan, bunga rendah, hadiah percuma merupakan antara tarikan yang sering digunakan oleh Promoter dan Salesman kredit kad ini..
Jika diteliti memanglah nampak menarik dan praktikal..Namun tahukah anda berapa jutakah rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar hutang kad kredit?? Juta beb..Tak tipu punyer..Kapada yang tidak tahu, banyakkan baca suratkhabar dan tengok berita..
Ramai orang memberi jawapan pada kawan bahawa kad kredit adalah penting di waktu kecemasan..Mungkin benar..bergantung pada jenis orang dan gaji bulanannya..Jikalau pendapatan bulanannya belasan dan puluhan ribu Ringgit, maka kawan yakin mereka mampu membayar..Tetapi jika gaji bulanan tidak mencecah pun 3 ribu Ringgit, janganlah cari pasal..
Dengan kad kredit di tangan, kita akan rasa ingin berbelanja dan membeli barang dan perkhidmatan yang tidak dikehendaki..
Bank memang ingin kita berhutang..Tiada caj tahunan..Tiada bunga jika dibayar dalam tempoh ditetapkan..Tapi seringkali bila habis tempoh yang diberikan gaji kita belum masuk lagi..Kalau semua mampu bayar dalam tempoh yang ditetapkan, bank-bank akan merasa panas dan rasa tidak berbaloi mengadakan perkhidmatan kad kredit..Mengapa bank-bank ini boleh bertahan dan makin giat pula menyuruh kita menggunakan kad kredit??Kerana mereka untung banyak dari kegagalan kita membayar hutang..
Janganlah mencari pasal menggunakan kad kredit..Anda bekerja..Dapat gaji..Cucuk ATM keluar cash..Anda seronok menghulurkan kad untuk di swipe...Akhirnya, anda pergi ke bank untuk bayar bil kad kredit guna cash jugak..
Janganlah ingat kita kelihatan bergaya menggunakan kad kredit..Orang tahu anda tiada cash..Sebab tu anda guna kad kredit..Back to basic..Orang berhutang sebab tiada duit..Sama sahaja konsepnya..Awek akan pandang jika anda membayar menggunakan cash..Duit betul..bukan dengan sekeping kad plastik..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itu semua benar.. jika ingin memiliki kad kredit, seseorang itu perlu menjadi seorang yang sangat berdisiplin.. sahlah orang kita suka berbelanja lebih dari kemampuan dia sendiri..
hutang ALONG BUKIT BERUNTUNG je.. hehehe (merujuk pada lagu di Ah-Ha)
huhu..isu g menarik...kad kredit ek????erk..x pe la..aku slesa mengamalkan prinsip..ade duit wat cm ade duit..x de duit wat mcm x de duit...huhu
btol 2 pengurusan hidup dan bajet adalah penting jangan tersilap langkah buruk padahnya...kawan mmg bangga ngn sakti kerana mengutarakan isu masa depan ni...aku mmg akan dgr nasihat dia sebab kawan selalu ja ngn dia berborak pasal masa depan dan bertukar pendapat...semoga kita jadi pengguna yg bijak utk sekarang dan masa hadapan...jgn ikut nafsu ikut keperluan...
trima kasih wahai qayyum..berbelanjalah ikut kemampuan wahai jalak