Egois

Posted by Sakti Arjuna

Kawan jarang naik minyak..jual minyak pun sekali-sekali aje..dan kawan tidak pernah seludup minyak..

Baru-baru ini diperkatakan tentang subsidi terutamanya subsidi minyak..kawan bukan banyak duit sangat..bukan lah kaya seperti pemilik Pelabuhan Tanjung Pelepas..kawan hanya penjawat awam yang habis bulan habis gaji..tetapi kawan bersetuju subsidi perlu dihapuskan..

Yang kawan faham, kerajaan akan menanggung hutang dan kerugian berbilion-bilion ringgit kesan pemberian subsidi..rakyat tak faham, lebih-lebih lagi yang sememangnya pembangkang..tak mahu faham kesulitan yang dihadapi kerajaan..bila kerajaan memberi, mereka menerima tanpa bersyukur..bila kerajaan membuat keputusan dan tindakan yang kurang popular, mereka hentam dan kutuk habis-habisan..dan ada yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan tetapi masih tidak mengenang budi..

Pemberian subsidi membuatkan masyarakat alpa..semua nak percuma..semua nak subsidi..sebagai contoh, buku teks..orang tak bagi kau melalak cam nak runtuh bukit..bila dah dapat, anak kau campak-campak je buku teks tu..kau pun tak pedulik anak kau bawak buku teks ke sekolah atau tidak..kau ngan anak kau sama je kurang ajar..

Nelayan-nelayan pula, dapat minyak subsidi kau simpan..lepas tu kau jual..kau salahguna..macam cipet perangai kau..

Dengan adanya subsidi minyak, mat-mat rempit mampu menghidupkan motosikal..pusing kampung sampai ke tengah malam..menyusahkan orang..nak tidur pun susah..

Pemberian subsidi menyebabkan rakyat malas berusaha..tak boleh susah sedikit..nak bersyukur apatah lagi..

Kawan bukan pakar ekonomi..tapi kawan nampak kesan pemberian subsidi ke atas ekonomi negara..jangan tahu merungut sahaja..inilah dunia..

1 comments:

  1. Unknown said...

    Subsidi merupakan pemberian ikhlas kerajaan untuk meringankan beban rakyat.. Akan tetapi, harus diingat rakyat yang macammana harus diberi subsidi?

    1. Rakyat yang menggunakan beca atau basikal setiap hari untuk bergerak sejauh 10-20KM bagi urusan harian mencari rezeki sesuap nasi..

    2. Rakyat TAK SEDAR DIRI yang menggunakan WIRA TURBO, HONDA VTEC, CALDINA, ataupun CURI bagi tujuan perlumbaan jalanraya (roadtax pun ada tak bayar).. Akhir bulan tak ada duit, merungut mintak bantuanlah, subsidilah..

    Kerajaan harus mempertimbangkan siapa yang berhak menerima subsidi.. Subsidi juga wajar dikurangkan bagi tujuan pembangunan. Akan tetapi, harus diingat jika boleh, rakyat yang benar-benar memerlukan harus diberi perhatian sewajarnya.

Post a Comment