Boleh Tahan

Posted by Sakti Arjuna

Sejak kecil kawan biasa dengan sos cili berjenama terkenal..kawan gemar makan nugget, french fries, keropok lekor, kentaki, dan pelbagai makanan lagi dengan sos cili..memang best bila cecah..menjilat jari kaki sendiri...

Tiga bulan lepas, kawan ke sebuah kedai runcit berdekatan rumah kawan untuk membeli sos cili..ternampaklah beberapa belas biji botol sos cili yang tidak pernah kawan dengar jenamanya..berlabel hijau..dalam hati kawan, huh..ini mesti cap ayam ni..kawan memandang penuh lekeh dan mencari sos cili yang biasa kawan beli..tak ada..kedai tu tak jual..kawan pasrah dan dengan tak rela hati membeli sos cili cap ayam tersebut dan membayar dengan muka yang tidak puas hati..dah la cap ayam, boleh tahan harga kau, mana la orang nak beli...

Sampai di rumah, kawan segera menggoreng keropok lekor Mersing yang kawan beli..Usai menggoreng, kawan menuang sos cili tersebut ke dalam piring dan mula mencecah..kawan pun mula makan keropok lekor...tak semena-mena kawan berhenti mengunyah..terkesima..kawan segera memegang botol sos cili tersebut dan membelek label di botol tersebut..kawan segera menginsafi diri..

Sos cili tersebut memang sedap..berperisa..keluaran Bumiputera..kawan takjub..memang sos cili paling best pernah kawan rasa..kawan segera bertekad bahawa inilah sos cili kegemaran kawan mulai hari ini...

Selang beberapa bulan kemudian, kawan ke pasaraya terkemuka untuk membeli barang keperluan harian...kawan mundar-mandir mencari sos cili kegemaran kawan..tak jual..kawan bengang..lantas kawan tanyakan pada pekerja pasaraya tersebut...maka jawapan dia.."Tak pernah dengar la bang, ada ke?" Cipet sunggoh jawapan pekerja tersebut...

Setibanya di felda kawan, kawan segera ke kedai runcit yang biasa kawan pergi lantas membeli sebotol sos cili kegemaran kawan tersebut...gembira tidak terkata...

Pasaraya besar jarang mahu menjual barangan keluaran bumiputera kerana pasaraya-pasaraya ini dimiliki dan diuruskan oleh bukan bumiputera..maka barang keluaran bumiputera menjadi barang kelas kedua..syabas diucapkan kepada kedai-kedai runcit felda kerana menyokong jenama bumiputera...

Di sini, kawan ingin mengesyorkan sos cili jenama Bumi Hijau untuk santapan harian kita semua..Sedap, berkualiti, bersih, dan terbukti halal...

Lain kali kawan pergi makan mekdi kawan nak bawak sos cili sendiri..

3 comments:

  1. Unknown said...

    Jika singgah di kampung aku, jangan lupa ke marang kerana sungguh best sos keropok lekornye.. boleh dicicah dengan french fries mekdi tuu.. hehe

  2. Sakti Arjuna said...

    jika singgah di kampung kau jangan lupa ke marang ke jika singgah di marang jangan lupa ke kampung kau..mana satu ni??aku rasa kau salah...

  3. Unknown said...

    erm.. aku dah jelaskan dalam kete kamal.. hehehe

Post a Comment