Sarung Tangan Getah

Posted by Sakti Arjuna

Seorang sahabat pernah berkata kepada kawan..Mercu tanda kemajuan sesebuah tempat itu ialah dengan adanya francais McDonalds..kawan setuju..

Di tempat kwan sekarang ini sudah ada Mekdi..kawan gembira bukan kepalang..rasa nak gi clubbing untuk meraikan pembukaan Mekdi..tapi kawan masih waras..pergi makan Mekdi sudah, watpe nak gi clubbing..sorang-sorang lak tu..kan ke gila namanya tu..

Ramai orang gemarkan Mekdi..tidak kurang juga yang tidak menyukai..bukanlah mereka tidak gemar Mekdi..mereka cuma bencikan Israel kerana kasihankan Palestin..kata mereka Mekdi adalah kepentingan Israel..

Hurm, kawan pun tak suka Israel..pernah ada orang mengajak kawan boikot barangan Israel..tapi bila difikirkan, nak pakai barang apa? Semua barang Israel..berapa kerat je barang yang bukan barang Israel?

Katakanlah kita semua boikot barang Israel..habis tu orang tak leh boikot kita pulak? Setahu kawan, kita merupakan pengeksport utama sarung tangan getah..sarung tangan getah? Ala, yang doktor pakai, nurse pakai kat hospital tu..kita eksport ke mana? Ke Amerika Syarikat kebanyakannya dan Kesatuan Eropah..bagaimana kalau Israel dan Amerika Syarikat menghasut negara-negara lain supaya memboikot produk kita? Mati wooo..Kita sedap-sedap nak boikot barangan negara lain kerana mengikut perasaan..tapi kita tak fikirkan kesannya terhadap negara pula..Jangan ikut perasaan, kawan faham kita semua benci keganasan Israel..

Takkan kita nak boikot Mekdi..Mekdi menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita..Mekdi juga melakukan kerja amal dan ada badan charity nya sendiri..dan yang paling penting, Mekdi memang sedap dan best..

Secara peribadi, kawan mengaku..kawan gemarkan Mekdi..Awak tak suka takpe..kawan tak paksa makan, x suruh belanja dan kawan pun tak ingin belanja awak..

Kawan suka Prosperity Burger Double..puas beb makan..

Teringat makan Mekdi bersama Joseph di Ampang Park..Macam couple beb..

3 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    weih....dtgla mekdi alaman...aku keje situ...hahahaha

  2. Sakti Arjuna said...

    kalau setakat datang x dapat makan free kawan x mau..kawan nak free..kawan gemar makanan percuma..lebih sedap dan berperisa...haha

  3. Unknown said...

    ya betul tu.. jadi marilah ke Mekdi Alamanda.. Selambe kite serbu 'kedai man'... hehe

Post a Comment