Kaya...pergh...takjub kita melihat mereka...kehulu-kehilir dengan Mercedez Benz...aku pon nak jadi kaya macam tu...nak join gak la...
Itu antara respons yang akan kita berikan apabila melihat usahawan-usahawan produk jualan langsung ataupon lebih dikenali sebagai multilevel ini...Kelihatan hebat memandu kereta mewah biarpun kereta tersebut tak kena langsung dengan mereka...boleh aje beli kereta lain...umur muda lagi tetapi pakai Mercedez Benz pilihan orang berumur...kenapa ye?? Betul ke diorang beli?? Ke hadiah dari syarikat kerana ingin mengaburi mata orang ramai??
Sahabat kawan dikunjungi usahawan-usahawan yang kononnya datang berpaksikan kepercayaan ingin melihat orang Melayu menjadi maju dan boleh berdaya saing dalam perniagaan...Kawan ragu-ragu dengan sebab yang diberikan...ingin melihat orang Melayu maju??? Cliche...
Datang sampai 4 orang...penuh satu kereta...seorang bercakap dan di backup oleh 3 yang lain...menambah apa yang perlu...agar kelihatan meyakinkan...yang seorang ini doktor kononnya...meskipun bergaji besar tetapi masih tak berpuas hati...yang seorang lagi jurutera bunyi...tidak sesuai dengan jiwa...ingin berniaga...kenapa perlu sampai 4 orang...kenapa cerita mereka sama?? Bagai dipakat-pakat...mungkin mereka kawan sejak kecil...terlalu rapat sampai mereka berkongsi kehidupan dan pengalaman yang sama...
Yang peliknya, sahabat kawan berminat pada mulanya...tetapi kerana hasutan dari beberapa pihak, beliau sudah tawar hati...di sini yang peliknya...mereka ini bermati-matian tidak mahu melepaskan sahabat kawan ini dan memujuk beliau dengan komited sehinggakan beliau tidak sampai hati untuk berkata tidak...Ini taktik yang digunakan mereka...Bersikap baik dan memujuk sehingga yang dipujuk rayu tidak boleh berkata apa dan terlanjur melabur dalam perniagaan ini...Soalnya, mengapa beria memujuk...macam dah takde orang lain...kerana mereka tahu. kalau mereka tak dapat, mereka sudah kehilangan sumber pendapatan...bertambah seorang lagi bermakna mereka juga yang mendapat untung...
Andaikata mereka betul-betul ingin melihat orang Melayu maju, bagi sahaja pada yang menganggur...bagi mereka produk untuk dijual...pinjamkan mereka duit 20 atau 30 ribu yang diperlukan untuk menjadi usahawan...bila mereka dah untung, suruh mereka bayar balik...itu baru betul kalau memang nawaitu ingin melihat orang Melayu maju...mengapa mereka sasarkan golongan yang berpendapatan tetap dan layak membuat pinjaman sebagai usahawan...kami sudah ada pendapatan tetap..tak perlu ditolong...yang perlu ditolong adalah mereka yang menganggur dan tidak punya pendapatan...hah, tolong golongan ini...bagi mereka produk...bagi mereka pinjaman modal...
Kawan tidak melarang atau mengugut agar jangan menyertai multilevel...sukahati kalian...cuma kawan tidak suka hujah dan cara mereka yang terlibat mempengaruhi minda dan fikiran kita...jangan bebankan tugas hakiki dengan kerja-kerja yang menjanjikan pulangan berlipat ganda...Mereka tidak ingin melihat kita berjaya...mereka hanya mahu mengaut keuntungan...kita yang terkedok nanti...
Kawan benci orang multilevel...
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hah! kali ini penulisan yang sungguh bernas.. seperti rakan sejawat di tempat aku bekerja, mereka telah menyediakan skema jawapan untuk golongan multilevel sekiranya didekati..
kini, aku suka dengan orang multilevel, kerana dengan skema jawapan yang diberikan, mereka pasti bengang dan meninggalkan kita begitu sahaja.. hahaha
apa skema jawapan tu?
bgus la topic ni.....bende ni mmg aku paling malas...bg untung org atas je...kita kat bawah????huh..mmg x penah join lansung...baik aku wat modal aku sendiri...bukak kedai sendiri.....
saudari nurul, skema jawapannya adalah pertanyaan direct dan kajian khusus.. tanya mereka balik terhadap KEPENTINGAN.. semua MLM ada kepentingan.. jadi dengan kepentingan itulah maka MLM itu akan terbongkar kerana kebanyakan MLM bercorakkan motivasi yang menjurus pada kepentingan..
dan of course, LOGIC.. berfikiran logikal dapat mematahkan segala hujah multilevel itu..
seperti 2 contoh ini:
1. kalau kau nak aku kaya, kenapa kau tak nak perkenalkan ni pada nenek kau? pakcik kau? abang, kakak, adik atau anak beranak kau dulu? diorang tak berminat? takkan kau pakai kereta besar pun tak berminat? dari kau pujuk aku, buktikan keluarga kau berjaya mendominasi MLM dahulu. tak perlu sibuk cari orang lain.
2. aku bersetuju untuk join. berapa? dua ribu? tak dapek la jack.. macam ni la.. kau bagi aku loan dua ribu kau yang berlipat ganda tu, aku dah balik modal aku bayar DOUBLE, tapi dengan syarat, kalau gagal, aku taknak bayar.. sebab ini sume kau yang janjikan.. jangan bimbang, kita usaha sama-sama..
kalau dipersoalkan kesungguhan jika menggunakan duitnya?
3. bukan aku tak nak, kalau aku susah, aku cari kau, kalau aku senang pun aku cari kau, sebab kau kan atas aku. apa susahnya? bende ni konpem kaya. sapa taknak kaya?
mudah bukan?
Sorry la mungkin agak berjela, namun begitu aku PANTANG mendengar usahawan MLM memperlekehkan orang yang makan gaji. sebab aku makan gaji. so what the ef yang sebok kutuk orang makan gaji? right?
Jangan persoalkan rezeki. nak ajak orang, tak perlu perlekeh.. wat stail perniagaan jujur, bagitahu kelemahan dan kekurangan, orang nak masuk ke taknak? that is business..
kan ini semua satu MARKETING? so adat la bisnes.. macam meniaga ikan sardin. ikut orang la nak beli ke taknak. tak perlu sebok memperlekeh..
sekian..
halamak....MLM?
fuck MLM.....
sorry ye terkasar bahasa disini arjuna sakti.....
hati panas dengar MLM....