Apa perasaan kalian membontoti kereta-kereta yang panjang menunggu giliran untuk membayar tol??? Marah? Panas? Letih? Menyampah? Atau mungkin perasaan kalian tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...
Kerana itu kawan menggunakan kad Touch and Go...mudah dan pantas...boleh ditambah nilai di mana-mana...tidak perlu beratur panjang di laluan tunai...kawan seringkali tersengih dan tersenyum bangga ketika melalui laluan Touch and Go...dalam hati mengutuk mereka yang menggunakan laluan tunai...
Kawan tidak faham kenapa susah sangat korang nak beli kad Touch and Go tu...korang duk dalam hutan ke sampai tak boleh nak beli...handphone kau boleh topup takkan Touch and Go kau tak boleh topup...apa yang susahnya?? Tak faham betul la...
Senang sahaja jika mahu mengelakkan kesesakan di laluan tunai...tutup sahaja laluan tunai tu...wajibkan Touch and Go...buat sakit hati je dengan kesesakan di plaza tol...
Kawan menyeru agar kita rakyat Malaysia dapat membeli kad Touch and Go dan gunakan kad tersebut di lebuhraya...senang...jimat masa dan tenaga...betul...cubalah kalau tak percaya...pasti tersenyum bangga dan senang...
Apa yang susahnya???
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul.. dan kalau boleh, tidak salah juga menggunakan Kad Pengenalan anda untuk dijadikan touch n go.. penat kerajaan bagi kemudahan, haprak sorang pun tak nak pakai.. inikan pulak nak membeli touch n go.. aku juga telah memilikinya.. bagaimana pula dengan anda?
kawan pun dah ader...biarpun kawan x berkereta...lol