Eye Opener

Posted by Sakti Arjuna

Keputusan SPM baru diumumkan...kawan seperti lepasan-lepasan SPM yang lain, menunggu dengan penuh sabar dan berdebar-debar...cuma kawan bukanlah lepasan SPM 2009...

Tumpuan kawan sudah tentulah kaunter Koley Komuniti YPJ yang didirikan khas untuk memancing mereka yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan...Bukan apa, kawan hanya ingin bermain mata dengan awek tersebut, bukan nak masuk YPJ pon...

Dan dengan kamera di tangan, kawan mengambil gambar muka-muka yang kelihatan gembira, separa gembira, sedih, menyesal, malah ada juga yang tidak ambil peduli...

Kepada yang berjaya, tahniah kawan ucapkan...dan kepada yang tidak berjaya, tak payahlah...

Berbuih mulut guru-guru anda membebel dan menasihati anda supaya belajar...tetapi anda tidak peduli...tidak mahu mendengar...bila keputusan sedemikian rupa, barulah timbul rasa ingin sambung belajar padahal hakikatnya anda memang malas belajar...

Walau apapun, kawan tidak mahu menghalang apatah lagi memperlekehkan usaha untuk menimba ilmu...cuma, jika betul-betul insaf, baguslah...jangan menghabiskan duit mak bapak...kesian mereka, bergolok bergadai semata-mata ingin menurut kehendak anda...

2 comments:

  1. Unknown said...

    sama la dengan aku.. kaunter cosmopoint mmg awek die cun2 belaka.. awek high-tech mmg best.. hahahahaha

  2. Jalak Lenteng said...

    kawan dulu 4 a dah cukup dah...kire cemerlang la tuh...lol

Post a Comment