Kau Milikku

Posted by Sakti Arjuna

Ada orang kata kelabu..mula-mula hati setuju..tapi setelah ramai yang menegur menyatakan tidak setuju, maka kawan turutkan sahaja..

Ada pula pendapat yang mengatakan ianya tak berkemampuan..tak ada upaya kata mereka..tetapi setelah dipujuk dan dirasionalkan oleh yang prihatin, maka memadailah dengan apa yang ada..tidak banyak bezanya..

Ramai yang menjeling menampakkan perasaan yang sukar dimengerti..

Ada juga yang cuba buat-buat tak nampak dan tak peduli..

Mengapa mereka sulit mengaku iri padahal ia terasa..

Tidak kurang juga yang cuba bertindak kasar cuba melakukan perbuatan khianat..

Kawan perhatikan sahaja..Jangan sampai kawan dapat...Nahas nanti..

Ramai yang memuji..kemas, segak, bergaya, maskulin, dan dinamik..

Itu antara ciri-ciri yang kawan sentiasa idamkan..Kawan sedar semua ciri itu tidak ada pada kawan..tak mengapa, kawan sedar..

Tapi setelah menyedari bahawa betapa Perodua Myvi SE warna Perak Metalik yang baru dimiliki kawan mendapat pujian dari pelbagai pihak dan menepati semua ciri-ciri idaman tersebut, maka kawan hanya mampu tersenyum mengingati sebaris lirik lagu patriotik yang kita semua sedia maklum dan menghafalnya..

"Berkereta jenama negara..megah menyusur di jalanraya.."

Andai kata kalian ketemu kereta yang dimaksudkan bernombor plat BKM 1624 di lebuhraya dan juga jalan bandaran sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi, itulah kereta kawan..

5 comments:

  1. QaYYum MieJiFans said...

    adusss.nak satria neo...huhuh

  2. Sakti Arjuna said...

    haha..try naek dulu myvi se aku yum..mantopp..tinted emerald green aku habaq hang..

  3. Unknown said...

    gile ah.. kaye gile lu bro.. huhu

  4. Jalak Lenteng said...

    SLAMAT BERBAHGIA......

    akhirnya berjaya juga kau melupakan gadis impian mu...NEO....

    xper la..kater org tua x der jodoh...tp bini ko ni pun ok gak per....serba serbi mantap...cun woo..aku pun berkenan..

  5. Jalak Lenteng said...

    FAde black mantap siyot...tp agak berharga ar....aku ritu tgk gen 2 wat..masyuk..garang gler nampak...

Post a Comment