Tinggi Nya Kota Itu

Posted by Sakti Arjuna

Kawan teringat Kajang 10 tahun yang lampau..pekannya kecil..kedainya sedikit..namun perasaan seronok melanda setiap kali berkunjung ke sana..bukan apa, itu sahaja pekan yang ada..Namun sekarang kajang bukan lagi sebuah pekan kecil..ia telah berkembang menjadi bandar kecil yang pesat membangun dan sesak dengan kenderaan dan juga pendatang asing..Sebut sahaja nak apa, pasti boleh dijumpai di Kajang..

Sekarang kawan menetap di Kota Tinggi, yang merupakan tapak Kerajaan Johor Lama suatu ketika dahulu..Sesekali ke Kota Tinggi, kawan teringat Kajang 10 tahun yang lampau..hampir serupa..Harus diingat, ini bukan pujian..Hampa kawan kerana bandar Kota Tinggi tidak memenuhi ekspektasi..Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bandar Kota, kawan agak tertekan..jauh bezanya dengan Kajang, apatah lagi Johor Bahru..pada kawan tidak ada apa yang seronoknya..
Apatah pula setelah 25 kilometer meredah jalan bengkak bengkok memotong lori yang bagak-bagak belaka, kawan inginkan bandar yang moden dan lengkap dengan segala yang kawan mahu..namun penat memandu itu dibalas dengan bandar yang tidak seberapa..

Kerana itu kawan jarang ke Kota..apa ada? Tara apa...Itu persepsi kawan pada mulanya..

Namun setelah lama tidak keluar dan bertemankan pokok sawit sepanjang masa, kawan berasa juga ingin ke Kota pada hujung minggu tetapi malas pula rasanya..Jauh..tetapi satu kejadian mengubah persepsi kawan..

Kawan dikehendaki menghadirkan diri ke satu kursus kecemerlangan PMR Bahasa Inggeris di Bandar Mas..Dengar macam dekat dari Bukit Aping tetapi jauhnya..kawan sahaja yang tahu..37km..pergi dan balik menjadi 74km..Sekembalinya dari kursus, kawan ke Kota untuk menenangkan fikiran dan melupakan bayangan sawit yang ditemui sepanjang perjalanan ke Bandar Mas..Tiba-tiba, kawan berasakan yang jarak 25km dari Bukit Aping ke Kota tidak jauh langsung..10 minit sahaja..itu baru Kancil..belum lagi Perodua Myvi SE Silver yang telah dibooking dan akan keluar Showroom sebelum Aidilfitri tiba..

Kerana sudah lama tidak ke Jaybee, kawan mula berasakan bandar Kota Tinggi adalah yang terbaik buat kawan ketika ini..lama tidak makan KFC, bila makan rasa ingin menangis kerana rasa bersyukur sekurang-kurangnya ada restoran makanan segera..Sekarang kawan tidak lagi memandang rendah bandar Kota Tinggi..Bandar inilah pengubat kebosanan kawan di hujung minggu..Nak ke Jaybee??Jauh beb..

Namun, ketiadaan kedai fotostat seperti di Larkin Jaya agak meresahkan kawan..fotostatnya mahal..nak print seperti di Flat Ikan di Serdang pun mimpilah..nak bayar Bil Celcom pun susah kerana tiada mesin bayaran seperti di Kajang dan Jaybee..Tetapi, so far, kawan berpuas hati dengan Kota Tinggi..kawan mula belajar bersyukur..Anda juga harus begitu..

2 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    sakti arjuna..aku tertarik dengan kisah pasar malam di sana...dgr citer gahnyer bleh tahan???hahaha

  2. Sakti Arjuna said...

    haha..besar betol..ada la dua kangkang kera...

Post a Comment