Kamen Rider Felda

Posted by Sakti Arjuna

Baru-baru ini kawan terdengar lagu Rela nyanyian Inka Cristie yang secara tidak sengaja dimainkan secara rawak di laptop kawan..kawan pernah terdengar lagu ini suatu ketika dahulu namun tidak tahu siapa penyanyinya..tetapi dari nama yang keluar dari Real Player ternyata ejaannya Inka Cristie..Lagunya shahdu dan menikam kalbu..Boleh dikatakan lagu ini antara balada terbaik yang pernah kawan dengar..Namun bukan lagu ini yang ingin dibincangkan..kawan hanya promote aje..haha...

Kawan ingin mengutarakan pandangan kawan terhadap isu semasa yang melanda negara pada masa ini iaitu Mat Rempit..Kawan gemarkan motosikal..kawan juga pernah bergantung hidup pada motosikal..Namun kawan tidak ingin mati bersama ataupun dihimpit motosikal..

Baru-baru ini ketika kawan dalam perjalanan pulang dari Kota, kawan dikejutkan dengan sikap haram jadah pemuda/remaja/budak sekolah/mat rempit/samseng jalanan/bakal mayat/bangkai bernyawa (tidak pasti yang mana satu) yang menunggang motosikal sewenang-wenangnya..Dari jauh lagi kawan sudah melihat mereka melalui cermin pandang belakang kereta kawan..Laju dan berbahaya..kebetulan ketika itu kawan berada di selekoh yang membuang, namun mereka (ada la 10 biji motor) memotong kawan dengan laju dan sipi sekali..Kawan terpaksa memperlahankan seperlahan-lahannya pemanduan sambil sebelah tangan memegang erat kayu besbol besi yang berada di tempat duduk belakang. demi memberi laluan kepada anak hantu tersebut..

Bagaimana kalau mereka bergesel dengan kawan? Sah-sahlah kawan yang akan dipersalahkan..Mungkin juga kawan akan dibelasah beramai-ramai..Kalau budak kawan takpe lagi..bagaimana kalau mereka benar-benar peragut dan samseng jalanan ataupon perogol bohsia?? Huh, penat nak mempertahankan diri..

Kalau terjadi perkara sedemikian, tak tahulah apa nak cakap..Kawan ni cerah masa depannya..mereka itu sudah tentulah belajar tak pandai dan tidak ada prospek dalam kehidupan..tambahan pula sudah semestinya mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada masyarakat dan negara..Ada takde sama aje..Kawan ni yang patut dilindungi..Pemangkin aspirasi negara..

Kerana itu kawan berkira-kira mahu menambah senjata dalam kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga..Mungkin perlu ada parang ataupun pedang samurai di bawah tempat duduk..Ataupun buku lima di glove compartment..Hurm..Entahlah..

Pesanan kawan..berhati-hati ketika memandu terutama di kawasan kampung..Lebihkan waspada jika di bandaraya Jaybee kerana orang Jaybee bawa kereta macam lahanat belaka...80 peratus daripadanya...

8 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    sakti arjuna..bukannyer aku nk menakutkan atau mengajak kamu menjadi samseng..tp seharusnya kita menyimpan senjata kita dalam kereta..bukan aper..untuk keselamatan...dalam kereta aku juga x luper aku bawak parang...bukan aper..ayah aku pesan...memang adat kita anak muda merantau...x sumernyer senang dengan kita...lagi baek simpal pistol kalau boleh...klu aku cm joseph..mmg aku rembat pistol bapak aku..haha

  2. Bob Ziq said...

    yeah.. Btol3.. kawan sangat2 setuju.. mmg kene ada senjata dlm kereta. kita bukan samseng.. kita pemangkin aspirasi negara.. pasal mat2 moto tuh.. itu la mslhnye org kita nih.. mudah terasa diri terhebat, terhangat di pasaran.. sendiri cari penyakit, blame others.. mmg lahanat.. papepun.. berhati2 memandu dimana jua anda berada..

  3. Sakti Arjuna said...

    time kaseh..nasihat kalian amat berguna sekali..

  4. Melancholic Fool said...

    mana aku tak menyumpah seranah kalau bebila aku drive... mak aku cukup bangga dgn sikap aku yg bersopan santun, tetapi bila dia naik kete ngan aku, terlopong mulut dia dgr anak kesayangan dia berseranah sebab sikap kurang ajar bakal mayat atas motor yg kau gambarkan tu...

    bawak senapang patah je... untung2 bole jadi latihan memantapkan accuracy diri...

  5. QaYYum MieJiFans said...

    xpa sabar separuh daripada iamn...guan cara berhemah...

  6. Sakti Arjuna said...

    baik yum..

  7. Unknown said...

    menyimpan senjata di dalam kenderaan adalah salah disisi undang-undang. namun begitu, harus diingat pertahanan diri adlah penting jugak. nasihat aku, simpan ALATAN yang boleh dijadikan senjata.. bukannya SENJATA..

  8. Jalak Lenteng said...

    erk..yer betul tu joseph...pistol dan parang adalah alatan yg boleh dijadikan senjata...tp bukan senjata...hehe....sory abg Joseph...gurau....

    P/s: abg joseph..knuckle brass tu kire senjata ker???sbb mak aku wat lenyek pisang wat cengkodok je kat umah....hasilnyer mmg memuaskan..hahaha

Post a Comment