Baru-baru ini kawan berbicara dengan seorang sahabat tentang entri yang terdahulu berkaitan cukai jalan. Penjelasan yang beliau berikan munasabah dan boleh kawan terima.
Pertamanya beliau menegaskan bahawa ia bertujuan menjaga komoditi minyak di Malaysia. Andaikata cukai jalan semua sama harga maka ramai akan menggunakan kereta cc besar. Maka penggunaan minyak juga bertambah seterusya mengurangkan komoditi minyak di Malaysia. Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kawan berfikir sejenak dan bersetuju dengan alasan tersebut.
Penjelasan yang kedua berkenaan kemampuan serta konsep sebenar pembahagian. Pembahagian yang adil menurut beliau adalah pembahagian mengikut kemampuan dan keperluan. Apabila konsep ini digunapakai, maka kereta cc besar diandaikan dimiliki oleh orang berpendapatan besar dan mereka mampu membayar cukai jalan yang tinggi. Penjelasan yang kedua ini tetap tidak dapat kawan terima kerana penakrifan keperluan dan kemampuan yang berbeza.
Penjelasan yang ketiga adalah berkaitan kesungguhan kerajaaan untuk menggalakkan rakyat memiliki kereta nasional. Kebanyakan kereta nasional berkapasiti kecil. Tidak banyak yang berkapasiti besar jika nak dibandingkan dengan kereta import yang lain. Tersenyum kawan mendengar alasan ini. Alahai...
Kawan gemar memandu di waktu malam. Berangin,mata pula lebih segar. Tumpuan agak tertanggu dengan cukai jalan yang asyik tertanggal dari cermin. Kualiti rendah agaknya. Tak mengapalah. Sudah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk membayar cukai.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukan kualiti rendah. ko tak reti tampal cukai jalan. wahahahahahaha
hahaha... aku tetap dgn pendirian aku....