Jemu

Posted by Sakti Arjuna

cukai jalan. Perkara biasa bagi pemilik kenderaan. Kawan tiada masalah dengan cukai jalan. Kereta kawan 1300cc. Insurans je yang masalah. Tapi tidak mengapa,kereta kawan murah nak dibandingkan dengan kereta lain.

Kawan sedari dulu memikirkan. Mari kita fikirkan bersama. Kita tolak tepi kenderaan komersial. Kita ambil kenderaan persendirian. Mengapa cukai jalan berbeza mengikut cc kereta? Adakah kerana kereta cc besar laju maka cukai jalan juga perlu lebih mahal? Mereka yang pakai kancil, myvi, viva ramai yang memandu macam setan mata satu. Seringkali kawan tanyakan mengapa. Tiada jawapan logik yang diterima. Atau yang memandu kereta cc besar merupakan orang kaya? Maka cukai jalan perlu mahal? Banyak je orang yang tak kaya menggunakan kereta cc besar. Keretanya tak mahal pun. Kereta terpakai je pun. Bawah 60 ribu dah boleh dapat Accord 2.2. Orang kaya pun banyak yang memandu kereta cc kecil sebagai kereta kedua,ketiga,keempat dan sebagainya. Kalau sebab cc besar dan boleh dipandu laju, bukankah ada hadlaju yang telah ditetapkan? Siap saman ekor lagi. Tak boleh juga alasan laju digunapakai. Alasan kaya lagi la tak adil.

Serius kawan tak nampak rasional cukai jalan yang berbeza harga bagi kenderaan persendirian yakni kereta biasa. Lori, bas, bulldozer tu lainla. Dah tentu merosakkan jalan. Biarlah adil. Bukan salah mereka memandu kereta cc besar. Kalau nak murahkan bagi semua murah. Kalau nak mahalkan bagi semua mahal.

Kawan hanya terfikir je. Kalau ada penjelasan logik dan rasional, sila kemukakan. Kawan cuba cerna tanpa prejudis.

5 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    sumer akana pakai cc besar la pasni...sian la cc kecik....rugi pakai...huhu

  2. Sakti Arjuna said...

    kalau cmtu undang2 pun biar la berbeza ikut cc..kereta cc kecik xleh bawak laju,xleh motong,xleh lalu lane kanan,leh camtu? Kena sedar diri la roadtax murah.. Tak adil lak kan kalau camtuh..

  3. Unknown said...

    persoalan sekarang ini ko kene tahu apa tujuan sebenar cukai jalan ini?

    siapa yang memperkenalkan cukai jalan ini?

    mengapa cukai jalan mengikut cc, bukannya tempat duduk?

    adakah tol itu sudah cukup sebagai cukai jalan?

    bolehkah cukai jalan digantikan sahaja dengan permit, jika kenderaan di jalan tidak diwartakan contohnya di kebun, tidak perlu permit atau cukai jalan?

    ko nak apa sebenarnya?

  4. Sakti Arjuna said...

    aku nak pendapat dari pembaca..jelaskanlah andai ko ade pandangan..aku bukannye ade masalah dengan ko pun..ko pon nak apa sebenarnye ni?

  5. melin melinda said...

    Saya tuurt merasakan cukai jalan yang dikenakan bg kereta yang ber'cc' tinggi adalah tidak wajar.

    Ini kerana, kereta sebegini bukan nya boleh dpt keistimewaan di atas jalan raya. Kotak parking pun sama aja saiznya, had laju pun sama juga dengan kereta ber'cc' rendah..

    so di mana keadilannya kerana cukai jalan bagi kereta ber'cc' tinggi ini cukup mahal sekali.

    Saya rasa, Kerajaan wajar mengkaji semula cukai jalan bagi kereta ber'cc' tinggi ini.

Post a Comment