Ekor? Masak sup sedap ni...

Posted by Sakti Arjuna

Bukan ingin membangga diri dan bukan pula ingin membanding. Kawan jarang sangat memandu laju. Kawan patuhi hadlaju yang ditetapkan. Bayangkan, sepanjang 9 tahun kawan memiliki lesen memandu, kawan tidak pernah disaman. Kawan memang berhemah dan bersopan santun di jalan raya.

Kerana itu apabila bapa menelefon memaklumkan surat saman sampai ke rumah, kawan terkejut yang amat sangat. Memang tidak diduga. Rakan-rakan rapat terkejut. Saudara mara terkesima. Adik beradik pula bagaikan tidak percaya kawan memandu laju. Sedangkan kereta kawalan jauh pun kawan kendalikan dengan perlahan,apatah lagi kereta betul.

3 saman bernilai 900 ringgit. Kawan tidak percaya. Kawan tidak pernah memandu laju. Pernah sekali kura-kura di tepi jalan mentertawakan kawan kerana ia berjalan lebih laju dari kawan memandu kereta. Begitulah perumpamaannya. Tapi masakan pihak polis berbohong dan sengaja ingin memerangkap kawan? Hurm. Kawan buntu memikirkan.

Kawasan yang dikatakan kawan telah memandu dengan deras dan laju ialah kawasan yang berkelajuan 60 dan 90km sejam. Bayangkan kawasan yang berkelajuan 60km/j merupakan jalan dua lorong yang mustahil boleh dipandu perlahan tanpa dihon dan disondol kereta belakang.

Tetapi siapalah kawan untuk mempertikaikan saman tersebut. Kawan hanyalah rakyat biasa. Kawan ada terfikir sama ada kereta-kereta mahal berlambang vip dan berjata kerajaan negeri menerima nasib yang sama disaman seperti kawan. Mereka pun laju. Kereta singapura pun laju macam setan. Tak pernah ada yang perlahan.

Kawan hanya mampu mengeluh. Tak puas hati pun ada. Saman ekor. Aduhai, ragu2 rasanya. Rasa tak berbaloi mata asyik melihat meter menahan kaki dari menekan pedal tapi kesudahannya pasrah dan tetap disaman.

1 comments:

  1. Unknown said...

    haha kutuk orang lagi.. ko pun sama kena jugak.. wakakakaka

Post a Comment