Bila Joseph Sudah Tiada

Posted by Sakti Arjuna

Kawan pernah, sedang, dan masih belajar..kita semua belajar sesuatu tidak kira di mana kita berada..belajar itu luas..formal, informal..

Bila sebut tentang belajar, ramai rakan-rakan yang sedang melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi..bila ditanya alasan, ada yang berkata bosan, saje suke-suke...ada yang berkata mau mencari pekerjaan yang lebih prospek..ada yang ingin bersaing..dan ada juga yang sekadar ingin memenuhi kehendak orang lain..

Ada yang bertanya pada kawan..tak mahu sambung belajar ke??

Kawan tidak tahu nak jawab apa..nak dijawab tidak nanti bimbang dikatakan tidak berwawasan, tidak ingin maju ke hadapan..kalau dikata ya, kawan masih belum bersedia, otak masih lagi berkarat..

Bukan kawan tidak mahu, cuma masih belum ada kesempatan..banyak benda lain yang menjadi keutamaan..bukan tidak mahu berkorban, tapi bimbang terkorban..

Insya-Allah..kalau diberi kesempatan, wang, dan tenaga serta kecerdasan akal oleh Allah, kawan akan sambung ke peringkat yang lebih tinggi...

Kawan pun ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan profesionalisma..kawan bukan ikut orang..bukan sebab orang lain buat, kawan nak buat jugak..

Sekarang, kawan masih belajar bagaimana nak format komputer..tak faham-faham..

5 comments:

  1. Unknown said...

    Haha marilah!! Dulu masa aku ada, langsung tidak dihargai. Sekarang bila tiada, baru menginsafi diri. Sedarlah wahai kawan dunia ini hanya sementara. Maka komputer juga hanya sementara (merujuk pada laptop aku yang meletup).. Cibet btol..

  2. Sakti Arjuna said...

    ahh..apa susah..lu boleh datang kajang betolkan laptop aku..haha

  3. Unknown said...

    haha selambe aku turun.. ko kasi prepare laptop ko.. lepas aku repair kite lepak kajang..

  4. Jalak Lenteng said...

    hahahahahaha.........itu yg penting...kawan x khatam2 g.....tnyalah joseph.......

  5. Sakti Arjuna said...

    awak memang..laptop pon nak yang old school..nostalgia konon..

Post a Comment