Semasa kecil dahulu, kawan rajin membaca..boleh dikatakan jika tiada apa hendak dibuat, maka kawan membaca..bahan bacaan pula pelbagai..dari majalah ke novel malahan ensiklopedia..tabiat ini berlarutan hingga sekolah menengah..entah bagaimana, lama kelamaan, tabiat itu pupus..dirasakan pudar dalam hati..secara tiba-tiba kawan tidak lagi rajin membaca..tidal lagi terdetik untuk membaca walaupun untuk tujuan peperiksaan..dan kawan tertanya-tanya..apa sudah jadi??
Namun kawan masih berkebolehan untuk membaca..Jika kawan membaca, kawan boleh habiskan masa sehari suntuk membaca sahaja..tanpa jemu..tapi itulah..bila dah jarang membaca, kebolehan yang ada itu tidak digunakan dengan sebaiknya..
Kawan berasa rugi dengan kehilangan minat untuk membaca ini..kawan terasa kerugiannya..kawan sudah lupa tatabahasa yang biasa-biasa digunakan dalam penulisan..otak kawan juga semakin berkarat bila ingin menulis secebis ayat yang ringkas tetapi betul dari segi penggunaan bahasa..lebih-lebih lagi dalam bahasa inggeris..kadang-kadang kawan rasa marah pada diri sendiri kerana gagal mengingati tatabahasa dalam bahasa inggeris walaupun pernah menggunakannya semasa darjah tiga dahulu..
Betullah cakap orang..membaca itu amalan mulia..kawan setuju..kawan ingin menerapkan semula tabiat membaca..dahulu kawan pelik dan jelik bila ada orang mengatakan dia tidak gemar membaca..tapi sekarang kawan faham setelah ia terjadi pada batang hidung sendiri..
Kawan suka membaca dan kawan akan teruskan..Dengan membaca, pengetahuan kita bertambah dan pemikiran kita jelas berbeza dari pemikiran mereka yang tidak berpelajaran walaupun mendapat pendidikan tinggi..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kawan dah tukar template..ada sebarang masalah untuk komentar lagi?
masih ada masalah.. butang post comment sukar dicari.. reset balik layout anda..
tula, gatal lagi nak tukar..
Sahabat...kawan maser dulu ske gak bace buku..huhuhu..buku2 ilmiah....tp biler makin besar..dh muler pandai tgk gambar x senonoh..minat pun beralih arah...biasa la nafsu...hahaha..
tp aku rasa punca sebenar...naek nya media masa dan teknologi yg melimpah ruah ke ladang gandum....ye la...dulu,de tv pun tgk berita ngan katun jer...skang ni...de laptop..game...bermacam2 g..maner sempat dah nk layan buku...