Eid

Posted by Sakti Arjuna

Kawan tak suka berbicara pasal raya..raya pada kawan biasa biasa sahaja..seringkali kawan berasakan hari-hari lain lebih meriah dari hari raya..tahun ni kawan tiada baju raya..seluar raya..kemeja raya mahupun seluar dalam raya..tak tergerak hati ingin membeli..cuma sebelum kawan balik kg tempoh hari, kawan sempat singgah sebentar di Jusco Tebrau City untuk membeli sandal Santa Barbara yang memang telah lama kawan usha dan impikan..kalau tak raya pun kawan beli gak..

Kad raya?? Masa kecik-kecik dulu pernahlah dapat..tapi sekarang tidak lagi..entahlah..kawan tak ramai sahabat barangkali..kerana itu tidak mendapat kad raya..atau mungkin sebelum ini banyak kad raya yang kawan terima tetapi kawan tidak pernah peduli untuk membalas..mereka sudah serik gamaknya..biarkanlah..kerana kawan tidak pernah nampak tujuan dan sebab musabab untuk menghantar kad raya..kad raya dikatakan sebagai pengganti diri..di waktu kawan nampak muka mereka hari-hari boleh pula dapat kad raya..namun setelah berjauhan begini tiada pula kad dihantar sebagai pengganti diri..hurm..samada kawan tak faham konsep kad raya atau mereka tak faham..tapi tidak mengapalah..yang penting ada rakan-rakan menghantar sms raya yang kreatif dan menduga kesabaran untuk membacanya..berjela-jela..poem Emily Dickinson lagi pendek la..kerana itu di waktu raya seringkali Celcom mengalami masalah talian..mereka yang ingin membuat panggilan penting tidak dapat berbuat demikian kerana adanya golongan yang gemar menghantar sms raya, membuatkan talian sibuk dan berbagai-bagai lagi masalah yang biasa dihadapi ketika lebaran..

Walaubagaimanapun..raya tahun ini tetap istimewa walaupun biasa sahaja kerana adanya insan tersayang bersama..Ibu-bapa dan adik beradik..

Terima kasih diucapkan kepada Joseph kerana datang beraya rumah kawan pada hari raya kedua..terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menelefon ajak beraya di pusat latihan snooker berhampiran..terima kasih yang tak terhingga juga kepada awek kawan yang menghantar kad raya tetapi lambat sampai dan tak sampai-sampai lagi..

Bagaimana ingin menyanbut lebaran yang akan datang?? Semoga lebaran yang akan datang akan membawa lebih makna pada kehidupan yang mendatang...

2 comments:

  1. Unknown said...

    sama-sama Sakti Arjuna.. mudah-mudahan kita akan teruskan tradisi berhari raya dengan penuh KESEDERHANAAN.. itulah yang kian dilupakan oleh umat islam hari ini..

  2. Jalak Lenteng said...

    bertahun-tahun dah x der baju rayer...watper..balik2 g smayang rayer pakai kain pelikat ngan t shirt gak...hahaha.....

    kita serupa....asal raya jer muker snoker..hahaha..raya aji menjelang...de beza ckit...tolong org tua g korban lembu dulu...pastu mulerla...meneruskan tradisi hari raya....BARAAN(kelompok dtg beraya beramai2 dalam adat jawa) ke pusat snuker di jerantut..hahaha..

Post a Comment