Capal

Posted by Sakti Arjuna

Kawan jarang memakai kasut murahan..hampir kesemua kasut yang kawan miliki agak mahal harganya..bukan nak mendabik dada, tapi itulah kenyataannya..kawan pernah memiliki sepasang kasut ADIDAS Danau Kota berharga RM 60..memang cantik tetapi sakit kaki memakainya..sejak dari itu, selamat tinggal kasut tiruan dan murahan..

Tetapi kawan baru menyedari, tiruan dan murahan ada perbezaannya..murahan tak semestinya tak bagus..baru-baru ini kawan membeli sepasang kasut berjenama Road Stone..bunyi macam cap ayam bukan?? Hahaha..tapi selesa..murah..bawah RM 40 selepas diskaun..bagaikan memijak bantal..

Kawan gemar mengumpul kasut..bukan setakat kumpul, pakailah sama..apa guna beli tak pakai..kan macam bodoh tu..

Selepas ini kawan tidak mahu lagi memandang serong jenama tidak terkenal dan murah..tak semestinya tak bagus..tapi amat jarang kasut berjenama yang mahal dikatakan tak bagus..dah mahal,, mestilah tahan dan sedap dipakai..tidak syak lagi..kawan setuju...

Bercakap soal kasut, kawan tidak gemar ke masjid atau surau untuk singgah sembahyang kerana bimbang kasut atau selipar dirembat..kedengaran seperti gampang kan??Kawan takut, walaupun tak pernah terjadi pada kawan, tetapi kawan pernah menyaksikan..Kawan ke Masjid Negara untuk bersembahyang dan usai berjemaah, kawan ternampak seorang hamba Allah mencari kasut beliau..hilang katanya..kawan lega dan bersyukur kerana tidak mengalami nasib yang sama..dalam hati, kalaulah kena kat aku..memang itu takdir, tetapi hati sakit dan geram kerana kasut hilang di masjid..kalau tahu tak singgah..tapi itulah dilemma yang dihadapi..apa sangatlah kasut jika nak dibandingkan dengan menyembah Allah..memang tidak boleh dibandingkan..tapi hati bengkek kasut hilang..walaupun kasut murah, duit jugak..selipar jepun pun leh kena rembat..

Kerana itu kawan cuba untuk mengelakkan dari singgah ke masjid atau surau..bukan tidak mahu sembahyang..tapi tak mahu si pencuri mendapat dosa..haha..cliche..walau apa pun, kawan menyarankan agar kita mempunyai selipar buruk yang belah kanan lain belah kiri lain di dalam kereta supaya senang kita menyalin dan dapat bersembahyang dengan hati yang tenteram tanpa risau kasut dicuri dan mencarut di luar masjid..apa guna memohon keredhaan Allah tetapi hati menyesali, menyesal ke masjid kerana kasut dicuri..Subhanallah...

Laknatlah pencuri2 kasut di dunia ni..Di rumah Allah pun kau boleh mencuri...Sial..

Kawan suka Masjid Negara..Grand..

3 comments:

  1. QaYYum MieJiFans said...

    adoi laknatlah pencuri semua..

  2. Unknown said...

    haha lihat post aku.. akan aku update sebagai maklumbalas pada post ko.. hehe

  3. Jalak Lenteng said...

    sumer start ngan sorg je curi...abes sumer terpaksa mencuri...selipar.....di....masjid...sigh..

Post a Comment