Kompang Dipalu

Posted by Sakti Arjuna

Ramai kenalan menyatakan hasrat ingin berkahwin..walaupun tidak pada kawan, tetapi hasrat itu sudah diketahui umum dan ramai yang menyampaikan pada kawan..Kawan hanya mengangguk bukan tanda setuju..lagipun,siapalah diri ini hendak bersetuju atau tidak atas keberhajatan orang lain..

Kawan tidak pasti bila dan pada umur berapa masyarakat menilai kematangan seseorang itu untuk berkahwin..kerana kematangan itu subjektif..kita tidak perlu ganyut buah dadanya untuk kelihatan matang..tidak perlu pecah suara ala Ramli Sarip untuk nampak matang..Namun, atas dasar kematangan ini seringkali dijadikan sandaran untuk kita menilai kemampuan seseorang untuk berkahwin..

Pada kawan..soal matang itu tidak timbul..soal tanggungjawab juga tidak timbul..kerana dua aspek ini akan datang dengan sendiri apabila sudah berkahwin..pada kawan, yang penting ialah soal kebolehbergantungan..dalam bahasa pasarnya, boleh diharap atau tidak..

Ini lah masalahnya..ramai yang tidak menyedari bahawa diri tidak boleh diharap..Pengharapan itu luas..Apabila sudah berkahwin bukan isteri sahaja yang mengharapkan suami..individu lain juga sama..ibu-bapa,adik beradik,rakan-rakan..dan yang sewaktu dengannya..

Pertama sekali, bolehkah kita diharap untuk mengumpul wang hantaran sepertimana yang dikehendaki oleh keluarga si bakal isteri tanpa membuat pinjaman dari mana-mana bank, syarikat kewangan berlesen ataupun Along? Bolehkah kita berdikit-dikit membeli perabot sewaktu bujang supaya dapat digunakan di rumah yang akan didiami dengan bakal isteri kelak?

Bolehkah diri kita diharap untuk menyediakan rumah untuk didiami bersama isteri? Di samping membayar bil-bil utiliti bernilai ratusan ringgit? Menyediakan perabot agar rumah yang didiami kelihatan selesa? Membeli barang dapur untuk dijadikan hidangan seharian? Membeli pakaian dan kemahuan isteri agar isteri tidak berasa sesal mengahwini kita? Sambil itu singgah ke bank sebulan sekali membayar ansuran kereta? Dan pada masa yang sama kemahuan diri juga terpaksa dipenuhi agar tidak menyesali perkahwinan yang didiri..

Dan bolehkah juga kita diharap pada masa yang sama memberi wang kepada kedua orang tua secara konsisten? Menghulur sejumlah wang kepada adik-adik (jika ada) tidak kira di waktu mereka memerlukan atau tidak? Membeli baju baru buat adik-adik (jika ada) ketika lebaran menjelang? Memberi pinjaman wang kepada adik beradik di waktu mereka susah dan memerlukan bantuan?

Di samping itu, bolehkah juga kita diharap untuk masih kekal bersosial dengan rakan-rakan walaupun tidak sekerap dulu? Masih boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan dan mendengar cerita atau masalah rakan-rakan?

Jika semua yang kawan nyatakan ini boleh dan mampu dilakukan, maka pada hemat kawan, anda layak dan mampu berkahwin..kerana kebolehharapan atau kebolehbergantungan itu jika hendak ditakrifkan secara bahasa ialah kemampuan..

Bagaimanapun, ini hanya pendapat kawan..tidak perlu bersetuju..

Cuma satu yang kawan pasti, kawan masih lagi tidak mampu...

Bukan kehendakku

Posted by Sakti Arjuna

Kawan acapkali mendengar rungutan Joseph berkenaan sikap pemandu di negeri beliau..kawan hanya mampu mengutuk beliau kembali kerana memang sudah lumrah jalanraya, ada yang berhemah dan ada yang pukimak..Seringkali kita bercerita tentang mereka yang pukimak dan jarang kita memuji mereka yang berhemah..

Kawan juga tidak mahu memecahkan tradisi tersebut..kawan juga mahu bercerita tentang yang pukimak ini..

Jika anda bukan orang Johor, tidak berasal dari Johor, anda akan menyedari bahawa gaya pemanduan orang Johor adalah semberono dan agak biadap caranya..kawan bukan ingin mengutuk ataupun menghina pemandu Johor, tetapi itulah yang seringkali dikatakan dan diceritakan oleh sahabat-sahabat yang baru sampai mahupun yang sudah lama menetap di Johor..andaikata kawan silap, kawan minta maaf..mungkin kawan hanya bersikap stereotaip..tapi kawan tak peduli, siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya..pergi mampos..

Sudah terlalu lama kawan bersabar dengan sikap pemandu Johor yang biadap dan samseng ini..Kawan sudah putuskan yang kawan tidak lagi mahu mencarut sepanjang masa melihat kelakuan dan gaya pemanduan mereka..maka kawan mengambil keputusan, kawan mahu menjadi seperti mereka..kawan mahu memandu kereta macam sial..kawan tidak mahu memberi lampu isyarat..kawan mahu memotong di garisan berkembar..dan bermacam-macam lagi perkara yang samseng jalanan lakukan..kawan sudah ada kayu besbol dan parang dalam kereta..siapa yang mahu cari pasal dengan kawan??kawanlah samseng jalanan..

Sekarang kawan tidak peduli dengan makcik yang baru mendapat lesen..pakcik yang matanya tak berapa nak nampak..awek-awek yang tidak berani memandu laju..kawan sudah tidak peduli dengan orang lain..kerana orang tak pernah peduli dengan kawan..

Seandainya kalian terlihat kawan memandu dengan biadap dan serupa anak setan di jalanraya, ini adalah kerana kawan tidak lagi dapat bersabar dengan ketidakadilan yang menimpa kawan di jalanraya..jangan salahkan kawan..salahkan persekitaran..persekitaran memainkan peranan..andaikata orang Johor lebih berhemah memandu kereta, kawan tidak akan jadi seperti ini..tetapi sekarang??Pergi mampus..kawanlah Dominic Toretto...

Zero One Fuck

Posted by Sakti Arjuna

Kawan setia orangnya..lebih-lebih lagi dengan pengendali perkhidmatan telekomunikasi yakni talian telefon bimbit..kawan rasa sudah 6 tahun kawan setia dengan yang satu ini..dari prabayar sehinggalah ke pascabayar, semua kawan dah alami dan rasai..kawan tidak tahu jikalau pembaca sekalian sedar bahawa 6 tahun dahulu, prabayar amat mahal untuk dinikmati dan digunakan..pek permulaan prabayar syarikat ini yang pertama kawan gunakan berharga RM 98..dan di dalamnya tiada kredit..harga kad sim sahaja RM 98..panggilan pula dicaj 38sen ke talian yang sama dan di kawasan yang sama..bermakna ketika itu kawan menggunakan nombor selatan..jadi kawan hanya boleh membuat panggilan ke nombor selatan yang menggunakan talian yang sama..jika nombornya bukan selatan, maka caj yang dikenakan adalah 58sen..itu belum kira lagi jika membuat panggilan ke talian yang berlainan dan menggunakan nombor kawasan berlainan dan belum diambil kira panggilan itu dibuat dalam waktu puncak atau tidak..mengarut betol..mesej??Toksah tanya..memang berbeza dengan sekarang..

Sekarang, prabayar mengenakan caj semurah setengah sen per sms..panggilan serendah sepuluh sen seminit..amboi..habis tuh, kenapa yang menggunakan pascabayar macam kawan ni tak mendapat keistimewaan sedemikian rupa??kawan rasakan menggunakan pascabayar lebih merugikan dari prabayar..ini memang lahanat..

Setelah bertahun setia menjadi hamba telefon bimbit dan mengkayakan pemegang saham syarikat terbabit, kawan mula rasa muak..kerana kesetiaan itu hanya pada sebelah pihak sahaja..inikah namanya keadilan..tapi syarikat ini bukan peduli dengan pelanggannya, yang penting keuntungan dan kitalah yang bodoh menghabiskan duit menggunakan perkhidmatan mereka yang pada kawan tidak lah menjadi keperluan..

Sekarang syarikat ini sudah mula menipu pelanggan..menukar pelan pascabayar pelanggan sesuka hati ibu ayam mereka..sekarang yang rugi siapa?pelanggan..dan bila pelanggan mengadu tak puas hati, mereka salahkan pengurusan kononnya tak boleh berbuat apa-apa..tapi bayarnya kena jugak..bil kawan setelah 3 tahun menggunakan pascabayar tak pernah melebihi RM 90 sebulan..namun setelah pelan pascabayar kawan ditukar tanpa notis dan kebenaran, bil kawan bulan lepas mencecah RM 200..memang tak logik..dan kawan amat bengang sekali..

Sekarang kawan tidak tahu nak setia pada yang mana..dunia semakin mengecil..kawan tidak mahu jurang digital semakin besar kerana tiada telefon bimbit dan ia sekaligus akan menyukarkan hidup kawan..tetapi apabila kita sahaja yang rugi, apalah maknanya semua ini..lihat sahaja sahabat kawan, Joseph..perasaan marahnya menebal pada syarikat ini sehingga beliau memutuskan semua hubungan silaturrahim yang ada antara beliau dan syarikat ini..

Kawan??Entahla..kawan masih lagi berfikir dan nampaknya kawan masih tidak tahu yang mana satu..01 berapalah yang bisa memikat hati kawan selepas ini..