Zero One Fuck

Posted by Sakti Arjuna

Kawan setia orangnya..lebih-lebih lagi dengan pengendali perkhidmatan telekomunikasi yakni talian telefon bimbit..kawan rasa sudah 6 tahun kawan setia dengan yang satu ini..dari prabayar sehinggalah ke pascabayar, semua kawan dah alami dan rasai..kawan tidak tahu jikalau pembaca sekalian sedar bahawa 6 tahun dahulu, prabayar amat mahal untuk dinikmati dan digunakan..pek permulaan prabayar syarikat ini yang pertama kawan gunakan berharga RM 98..dan di dalamnya tiada kredit..harga kad sim sahaja RM 98..panggilan pula dicaj 38sen ke talian yang sama dan di kawasan yang sama..bermakna ketika itu kawan menggunakan nombor selatan..jadi kawan hanya boleh membuat panggilan ke nombor selatan yang menggunakan talian yang sama..jika nombornya bukan selatan, maka caj yang dikenakan adalah 58sen..itu belum kira lagi jika membuat panggilan ke talian yang berlainan dan menggunakan nombor kawasan berlainan dan belum diambil kira panggilan itu dibuat dalam waktu puncak atau tidak..mengarut betol..mesej??Toksah tanya..memang berbeza dengan sekarang..

Sekarang, prabayar mengenakan caj semurah setengah sen per sms..panggilan serendah sepuluh sen seminit..amboi..habis tuh, kenapa yang menggunakan pascabayar macam kawan ni tak mendapat keistimewaan sedemikian rupa??kawan rasakan menggunakan pascabayar lebih merugikan dari prabayar..ini memang lahanat..

Setelah bertahun setia menjadi hamba telefon bimbit dan mengkayakan pemegang saham syarikat terbabit, kawan mula rasa muak..kerana kesetiaan itu hanya pada sebelah pihak sahaja..inikah namanya keadilan..tapi syarikat ini bukan peduli dengan pelanggannya, yang penting keuntungan dan kitalah yang bodoh menghabiskan duit menggunakan perkhidmatan mereka yang pada kawan tidak lah menjadi keperluan..

Sekarang syarikat ini sudah mula menipu pelanggan..menukar pelan pascabayar pelanggan sesuka hati ibu ayam mereka..sekarang yang rugi siapa?pelanggan..dan bila pelanggan mengadu tak puas hati, mereka salahkan pengurusan kononnya tak boleh berbuat apa-apa..tapi bayarnya kena jugak..bil kawan setelah 3 tahun menggunakan pascabayar tak pernah melebihi RM 90 sebulan..namun setelah pelan pascabayar kawan ditukar tanpa notis dan kebenaran, bil kawan bulan lepas mencecah RM 200..memang tak logik..dan kawan amat bengang sekali..

Sekarang kawan tidak tahu nak setia pada yang mana..dunia semakin mengecil..kawan tidak mahu jurang digital semakin besar kerana tiada telefon bimbit dan ia sekaligus akan menyukarkan hidup kawan..tetapi apabila kita sahaja yang rugi, apalah maknanya semua ini..lihat sahaja sahabat kawan, Joseph..perasaan marahnya menebal pada syarikat ini sehingga beliau memutuskan semua hubungan silaturrahim yang ada antara beliau dan syarikat ini..

Kawan??Entahla..kawan masih lagi berfikir dan nampaknya kawan masih tidak tahu yang mana satu..01 berapalah yang bisa memikat hati kawan selepas ini..

5 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    public saja...hahaha....itu suma permainan setan2 wang...

  2. Sakti Arjuna said...

    mane kawan nak cari public kat aping ni jalak oi..klau ade pon awak ingat berfungsi ke?

  3. QaYYum MieJiFans said...

    try digi tgk mcm best ja..haha..fuyohh.kawan pun xtau la kawan mcm xkisah sngt pasal hp ni sebab kawan dah terutang banyak ni dah kena blacklisted lagi..nnt nk g clear!

  4. Unknown said...

    aku sungguh fedup dgn semua ni.. mmg hampeh nyor.. mmg aku terminate.. dahlah pihak syarikat tu mintak maaf, tapi disuruhnya aku bayar jugak 500 itu?

    LAHANAT

    ko suruh la BAPAK ko bayar.. aku dah tuka line.. prepaid summore.. nak topap ape susah? merate2 kedai topap.. lagi murah kadarnye.. last skali, pegi mampos same ZERO ONE SUCKS..

  5. Jalak Lenteng said...

    sabar sumer sahabatku...itula...de baik nya topup...ade kita wat cara ada..x der kita wat cara x der..tp mungkin stiap org lain komitmennya...

Post a Comment