Johor..Kawan bukan orang Johor..tapi entah bagaimana kawan merasakan bahawa Johor dan kawan bagai tidak dapat dipisahkan..Kecik-kecik dahulu kawan sering ke Johor Bahru ketika Raya kerana atuk dan nenek kawan tinggal di JB..Kawan ingatkan kawan tidak akan kembali ke JB setelah atuk dan nenek kawan berpindah..Namun kawan ditakdirkan meluangkan masa selama 4 tahun di Larkin, JB..Banyak yang merungut mengatakan JB tiada apa yang istimewa..Bandaraya yang mati..Jenayahnya melambak dan banyak lagi..Tetapi kawan tiada apa masalah dengan JB..Kawan tidak suka dan tidak juga membenci..Pada kawan apa yang ada di JB sama-samalah kita menikmatinya..Apa yang tiada diam-diamkanlah di dalam hati..
Dua minggu sahaja kawan berehat dari dekat dengan Johor..13 Julai ini merupakan tarikh keramat dimana sekali lagi kawan akan menjejakkan kaki ke Johor untuk tempoh yang tidak kawan ketahui lamanya..
Kepada sahabat-sahabat yang berada di Johor..akan kita ketemu lagi jika kawan ada wang dan kesempatan..
Subscribe to:
Posts (Atom)