Rambutan Manis

Posted by Sakti Arjuna

Kawan agak teliti dan agak cerewet dalam memilih produk penjagaan rambut...kawan tak pakai sebarang shampoo...kawan hanya menggunakan Selsun Blue...boleh didapati di farmasi...bukan kawan kerek, tetapi rambut kawan mudah diserang kelumumur...shampoo tersebut berkesan....

Bercakap tentang rambut, kawan sekarang menggunakan wax Gatsby Moving Rubber...pertama kali menggunakannya, kawan memilih yang kaler oren...sekarang kawan menggunakan yang kaler ungu...harganya mahal...kawan setuju, bazir bukan???sampai dua puloh ringgit lebih sebekas...sabar!!!! Ada penjelasannya...jangan terburu-buru melabel kawan sebagai penggaya rambut yang membazir...hahaha...

Antara sebab kawan menggunakan produk ini adalah kerana ketahanannya...gaya rambut tahan lama dan boleh di adjust berkali-kali...tanpa kompromi...buatlah macam2 gaya pon...beres aje...rambut tidak berminyak dan kelihatan serabai...kawan suka serabai look...mungkin dulu kawan serabai agaknye...

Pertama kali kawan menggunakan yang bekas berwarna oren, ianya tahan 6 bulan...percaya atau tidak itulah kenyataannya...hanya gunakan sedikit di rambut dan ia tahan seharian walaupun ketika tidur...yang seronoknya, bila mandi pun wax nya kekal di rambut...bermaksud sekali penggunaan boleh bertahan sehingga 3 hari...kalau shampoo baru betol2 clear...kalau tak shampoo sekali guna leh tahan 3 hari walaupun mandi di bawah shower dengan lama...

Kerana itu kawan suka produk ini...jimat, bergaya, dan puas hati...barang mahal beb...kawan dah banyak mencuba jenama lain...namakan sahaja...minyak, gel, wax...semua dah kawan guna...tapi cepat habis...ape guna murah kalau tak sampai 3 minggu dah habis...

Namun kawan tidak paksa kalian membeli...suka hati la yang mane satu...yang penting kalian gembira dengan hasilnya...dan tak pinjam duit kawan...

Masih pakai Hero lagi ke Joseph???

Nodai Aku

Posted by Sakti Arjuna

Kawan menanam azam ingin berpuasa penuh tahun ini...kepuasan meraikan Aidilfitri lebih terasa jika tidak ada ketinggalan walau sehari pun berpuasa...

Setakat ini, kawan masak sendiri juadah berbuka dan sahur...bukan setakat juadah ala kadar, tetapi boleh dikategorikan sebagai agak mewah pada pandangan mata golongan marhaen...

Kawan suka ke bazar Ramadhan...bukan untuk membeli juadah tetapi mencuci mata melihat gadis-gadis seksi...jangan ingat bulan puasa tak ada gadis seksi menjolok mata...sama aje seperti di bulan2 lain..kawan memang kalau boleh tak mahu tengok...tapi alangkah ruginya kalau tak melihat keindahan alam yang dianugerahkan Allah..hahaha...budak jahat...

Tahun ini hanya sekali kawan ke bazar Ramadhan...kawan beli Piza besar..mahal jugak...12 Ringgit...menyesal kawan beli...bukan kufur nikmat, tapi kawan hanya dapat dosa membeli piza tersebut..

Dah la tak berapa sedap..makan 6 keping pun tak kenyang lagi...kawan mengeluh dalam hati mengenangkan betapa penipunya peniaga zaman sekarang...kawan belasah jela makan dengan hati yang menyesal....

Seperti yang kawan katakan, sekarang kawan amat jarang mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat...kawan sabar jela...nak belasah orang, Jalut sudah tiada...

Kawan sudah serik dengan bazar Ramadhan...andaikata kalian terjumpa kawan di bazar-bazar Ramadhan seluruh Malaysia, ketahuilah, kawan hanya mencuci mata sebagai santapan jiwa yang jahat...

Teringat peristiwa Kathira Abu Bakar dan Enset di bulan puasa ketika di Johor Bahru bersama Joseph..awak memang jahat Joseph oi...

Capal

Posted by Sakti Arjuna

Kawan jarang memakai kasut murahan..hampir kesemua kasut yang kawan miliki agak mahal harganya..bukan nak mendabik dada, tapi itulah kenyataannya..kawan pernah memiliki sepasang kasut ADIDAS Danau Kota berharga RM 60..memang cantik tetapi sakit kaki memakainya..sejak dari itu, selamat tinggal kasut tiruan dan murahan..

Tetapi kawan baru menyedari, tiruan dan murahan ada perbezaannya..murahan tak semestinya tak bagus..baru-baru ini kawan membeli sepasang kasut berjenama Road Stone..bunyi macam cap ayam bukan?? Hahaha..tapi selesa..murah..bawah RM 40 selepas diskaun..bagaikan memijak bantal..

Kawan gemar mengumpul kasut..bukan setakat kumpul, pakailah sama..apa guna beli tak pakai..kan macam bodoh tu..

Selepas ini kawan tidak mahu lagi memandang serong jenama tidak terkenal dan murah..tak semestinya tak bagus..tapi amat jarang kasut berjenama yang mahal dikatakan tak bagus..dah mahal,, mestilah tahan dan sedap dipakai..tidak syak lagi..kawan setuju...

Bercakap soal kasut, kawan tidak gemar ke masjid atau surau untuk singgah sembahyang kerana bimbang kasut atau selipar dirembat..kedengaran seperti gampang kan??Kawan takut, walaupun tak pernah terjadi pada kawan, tetapi kawan pernah menyaksikan..Kawan ke Masjid Negara untuk bersembahyang dan usai berjemaah, kawan ternampak seorang hamba Allah mencari kasut beliau..hilang katanya..kawan lega dan bersyukur kerana tidak mengalami nasib yang sama..dalam hati, kalaulah kena kat aku..memang itu takdir, tetapi hati sakit dan geram kerana kasut hilang di masjid..kalau tahu tak singgah..tapi itulah dilemma yang dihadapi..apa sangatlah kasut jika nak dibandingkan dengan menyembah Allah..memang tidak boleh dibandingkan..tapi hati bengkek kasut hilang..walaupun kasut murah, duit jugak..selipar jepun pun leh kena rembat..

Kerana itu kawan cuba untuk mengelakkan dari singgah ke masjid atau surau..bukan tidak mahu sembahyang..tapi tak mahu si pencuri mendapat dosa..haha..cliche..walau apa pun, kawan menyarankan agar kita mempunyai selipar buruk yang belah kanan lain belah kiri lain di dalam kereta supaya senang kita menyalin dan dapat bersembahyang dengan hati yang tenteram tanpa risau kasut dicuri dan mencarut di luar masjid..apa guna memohon keredhaan Allah tetapi hati menyesali, menyesal ke masjid kerana kasut dicuri..Subhanallah...

Laknatlah pencuri2 kasut di dunia ni..Di rumah Allah pun kau boleh mencuri...Sial..

Kawan suka Masjid Negara..Grand..

Sportsman Prayer

Posted by Sakti Arjuna

Oh God
Please help me to win
For I always want to win
But if in thy inscrutable wisdom
Thou willest me not to win
Then make me a good loser
For when a good scorer comes to write against your name
He writes not that you won or you lost
But how you played the game


Kawan teringat semasa kawan di bangku sekolah menengah, rangkap di atas dihafal dan dibaca sebelum perlawanan...sekarang rangkap di atas hanya menjadi nostalgia tetapi masih utuh di hati dan kalbu kawan...LORDS 9902