Aisehhhh....

Posted by Sakti Arjuna

Kawan tak gemar insan yang mudah naik kepala...

Dalam masa setahun ini, kawan sudah berubah..kawan rasakan kawan sudah berubah..tidak mudah panas..lebih banyak berfikir kesan dan akibat dari sesuatu perbuatan yang bakal kawan lakukan..mungkin kematangan selari dengan peningkatan usia..kawan akui kawan lebih santai..lebih mudah bertolak ansur da yang paling kawan perasan, kawan jarang menghamburkan kata nista, kesat, dan cacian..syabas diucapkan..tepuklah...

Akan tetapi, ramai insan yang suka mengambil kesempatan..diam disangkanya kawan baik..kawan bukan baik, kawan cuma mahu mengelakkan masalah..yang paling kawan panas, mulut yang celupar dan tidak ada insurans..dah la kau tak baik ngan aku, tegur pun camtu je..kau nak tunjuk mulut cam sundal lak dengan aku..bergurau tak kena masa..tak kena tempat..memerli di kala aku tengah serabut banyak kerja..kalau aku bukan kerja cam sekarang ni, dah lama aku jotos kepala kau..cipet betol...

Setakat ini kawan belum mahu melenting..kawan banyak bersabar..baguslah...tak ada gunanya nak marah-marah sahaja kerjanya..tetapi, jaga-jagalah sikap dan kelakuan..

Kawan hanya manusia manusia, boleh bertindak di luar jangkaan..minta dielakkan...

Mana Pen Kau???

Posted by Sakti Arjuna

Lagi-lagi situasi di kedai makan.....

Penulis : Dik, amik order..
Pelayan : Nak minum ape bang??
Penulis : Kau bagi aku limau ais..
Rakan : Aku nak neslo ais..
Pelayan : Makan??
Penulis : Tomyam putih ngan telur mata..
Pelayan : Nasik tak nak??
Penulis : Apa la kau ni..dah tentu la nak..takkan aku nak hirup tomyam camtu jek..
Pelayan : Hehehe..
Rakan : Kau bagi aku nasi goreng ayam...

Tanpa mencatat pesanan yang diambil, pelayan tersebut berlalu...
15 minit kemudian...
Si pelayan datang bersama makanan yang dipesan...

Penulis : Oi..salah ni..kitorang tak order pon ni...
Pelayan : Eh, kejap..

Si pelayan berlalu dan bertanyakan sesuatu pada cashier yang merupakan anak murid kawan...
Lantas anak murid kawan segera datang dan menjelaskan...

Cashier : Sir, ustaz, budak ni silap kasi order la..
Penulis : Camne boleh silap..dah la konfiden tak tulis pon order aku
Cashier : Dia memang tak pandai menulis..tak pandai baca..
Penulis : Bangang betol la mak bapak die...
Cashier : Sori ea sir, saya order lagi ea..
Rakan : Pasni kitorang datang make sure ko yang datang amik order kitorang..
Penulis : Ko sorang je..aku tak nak tengok muke die amik order aku..hantar order xpe..
Cashier : Hehehe

Setelah kawan memanggil dan menyiasat si pelayan tersebut, dia hanya bersekolah setakat darjah 6 tanpa menguasai 3M..setelah habis UPSR dengan keputusan yang tidak membanggakan kucingnya, dia mengambil keputusan untuk tidak bersekolah..sekarang umurnya 13..

Dahla muka kau tak lawa..bodoh lak tu..dah tau bodoh, kau tak nak sekolah...pastu kau ikut jantan malam2 naik moto..kena kenduri jela...kalau nanti kau dapat kawin dengan pewaris Mutiara Motor tak pe la jugak..aduhai..kenapala mak bapak kau tak fikir panjang...kesian aku kat kau..bengang pun ada jugak..bercampur aduk perasaannya...

Kawan tak rasa salah cikgu sekolah rendah dia...bukan dia sorang sekolah situ..beratus..tapi kenapa dia tak pandai membaca..ada handset...macamana la kau hantar mesej..aduhai manusia, bermacam ragam...

Sekarang yang amik order kakak kepada cashier...cun seh..

Boleh Tahan

Posted by Sakti Arjuna

Sejak kecil kawan biasa dengan sos cili berjenama terkenal..kawan gemar makan nugget, french fries, keropok lekor, kentaki, dan pelbagai makanan lagi dengan sos cili..memang best bila cecah..menjilat jari kaki sendiri...

Tiga bulan lepas, kawan ke sebuah kedai runcit berdekatan rumah kawan untuk membeli sos cili..ternampaklah beberapa belas biji botol sos cili yang tidak pernah kawan dengar jenamanya..berlabel hijau..dalam hati kawan, huh..ini mesti cap ayam ni..kawan memandang penuh lekeh dan mencari sos cili yang biasa kawan beli..tak ada..kedai tu tak jual..kawan pasrah dan dengan tak rela hati membeli sos cili cap ayam tersebut dan membayar dengan muka yang tidak puas hati..dah la cap ayam, boleh tahan harga kau, mana la orang nak beli...

Sampai di rumah, kawan segera menggoreng keropok lekor Mersing yang kawan beli..Usai menggoreng, kawan menuang sos cili tersebut ke dalam piring dan mula mencecah..kawan pun mula makan keropok lekor...tak semena-mena kawan berhenti mengunyah..terkesima..kawan segera memegang botol sos cili tersebut dan membelek label di botol tersebut..kawan segera menginsafi diri..

Sos cili tersebut memang sedap..berperisa..keluaran Bumiputera..kawan takjub..memang sos cili paling best pernah kawan rasa..kawan segera bertekad bahawa inilah sos cili kegemaran kawan mulai hari ini...

Selang beberapa bulan kemudian, kawan ke pasaraya terkemuka untuk membeli barang keperluan harian...kawan mundar-mandir mencari sos cili kegemaran kawan..tak jual..kawan bengang..lantas kawan tanyakan pada pekerja pasaraya tersebut...maka jawapan dia.."Tak pernah dengar la bang, ada ke?" Cipet sunggoh jawapan pekerja tersebut...

Setibanya di felda kawan, kawan segera ke kedai runcit yang biasa kawan pergi lantas membeli sebotol sos cili kegemaran kawan tersebut...gembira tidak terkata...

Pasaraya besar jarang mahu menjual barangan keluaran bumiputera kerana pasaraya-pasaraya ini dimiliki dan diuruskan oleh bukan bumiputera..maka barang keluaran bumiputera menjadi barang kelas kedua..syabas diucapkan kepada kedai-kedai runcit felda kerana menyokong jenama bumiputera...

Di sini, kawan ingin mengesyorkan sos cili jenama Bumi Hijau untuk santapan harian kita semua..Sedap, berkualiti, bersih, dan terbukti halal...

Lain kali kawan pergi makan mekdi kawan nak bawak sos cili sendiri..

Sarung Tangan Getah

Posted by Sakti Arjuna

Seorang sahabat pernah berkata kepada kawan..Mercu tanda kemajuan sesebuah tempat itu ialah dengan adanya francais McDonalds..kawan setuju..

Di tempat kwan sekarang ini sudah ada Mekdi..kawan gembira bukan kepalang..rasa nak gi clubbing untuk meraikan pembukaan Mekdi..tapi kawan masih waras..pergi makan Mekdi sudah, watpe nak gi clubbing..sorang-sorang lak tu..kan ke gila namanya tu..

Ramai orang gemarkan Mekdi..tidak kurang juga yang tidak menyukai..bukanlah mereka tidak gemar Mekdi..mereka cuma bencikan Israel kerana kasihankan Palestin..kata mereka Mekdi adalah kepentingan Israel..

Hurm, kawan pun tak suka Israel..pernah ada orang mengajak kawan boikot barangan Israel..tapi bila difikirkan, nak pakai barang apa? Semua barang Israel..berapa kerat je barang yang bukan barang Israel?

Katakanlah kita semua boikot barang Israel..habis tu orang tak leh boikot kita pulak? Setahu kawan, kita merupakan pengeksport utama sarung tangan getah..sarung tangan getah? Ala, yang doktor pakai, nurse pakai kat hospital tu..kita eksport ke mana? Ke Amerika Syarikat kebanyakannya dan Kesatuan Eropah..bagaimana kalau Israel dan Amerika Syarikat menghasut negara-negara lain supaya memboikot produk kita? Mati wooo..Kita sedap-sedap nak boikot barangan negara lain kerana mengikut perasaan..tapi kita tak fikirkan kesannya terhadap negara pula..Jangan ikut perasaan, kawan faham kita semua benci keganasan Israel..

Takkan kita nak boikot Mekdi..Mekdi menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kita..Mekdi juga melakukan kerja amal dan ada badan charity nya sendiri..dan yang paling penting, Mekdi memang sedap dan best..

Secara peribadi, kawan mengaku..kawan gemarkan Mekdi..Awak tak suka takpe..kawan tak paksa makan, x suruh belanja dan kawan pun tak ingin belanja awak..

Kawan suka Prosperity Burger Double..puas beb makan..

Teringat makan Mekdi bersama Joseph di Ampang Park..Macam couple beb..

Egois

Posted by Sakti Arjuna

Kawan jarang naik minyak..jual minyak pun sekali-sekali aje..dan kawan tidak pernah seludup minyak..

Baru-baru ini diperkatakan tentang subsidi terutamanya subsidi minyak..kawan bukan banyak duit sangat..bukan lah kaya seperti pemilik Pelabuhan Tanjung Pelepas..kawan hanya penjawat awam yang habis bulan habis gaji..tetapi kawan bersetuju subsidi perlu dihapuskan..

Yang kawan faham, kerajaan akan menanggung hutang dan kerugian berbilion-bilion ringgit kesan pemberian subsidi..rakyat tak faham, lebih-lebih lagi yang sememangnya pembangkang..tak mahu faham kesulitan yang dihadapi kerajaan..bila kerajaan memberi, mereka menerima tanpa bersyukur..bila kerajaan membuat keputusan dan tindakan yang kurang popular, mereka hentam dan kutuk habis-habisan..dan ada yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan tetapi masih tidak mengenang budi..

Pemberian subsidi membuatkan masyarakat alpa..semua nak percuma..semua nak subsidi..sebagai contoh, buku teks..orang tak bagi kau melalak cam nak runtuh bukit..bila dah dapat, anak kau campak-campak je buku teks tu..kau pun tak pedulik anak kau bawak buku teks ke sekolah atau tidak..kau ngan anak kau sama je kurang ajar..

Nelayan-nelayan pula, dapat minyak subsidi kau simpan..lepas tu kau jual..kau salahguna..macam cipet perangai kau..

Dengan adanya subsidi minyak, mat-mat rempit mampu menghidupkan motosikal..pusing kampung sampai ke tengah malam..menyusahkan orang..nak tidur pun susah..

Pemberian subsidi menyebabkan rakyat malas berusaha..tak boleh susah sedikit..nak bersyukur apatah lagi..

Kawan bukan pakar ekonomi..tapi kawan nampak kesan pemberian subsidi ke atas ekonomi negara..jangan tahu merungut sahaja..inilah dunia..