Tak Berminat

Posted by Sakti Arjuna

Kaya...pergh...takjub kita melihat mereka...kehulu-kehilir dengan Mercedez Benz...aku pon nak jadi kaya macam tu...nak join gak la...

Itu antara respons yang akan kita berikan apabila melihat usahawan-usahawan produk jualan langsung ataupon lebih dikenali sebagai multilevel ini...Kelihatan hebat memandu kereta mewah biarpun kereta tersebut tak kena langsung dengan mereka...boleh aje beli kereta lain...umur muda lagi tetapi pakai Mercedez Benz pilihan orang berumur...kenapa ye?? Betul ke diorang beli?? Ke hadiah dari syarikat kerana ingin mengaburi mata orang ramai??

Sahabat kawan dikunjungi usahawan-usahawan yang kononnya datang berpaksikan kepercayaan ingin melihat orang Melayu menjadi maju dan boleh berdaya saing dalam perniagaan...Kawan ragu-ragu dengan sebab yang diberikan...ingin melihat orang Melayu maju??? Cliche...

Datang sampai 4 orang...penuh satu kereta...seorang bercakap dan di backup oleh 3 yang lain...menambah apa yang perlu...agar kelihatan meyakinkan...yang seorang ini doktor kononnya...meskipun bergaji besar tetapi masih tak berpuas hati...yang seorang lagi jurutera bunyi...tidak sesuai dengan jiwa...ingin berniaga...kenapa perlu sampai 4 orang...kenapa cerita mereka sama?? Bagai dipakat-pakat...mungkin mereka kawan sejak kecil...terlalu rapat sampai mereka berkongsi kehidupan dan pengalaman yang sama...

Yang peliknya, sahabat kawan berminat pada mulanya...tetapi kerana hasutan dari beberapa pihak, beliau sudah tawar hati...di sini yang peliknya...mereka ini bermati-matian tidak mahu melepaskan sahabat kawan ini dan memujuk beliau dengan komited sehinggakan beliau tidak sampai hati untuk berkata tidak...Ini taktik yang digunakan mereka...Bersikap baik dan memujuk sehingga yang dipujuk rayu tidak boleh berkata apa dan terlanjur melabur dalam perniagaan ini...Soalnya, mengapa beria memujuk...macam dah takde orang lain...kerana mereka tahu. kalau mereka tak dapat, mereka sudah kehilangan sumber pendapatan...bertambah seorang lagi bermakna mereka juga yang mendapat untung...

Andaikata mereka betul-betul ingin melihat orang Melayu maju, bagi sahaja pada yang menganggur...bagi mereka produk untuk dijual...pinjamkan mereka duit 20 atau 30 ribu yang diperlukan untuk menjadi usahawan...bila mereka dah untung, suruh mereka bayar balik...itu baru betul kalau memang nawaitu ingin melihat orang Melayu maju...mengapa mereka sasarkan golongan yang berpendapatan tetap dan layak membuat pinjaman sebagai usahawan...kami sudah ada pendapatan tetap..tak perlu ditolong...yang perlu ditolong adalah mereka yang menganggur dan tidak punya pendapatan...hah, tolong golongan ini...bagi mereka produk...bagi mereka pinjaman modal...

Kawan tidak melarang atau mengugut agar jangan menyertai multilevel...sukahati kalian...cuma kawan tidak suka hujah dan cara mereka yang terlibat mempengaruhi minda dan fikiran kita...jangan bebankan tugas hakiki dengan kerja-kerja yang menjanjikan pulangan berlipat ganda...Mereka tidak ingin melihat kita berjaya...mereka hanya mahu mengaut keuntungan...kita yang terkedok nanti...

Kawan benci orang multilevel...

Apasal kau touch aku???

Posted by Sakti Arjuna

Apa perasaan kalian membontoti kereta-kereta yang panjang menunggu giliran untuk membayar tol??? Marah? Panas? Letih? Menyampah? Atau mungkin perasaan kalian tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...

Kerana itu kawan menggunakan kad Touch and Go...mudah dan pantas...boleh ditambah nilai di mana-mana...tidak perlu beratur panjang di laluan tunai...kawan seringkali tersengih dan tersenyum bangga ketika melalui laluan Touch and Go...dalam hati mengutuk mereka yang menggunakan laluan tunai...

Kawan tidak faham kenapa susah sangat korang nak beli kad Touch and Go tu...korang duk dalam hutan ke sampai tak boleh nak beli...handphone kau boleh topup takkan Touch and Go kau tak boleh topup...apa yang susahnya?? Tak faham betul la...

Senang sahaja jika mahu mengelakkan kesesakan di laluan tunai...tutup sahaja laluan tunai tu...wajibkan Touch and Go...buat sakit hati je dengan kesesakan di plaza tol...

Kawan menyeru agar kita rakyat Malaysia dapat membeli kad Touch and Go dan gunakan kad tersebut di lebuhraya...senang...jimat masa dan tenaga...betul...cubalah kalau tak percaya...pasti tersenyum bangga dan senang...

Apa yang susahnya???

Pedal Lembut

Posted by Sakti Arjuna

Kawan memandu dengan berhati-hati dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Lembah Klang kerana hujan lebat dan jalan licin...Dari jauh kawan melihat melalui cermin pandang belakang sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lajunya menyalakan lampu tinggi sebagai isyarat agar kawan ketepi memberikannya laluan...

Dalam keadaan hujan lebat kawan dapat membaca no plat kenderaan tersebut...ternyata kenderaan dari negara jiran...Sport Utility Vehicle...nampah gah menyusur di jalanraya...akan tetapi, selagi jalanraya itu terletak di Malaysia tanahairku, jangan kau mimpi wahai kereta-kereta Singapura untuk sesuka mak bapak korang menyalakan lampu tinggi berharapan agar aku bagi kau laluan untuk memandu dengan sewenang-wenangnya di lebuhraya Malaysia...FUCK YOU...

Kawan bengang melihat kereta-kereta Singapura ini dipandu dengan kurang ajar oleh pemandu Singapura yang biadap...Tindakan tegas harus diambil oleh pihak berwajib...dan andaikata kawan ternampak kereta-kereta Singapura ini dipandu biadap dan membabi buta, akan kawan ambil tindakan sendiri untuk mengajar mereka ini...dasar biadap...Kiasu...

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir yang berhemah dan menghormati undang-undang Malaysia...syabas diucapkan...

Pandu cermat jiwa selamat...biar lambat asal selamat...

Eye Opener

Posted by Sakti Arjuna

Keputusan SPM baru diumumkan...kawan seperti lepasan-lepasan SPM yang lain, menunggu dengan penuh sabar dan berdebar-debar...cuma kawan bukanlah lepasan SPM 2009...

Tumpuan kawan sudah tentulah kaunter Koley Komuniti YPJ yang didirikan khas untuk memancing mereka yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan...Bukan apa, kawan hanya ingin bermain mata dengan awek tersebut, bukan nak masuk YPJ pon...

Dan dengan kamera di tangan, kawan mengambil gambar muka-muka yang kelihatan gembira, separa gembira, sedih, menyesal, malah ada juga yang tidak ambil peduli...

Kepada yang berjaya, tahniah kawan ucapkan...dan kepada yang tidak berjaya, tak payahlah...

Berbuih mulut guru-guru anda membebel dan menasihati anda supaya belajar...tetapi anda tidak peduli...tidak mahu mendengar...bila keputusan sedemikian rupa, barulah timbul rasa ingin sambung belajar padahal hakikatnya anda memang malas belajar...

Walau apapun, kawan tidak mahu menghalang apatah lagi memperlekehkan usaha untuk menimba ilmu...cuma, jika betul-betul insaf, baguslah...jangan menghabiskan duit mak bapak...kesian mereka, bergolok bergadai semata-mata ingin menurut kehendak anda...