Dah La Takde Parking

Posted by Sakti Arjuna

Internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita...ada orang tidak boleh hidup jika tiada internet...hilang pedoman hidup, kata mereka...rasa ingin mati jika sehari tidak melayari internet...kawan tidak pasti jika rakan-rakan sekalian bersetuju atau tidak...tetapi kawan kurang bersetuju...walaupun kawan tersenyum lebar tanda suka ketika melayari internet, kawan tidaklah bermuka ketat ataupun sengaja mencari pasal dengan cina henset jika kawan tidak dapat melayari internet...mungkin dengan Joseph...tetapi itu dulu...

Kawan juga tidak mudah mempercayai seseorang dengan mudah...andaikata seseorang itu tidak betul-betul kawan kenali, jangan haraplah kawan akan mempercayainya apatah lagi memberinya pinjam duit...

Kerana kawan berpendirian bahawa kepercayaan itu sesuatu yang amat sukar untuk diperolehi...kepercayaan itu merupakan sesuatu yang berharga...bak kata pepatah..."kejelitaan adalah hakmilik setiap insan"...mengapa kejelitaan?? Kenapa bukan kepercayaan?? Kerana adalah sukar untuk memiliki kepercayaan dari seseorang, apatah lagi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi...

Atas dasar kebolehpercayaan inilah, kawan mengambil keputusan untuk tidak mempercayai internet walaupun 50%...pelaburan internet?? wai em?? prenster?? mai spes?? fes bukk?? Semuanya tidak kawan percaya...

Namun, sekarang sudah menjadi satu fenomena berurusan dengan bank secara online...online banking / internet banking kata mereka...Mulanya kawan memberikan reaksi Wauuuu!!!! Mesti mudah kan?? Entah bagaimana kawan terlupa bahawa kawan mempunyai akses internet yang agak terhad...maka wauuu itu hanya memberi kesan selama lebih kurang 2 minit sahaja...

Kawan tidak percaya online banking...Kawan ada terdengar, pernah mendengar, dan ada sahabat kawan sendiri pernah mengalami kerugian akibat online banking...ditipu penggodam yang menyamar sebagai wakil atau pihak bank...Huh...kawan tak sanggup...nak sedekah kat peminta sedekah pun tak pernah, apatah lagi ditipu oleh penggodam...memang kawan tak sanggup...

Kerana itu kawan tetap ke pejabat pos dan ke bank untuk membayar bil-bil utiliti dan ansuran kereta...jangan mimpilah kawan nak berurusan secara online...nanti tak pasal-pasal, dah bayar dikatanya tak bayar...internet...bukan boleh percaya...penggodam banyak...virus banyak...kalau masa transfer tu tiba-tiba komputer hang...tak ke naya...macam-macam boleh jadi...bank pula macam nak dengar sangat je masalah pelanggan...diorang tau nak kaya sahaja...kapitalis...standardla...

Maka, kawan mengambil keputusan untuk berurusan di bank dan pejabat pos...biar penat sedikit...yang penting kawan bebas dari perasaan fobia kehilangan duit akibat anasir internet yang durjana...

Maka sekarang masuklah ke intipati kisah yang ingin kawan ceritakan ini...kawan sering berurusan di mesin cash deposit...maklumlah...banyak duit...kerjanya nak bagi orang je...hahahaha...kawan sentiasa kecewa dan berang sewaktu berurusan...ia disebabkan oleh keengganan mesin tersebut menerima wang yang tidak hensem...dalam erti kata lain, wang yang sudah lama dan agak berkedut ataupun keronyok... kawan bukannnya Bank Negara...sentiasa ada duit kertas baru...kawan hanya rakyat biasa...adalah mustahil untuk memiliki wang kertas yang semuanya baru...adatlah...dan yang lebih menyakitkan hati, wang kertas terbabit baru sahaja dikeluarkan di mesin atm...lepas tu tidak diterima pula di mesin cash deposit...apa ke bangangnya...tindakan bank ini boleh disamakan dengan money laundry tau tak...bagi customer wang buruk dan terima wang hensem...cibai betol...dahla beraturnya panjang...lepas tuh wang tidak diterima pula...kau ingat dalam wallet aku ada sejuta?? Mestilah ngam-ngam...celah mana pulak aku nak carik duit kertas baru time tuh??? Kau memang menyusahkan la mesin cash deposit...

Sebentar tadi kawan ke sebuah bank dan membuat urusan di mesin cash deposit...terkejut kawan dibuatnya...mesin tersebut sudah bertukar rupa...lebih moden...ranggi...syabas diucapkan...syabas bettey...namun, yang sedihnya, mesin tersebut tidak secekap mesin yang lama...kawan suka kerana ia touch screen...umpama PDA...tetapi mesin itu berbunyi mengalahkan mulut Jalut ketika proses memasukkan duit...macam ambulans...aku taula...kan ke aku tengah masuk duit ni...siot punye mesin...memekak betul...ramai pelanggan yang kawan temubual tidak menyukai bunyi bising berlebihan yang dikeluarkan oleh mesin-mesin tersebut...seumpama memandu Myvi...pernah pandu Myvi?? Masuk gear reverse dan bunyi yang dikeluarkan amatlah bingit...halangan di belakang jauh lagi tetapi bunyik nye macam dah berlanggar...memang menyakitkan hati dan telinga...macam tula bunyik mesin tuh...macam bunyi reverse sensor Myvi...dan seperti kebiasaan mesin ini pilih bulu...nakkan duit kertas yang hensem sahaja...memang siot...dahla kawan memiliki not RM50 yang baru...tidak diterima juga...memang kawan panas...

Maka kawan menyeru kepada bank-bank di Malaysia ini...mesin cash deposit tu janganla cam sial sangat...kedut, buruk sikit takkan la tak boleh...apalancau macam ni?? Kan ke tu duit...yang kau berkira sangat kenapa...sial la orang yang cipta mesin cash deposit tuh...mati la kau...

Setelah berulang kali mengalami kejadian serupa, ramai yang bertanya kepada kawan; masih tidak ingin menggunakan perkhidmatan perbankan online?? Maka jawapan kawan tetap tidak...dan diakhiri dengan ayat "Kalau duit aku kena kebas kau ganti, boleh??"

Jawapan mereka sudah tentulah "tak boleh"....

Nak kahwin dengan dato' aje kerjanye....

Posted by Sakti Arjuna

Kawan tertarik dengan komen dan keluhan sahabat kawan, Jalak Lenteng yang kawan baca baru-baru ini..berkenaan dengan hantaran dan mas kahwin..kepada si lelaki di luar sana, ini respons kawan..kawan juga lelaki...

Seperti yang kita ketahui, mas kahwin tidaklah menjadi masalah kepada si lelaki untuk membayarnya..makan Nando's ngan Secret Recipe mahal lagi..topup sebulan lebih lagi dari jumlah mas kahwin..jadi kalau ada yang merungut berkenaan mas kahwin, tos je kepala die..Kimak nye orang, tu pun nak berkira ke..

Namun, hantaran yang dikenakan seringkali menjadi buah mulut dan topik perbualan di khemah-khemah kenduri ataupun ketika rewang kenduri..

Kawan faham dengan pandangan Jalak berkenaan hantaran yang tinggi jumlahnya..bak kata orang, macam nak jual anak..namun bak kata Joseph, rendah sangat pun tak boleh juga, akan menimbulkan fitnah..tetapi kawan ada penjelasan bagi mereka yang meletakkan hantaran yang tinggi..

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai..umum kita mengetahui bukan senang bagi seorang ibu melahirkan anak..mengandung sembilan bulan dan bertarung dengan maut semasa melahirkan..badan cengkung dan kurus menyusukan anak..mata lebam akibat tidak lena tidur melayan karenah anak yang menangis di waktu malam..belum kira wang ringgit yang dicurahkan dan dibelanjakan dari bayi tersebut belum lahir sehinggalah mencapai usia mau berkahwin itu..kelengkapan sekolah, makan minum, pakaian, duit belanja, kalian fikirlah sendiri berapa banyak yang telah dihabiskan oleh ibu bapa dalam membesarkan kalian sampailah sekarang..di umur yang meningkat ini, masih lagi menagih wang dari ibu-bapa..

Fikirkan juga penat lelah mneyekolahkan anak, mengambil berat akan pelajaran anak-anak, menghantar dan mengambil anak dari sekolah..merotan dan membebel jika prestasi pelajaran tidak memuaskan..meneman dan memberi galakan kepada anak-anak supaya belajar..semua itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit..

Maka, perlukah kita merungut dan berkira jika ibu bapa si perempuan meletakkan hantaran yang agak tinggi sebagai syarat ingin mendapatkan anak perempuan mereka??? Tanpa usaha dan penat lelah serta keringat mereka maka si perempuan yang kalian gila-gilakan ini tidak akan berada pada kedudukannya sekarang..tanpa ibu bapa si perempuan ini, maka tiadalah si perempuan ini..

Penat membesarkan anak, anak perempuan lak tuh, hati mana yang ingin melepaskan anak secara percuma dan murah?? Tambahan pula jika si perempuan bekerja tetap dan boleh membantu si lelaki kelak dalam urusan perbelanjaan keluarga..nak berkira sangatkah kalian semua??

Maka kawan kurang bersetuju jika kita ingin memarahi dan tidak berpuas hati dengan pihak perempuan kerana meletakkan hantaran yang agak tinggi..tak mahu, cari lain..takde orang yang paksa..kau yang gatal nak kahwin..

Tetapi, kawan bersetuju dengan Jalak..semua ini hanyalah adat..tidak wajib dan tidak dituntut dalam agama..dengan dulangnya...psp3, laptop, beg GUCCI..dan sebagainya..akan tetapi, kawan berjaya merasionalkan tujuan hantaran dikenakan kepada pihak lelaki..kita juga akan menjadi parents..dan mana tau kita juga bakal punya anak perempuan yang mencabar minda dan kesabaran untuk dibesarkan...

Pada kawan kita tidak harus merungut jika tidak mampu menyediakan hantaran..pada kawan nak kahwin kena mampu..Jika wang hantaran masih tidak dapat disediakan, maka kita tergolong dalam kategori tidak mampu..mengapa kita tidak mampu?? Itu salah kita, bukan salah orang lain..bukan salah pihak perempuan..lagipun zaman sekarang memang macam ini caranya..mahu tak mahu kita perlu akur dan cuba sediakan seperti yang dikehendaki..

Akan tetapi, kalau itulah jodoh kita, maka wang hantaran tidak menjadi masalah..Insyaallah akan dipermudahkan cara oleh Allah kelak..

Kawan masih berusaha, dan mujur ibu bapa awek kawan bermurah hati meletakkan diskaun..Kurang sikit bebanan..syukur...

Bestnye Ampang Park

Posted by Sakti Arjuna

Kawan gemar makan burger..tiada tempat yang menyajikan burger sesedap McDonalds..kawan yakin Joseph bersetuju..kerana kawan masih ingat bersama-sama Joseph dan Si Kosong makan Mekdi di Ampang Park, cawangan Mekdi tersibuk seantero Malaysia..

Akan tetapi, tidaklah kawan ini jutawan ataupun seorang YUPPY untuk makan Mekdi aje kerjanya hari-hari..mungkin kawan seorang professional tetapi di tempat kawan bekerja memang tiada Mekdi..dan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda, kawan hanya ke gerai-gerai burger tepi jalan bagi memuaskan nafsu serakah burger ini..

Jangan mengandaikan yang kawan cuba mengatakan bahawa gerai burger di tepi jalan tak sedap..dah banyak gerai burger yang kawan cuba sedap-sedap burgernya..contohnya di tepi Medan Selera Cenderawasih..memang tiptop..ataupun di depan CIMB bandar Kajang, syabas diucapkan..dan juga di Mawai dengan slogan Mersing Menjerit, memang kawan termimpi-mimpi..

Akan tetapi baru-baru ini kawan bertandang ke sebuah gerai burger berdekatan rumah..kat Kajang la ni..nak makan Mekdi gaji tak masuk lagi, jadi tepi jalan pun tepi jalan la..Kawan pun order, ayam satu..kawan membatalkan niat order ayam spesial kerana setelah melihat bekas telurnya..

Untuk perhatian semua; kawan jarang makan telur atau order telur jika makan di luar..ingin tau kenapa? Kerana mereka tidak membasuh telur..telur keluar dari bontot ayam..bermakna ada bontot ada la taik..Jika diperhati dengan teliti pada telur ayam yang masih di dalam bekas..ada tahi yang sudah kering melekat di kulit..tahi seperti yang kita ketahui adalah najis..dan kemungkinan untuk najis itu bercampur dengan kuning dan putih telur setelah dipecahkan adalah besar..maka kawan hanya makan telur di rumah..

Yang kawan berang dengan gerai burger ini bukan disebabkan telurnya..jelas kawan melihat dia merokok sambil menunggu kawannya menggoreng daging burger dan memanaskan roti..kawan tak nampak dia membasuh tangan sebelum menyediakan burger kawan..kawan tak nampak pula dia memakai sarung tangan..dan memang jelas dia tak memakai apron seperti yang jelas dipakai oleh kawannya yang menggoreng daging..

Maka kawan tegur brader ini.."bang..tengok kuku boleh?"
Dia merenung muka kawan, terkejut dengan pertanyaan kawan barangkali..
Memang kawan sedari tadi perasan kukunya tidak bersih dan panjang..
"Lu dah la isap rokok tadi..tangan x basuh pegang burger aku, siap kuku panjang lagi..apehal??", kawan meluahkan perasaan yang berbuku.."Lu nak tolong die berniaga ke nak lingkupkan die?"

Dia mencuba membuka mulut ingin membalas tetapi ditahan rakannya yang menggoreng burger tadi..rakannya hanya mampu melihat kawan, tersenyum menggelengkan kepala..barangkali dia tidak tahu nak jelaskan apa kepada kawan..kawan hanya senyum dan berkata "takpelah bro..len kali jela ek", seraya berpaling dan terus berlalu...dalam hati kimak tol..mane lagi aku nak beli burger ni..ade lagi satu gerai burger tapi kawan dah lama bergaduh dengan pemiliknya..hal lama..masa sekolah dulu..ada masa kawan ceritakan..

Kawan terus ke Econsave..kawan beli daging burger ayam dan daging..dan roti burger..sekali ngan mayonis kawan beli..bengang punye pasal..nasib baik x beli Cheesdale sekali..haha..

Baiklah buat sendiri..babi betol ko jual burger..Memang aku x pegi tempat lain selain CIMB Kajang pasni..

Buat Rakan-Rakan Semua

Posted by Sakti Arjuna

Kuat Sikit Volumenye...

Posted by Sakti Arjuna

Jika kawan keluar rumah dan mendongak ke atas, maka akan kelihatanlah sebuah piring yang agak besar berwarna kelabu...piring ini kawan tidak pernah guna untuk makan nasik...apatah lagi meletakkan cawan berisi nescafe di atasnya...kerana ayah kawan pernah mengatakan piring ini banyak jasanya kepada isi rumah...

Benar kata-kata beliau..sebagai orang tua, beliau lebih arif..beliau yang mengeluarkan duit membeli dan memasang piring tersebut...

Akan tetapi kawan tidak pasti akan kelebihan dan kehebatan piring tersebut...dahulu semasa baru-baru memasang piring, memang tidak berganjak dari depan televisyen..asyik sungguh menonton cerita dan rancangan yang dijaja sehingga lalai tidak mengerjakan solat..memang dakyah yahudi dan nasrani ingin menyesatkan kita Umat Islam...

Tetapi sekarang, kawan tidak ada hati ingin menonton televisyen..bosan rasanya...rancangannya sama...diulang-ulang...sampai menyampah tengok...dahla bayarannya mahal...terkedok nak membayarnya setiap bulan..kawan hanya menonton berita, sukan, dan beberapa rancangan yang memang kawan ikuti dan tidak boleh tinggal...yang selebihnya, bosan, tak best, dan tidak ada masa...

Sekarang, kawan marah dengan piring tersebut..ingin rasanya kawan kapakkan sahaja piring tersebut dan buat dulang...akan tetapi, kawan masih ada rasa takut dihalau dari rumah...maka, kawan pendamkan sahaja hasrat tersebut...

Televisyen...bukan nak katalah...tetapi kawan tetap rasa yang rancangan dulu-dulu lebih menarik dan seronok ditontoni...Televisyen berbayar memang menyakitkan hati...Buang duit sahaja melanggan...

Namun, kawan masih berminat untuk mendapatkan sebuah TV LCD berjenama Samsung...kawan masih mengumpul duit...

Bosan sungguh menonton TV..Baiklah baca URTV...ade jugak gambar artis Malaysia berbogel...

Hati Mesti Mau Bersih

Posted by Sakti Arjuna

Kala kawan menulis post ini, kawan masih lagi sakit mata...kawan memakai cermin mata gelap ke mana-mana kawan pergi...sehinggakan ada seorang awek berjumpa kawan mengatakan kawan ni Cyclops dalam cerita X-Men tu...awek itu mahukan kawan demo cara fire menggunakan mata...kawan tolak dengan baik...kawan jelaskan, kawan bukan Cyclops...kawan Wolverine...kawan pkai spek sebab sakit mata je...

Tapi bukan perihal Wolverine yang ingin kawan ceritakan di sini...kawan ingin menceritakan tentang kegigihan mereka yang bekerja sebagai pekerja di Car Wash...

Semenjak kawan memiliki kereta, kawan jarang membasuh kereta sendiri...Car Wash aje..senang..12 ringgit je..nak berkira apa...sambil menunggu lepak baca suratkhabar..tak pun bargayut di telefon...

Akan tetapi, setelah tadi bertungkus lumus mengemas dan membasuh kereta, kawan terfikir betapa cekalnya mereka yang bekerja sebagai pencuci kereta..Kereta kawan kecil sahaja...maklumlah compact car..tetapi jangan disamakan kecil dengan sempit...walaupun kecil tetapi luas...haha...walaupun keretanya kecil tetapi kawan mengalami kesukaran juga membasuh dan mengemas bahagian dalam kereta..basuh ok lagi..bila tiba mengemaskan bahagian dalam...bengangnya tidak terkata...

Sakit pinggang menunduk mengutip sampah yang kecil-kecil di dalam kereta...Terbersin beberapa kali juga ketika menengkuh pengalas kaki yang berhabuk dan berpasir...yang paling menyeksakan adalah ketika vakum bahagian dalam kereta...berpeluh-peluh...bengang rasa hati...

Namun setelah selesai, hati rasa puas...senyum melebar melihat kereta sudah bersih dan cantik...Jauh di sudut hati, memang sumpah lepas ni tak buat lagi...memang kawan hantar Car Wash je..tak berbaloi nak jimat 12 ringgit dengan keringat yang dicurahkan...kawan tak mahu jadi seperti Saudara Joseph, sampai terseliuh pinggang beliau membasuh kereta...kawan sanggup bayar 20 ringgit dari nak buat sendiri...

Apa pun, kereta bila dah kemas dan cantik rasa seronok pula dilihat...rasa bersemangat pula ingin memandu ke mana-mana...Berkereta Jenama Negara, Megah Menyusur Di Jalan Raya...

Air Mata Jernih (BPR) - best woo lagu ni...

Posted by Sakti Arjuna

3 hari yang lepas housemate kawan dijangkiti sakit mata..merah menyala mata beliau bagaikan seekor kuntilanak..kawan seboleh-bolehnya mengelakkan mata kawan dari bertentang dengan mata beliau..beliau juga mengurung diri di dalam bilik bagi mengelakkan kawan dijangkiti...akan tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya...kawan dijangkiti juga..baguslah, boleh menghapuskan dosa-dosa kecil...kehkeh...Alhamdulillah...

Semasa kawan mengawas calon SPM, ramai juga calon yang ditempatkan di bilik kuarantin...kawan acapkali masuk ke bilik berkenaan untuk mengedar dan mengutip kertas soalan dan juga jawapan...akan tetapi tidak pula berjangkit dengan mereka...tapi apakan daya, di detik-detik akhir inilah kawan dijangkiti...

Semalam kawan cuti...kawan mengambil kesempatan ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan...memang kawan puji sistem dan cara kerja pegawai dan staf di sana...tak cekap mana, tetapi memudahkan pelanggan@pesakit...tidak sampai setengah jam mengambil nombor, kawan sudah dipanggil berjumpa Pembantu Perubatan..tak kesahla bukan doktor pun...keramahannya memang kawan puji dan sanjungi...tabik spring la...

Awek-awek farmasi juga ramah dan tidak ketinggalan mengajar bagaimana cara menggunakan ubat titis dan krim yang dibekalkan...dengan senyuman manis dan sapaan mesra, hati mana yang tidak gembira dan puas hati dengan layanan yang diberikan...memang tiptop...

Akan tetapi, dahulu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan...kawan hanya mendengar ngomelan dan rungutan rakan-rakan yang lain tanpa prekudis...eh silap, prejudis...kerana kawan tidak pernah pergi ke sana...Akan tetapi, setelah peristiwa semalam, kawan kurang bersetuju dengan mereka...tapi entahla, belum pernah kena kat batang hidung kawan lagi kot...bila dah kena nanti kawan pasti akan kawan ceritakan...tetapi harap-harapnya tidaklah...

Hari ini kawan tidak bertugas...kawan cuti...MC tiga hari beb...lagipun tak guna juga MC lama-lama...kejap lagi kawan akan berangkat pulang ke kampung halaman...MC macam tak MC aje...

Semoga kawan cepat sembuh dari penyakit ini...Doakan kawan mudah sembuh...Dan tidak menjangkiti sakit mata ini ke mana-mana individu ataupun organisasi...

Ada mata pandang, ada krim sapu, ada MC tidur....hahahaha...

Kenapa la kau ni baser oi...

Posted by Sakti Arjuna

Sekali lagi kawan ingin berbicara perihal kedai makan..Kawan memang tak puas hati..Baru je tadi kawan ke sebuah restoran yang terkenal di Kota Tinggi ini..Restoran ini amat tersohor kononnya dalam menyajikan hidangan Nasi Ayam dan juga Nasi Beriani..Ingin tahu lokasinya, cari gedung di Kota Tinggi dan ia terletak berhampiran gedung ini..

Kedainya berhawa dingin..tapi masih tidak berupaya mendinginkan hati kawan yang panas sebaik sahaja 3 minit melabuhkan punggung di kerusi..Memang sudah sedia maklum pelanggannya ramai..tetapi pekerjanya sedikit..Minah Indon yang seorang inilah mengemas meja, mengambil pesanan dan menghantar pesanan..Apa lancau susah sangat ke kau nak tambah pekerja..kan mulut aku dah lancang..Pelanggan kau nak ramai tapi kau kedekut nak amik pekerja nak bayar gaji..Puki bapak kau..

Sudahlah meja makannya tidak berkemas..Minah Indon ini boleh asyik mengemas meja makan yang kosong dari mengemas meja yang sudah diduduki kawan..Jenuh kawan melambai..Minah Indon ini tidak mengangkat muka dan asyik mengemas meja macam konek laki kau ada kat meja tu kau nak sapu, lap lama-lama..Kemas la meja yang dah ada pelanggan bodoh..

Setelah 5 minit menunggu, minah indon ni pun datang dan mengemas meja dan terus berlalu..lantas kawan memanggil, "kau tak nak amek order ke, abes tu aku duk kat sini kau ingat sesaja ke?" Untuk makluman, kawan memang sentiasa melihat jam ketika masuk ke mana-mana kedai makan untuk melihat berapa lama masa yang diambil untuk datang mengambil pesanan, menghantar pesanan, dan datang untuk mengira..

Tersohor di Kota Tinggi konon..Haniffa ngan Minlon masak sedap lagi la..Kebulur sangat ke manusia kat sini lapar sangat nak makan kat sini, macam tak ade kedai lain..Ni last..jangan harap kawan akan datang makan sini lagi..

Usai menjamu selera yang sudah terbantut, kawan ke kaunter untuk membayar..bos yang biasanya di kaunter tiada pula..dia pulak yang sibuk hantar order..bangang punye bos..Kawan menunggu 4 minit untuk bos kedai ini datang ke kaunter dan mengira jumlah yang harus dibayar..setelah menghulurkan baki, bukan di tangan kawan, tetapi di atas meja, dia berlalu tanpa memandang kawan dan tanpa ucapan terima kasih..ni yang aku hangin satu badan ni..pukimak punye rakyat Malaysia..orang berbudi kau reti la berbahasa..mujur aku datang makan dengan anak murid aku je..kalau tak dah lama kau aku maki..pundek tol..

Natijahnya, jangan la singgah makan di kedai ini..Layanan serupa tahi..Inilah Melayu, bila dah maju sikit, lupa asal usul, melayan orang cam babi, masak serupa muntah kerana nak cepat kaya..bolehla pasni tiap-tiap tahun kau pergi haji..Sial tol..

Maka, bertambahlah satu lagi kedai haram jadah dalam senarai kedai makanan berstatus lahanat kawan..Kawan tidak akan jemu menulis perihal kedai makan..kerana kerana nak hiduplah kawan makan..tapi, layanannya macam puki...

James Bond 007

Posted by Sakti Arjuna

Kawan gemar menonton cerita bersiri Chuck yang dimainkan di AXN setiap Khamis pukul 10 malam..jarang kawan ketinggalan menontonnya..kawan gemar menonton rancangan yang berintipatikan perisik seperti Chuck dan James Bond 007..James Bond jangan cakaplah, memang kawan minat habis hero tersebut..tak ubah seperti kawan di alam mimpi..hahahaha...

Bagaimanapun, kawan tidak pasti apakah kriteria seorang perisik..kawan sudah lama berangan ingin menjadi seorang perisik..berpakaian segak, memandu kereta mewah, dikelilingi gadis cantik dan mempunyai gadjet yang moden..Kalau lah kawan ni seorang perisik, kawan tidak mahu lagi berangan menjadi seorang Hitman..

Baru-baru ini kawan dikejutkan dengan berita salah seorang sahabat yang rapat telah menjadi perisik..kawan tidak pasti sama ada beliau direkrut oleh pihak yang berkenaan untuk menjadi perisik ataupun beliau sukarela menawarkan diri..Ketika kawan mendengar berita ini, kawan meraung dan berguling-guling di atas lantai kerana kecewa dan iri hati beliau menjadi perisik..kenapa tidak kawan? Apa kurangnya kawan? Kawan pun berkaliber..Sihat tubuh badan..Mata tidak rabun..Mempunyai akal yang cerdas..Sahabat kawan ini dah la rabun warna, mana boleh jadi seorang perisik..Memang kawan hairan dan pelik dengan kriteria seorang perisik ni..tak pernah jelas...

Kawan juga dikhabarkan beliau telah ditugaskan untuk menjalankan sebuah misi di sempadan Siam sana tu..Kawan tertanya-tanya..Aik, apasal pergi Siam jek..tak class lah jadi perisik ni..Ada lak pergi ke Siam..pergilah Prague ke, Lebanon ke, Mali ke..barulah naik kapal terbang..Chait..apa punya perisik daaa...

Namun setelah ditenangkan dan setelah kawan mendengar dengan lebih fokus, rupa-rupanya sahabat kawan itu bukanlah seorang perisik..memang tak layak..tidak ada ciri-ciri seorang perisik..beliau nak pergi MERISIK rupanya..kat Kedah sana tuh..berita ini pula disampaikan oleh si yang nak merisik ke telinga teman baik kawan..yang nak merisik berpesan supaya jangan dikhabarkan kepada orang lain..memang silap la...hahaha...maka kawan diberitau oleh teman baik kawan ini dan kawan mengkhabarkan kepada Joseph...dan seterusnya..lu mesti tau apa nak wat kan Joseph..sebarkan...hahahahahaha....

Walau apapun, tidak kira bagaimana pandangan kawan tentang perkahwinan, kawan doakan agar sahabat yang ingin merisik ini berjaya dan sukses dalam urusan risikannya itu..Cuma satu yang kawan pelik, dah memang tau itu awek kita, kapel pun dah lama, nak merisik apa kejadahnya...bukan kau tak tau tu awek kau..dia memang nak kat kau..Tetapi, nak buat bagaimana..ramai orang berpegang kepada adat..walaupun pada kawan adat itu membazir dan tidak kena pada keadaannya..

Jika orang mengatakan Biar mati anak, jangan mati adat, maka kawan membalas, kepala hotak nenek moyang kau..dah bukan anak kau yang mati..bodoh..

Kepada sahabat kawan tersebut, Selamat Maju Jaya..Semoga kawan dijemput ke apa jua majlis yang bakal dilangsungkan..

Sakit Tekak

Posted by Sakti Arjuna

Baru-baru ini kawan ke sebuah pusat karaoke yang pernah menjadi kegemaran suatu ketika dulu..tidak perlulah tahu di mana..cukuplah kawan dan Joseph sahaja yang mengetahui..

Namun, hakikatnya, ia sudah tidak lagi menjadi kegemaran..Entah di mana silapnya, kawan tidak lagi berasakan yang pusat tersebut seperti dulu..Gadis-gadisnya tidak lagi berkebaya seperti pramugari syarikat penerbangan..entah bagaimana, yang melayan kawan di bilik karaoke merupakan seorang lelaki..di mana gadis-gadis ayu lagi seksi?? Di mana??!!!

Bagaimanapun, kualiti bunyi masih seperti dulu..tidak menghampakan..Bagaimanapun kawan sedikit hampa apabila ingin menyanyikan lagu Gadis Bertudung Putih..entah bagaimana, lagunya tidak seperti yang kawan kehendaki..tiada versi unplugged..itu sahaja yang kawan rasakan ralat..

Ke pusat karaoke ini mengimbau kenangan lalu..kini kawan tidak lagi ke sana bersama rakan-rakan yang biasa..kali ini kawan ke sana bersama rakan baru yang tidak mungkin sama dengan rakan-rakan yang lama..Lu jangan perasan lebih Joseph..

Kawan harap, selepas ini pusat karaoke ini akan berusaha untuk menempatkan lebih banyak gadis ayu yang seksi dan kawan tidak kisah malahan suka jika mereka gedik..kerana itulah tarikan yang perlu ada pada sesebuah pusat karaoke..gadis ayu yang seksi serta gedik..

Makan Sorang

Posted by Sakti Arjuna

Kawan sering makan luar..dalam bahasa yang mudah difahami, makan di kedai..maklumla, kawan tak berapa pandai memasak dan malas mengemas selepas memasak..Bertahun kawan makan di kedai..kadang-kadang seorang diri, kadang-kadang bersama rakan-rakan, kadang-kadang bersama orang tersayang..Namun, seringkali kawan bengang dan tak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh si pelayan, tuan kedai mahupun tukang masak..

Di sini kawan ingin memberikan beberapa contoh;

Situasi 1

Pelayan: Nak order eh bang?
Penulis : (Dalam hati) Habis tu kau ingat aku datang nak main terup ke?
Pelayan: Nak order apa bang?
Penulis : Apa ada kedai kau ni?
Pelayan: Semua ada bang..
Penulis : Owh, semua ada ek..kau bagi aku piza large satu..
Pelayan: Erk, piza takdela bang..nak abang gi la Pizza Hut..
Penulis : Tau pun, kau cakap semua ada..
Pelayan: Goreng-goreng ada la bang..
Penulis : Apa sedap kedai kau ni?
Pelayan: Semua sedap bang..
Penulis : Yeke? Tak ramai orang pon kedai kau ni..Kau bagi aku yang paling sedap kat kedai ni..
Pelayan: Erk, abang nak order apa ni bang?
Penulis: Dalam banyak2 yang sedap mesti ada yang paling sedap..bagi aku yang paling sedap..
Pelayan: Saya amik menu la ek..abang pilih dari situ..
Penulis: Ada pun menu..kan senang..takdelah kau ngarut bila aku tanya..


Situasi 2

Penulis : Dik, meh sini..bagi aku air sejuk satu..
Pelayan: Ais kosong ek?
Penulis : Badan aku tak lebam..watpe aku nak ais..aku nak minum air sejuk..
Pelayan: Ais kosong la tuh
Penulis : Aku tak kesah la kau panggil ape..yang penting air aku tu nanti sejuk..
Pelayan: Orait..ais kosong satu
Penulis : Kimak tol budak ni..


Situasi 3

Penulis : Dik, kira
Pelayan: (Sambil mengira) Semua sekali 13.90
Penulis : Kira balik
Pelayan: (Dengan yakin mengira ala tokey kedai henset) 13.40
Penulis : Aik, ko ni..tadi lain, ni lain..kau pandai kira tak ni..kau kira depan aku..
Pelayan: Mak!!

(Mak merangkap tauke kedai makan datang dan mengira dengan professional)

Tauke : Semua sekali 10.60..
Penulis : Tingkatan berapa anak akak ni?
Tauke : Dah tak sekolah dah..main je kejenya kat sekolah..tolong akak kat kedai lagi bagus..
Penulis : Owh, patutla bahalol semacam jek..kat kedai pun takde ape yang die leh nolong..
Tauke : Erk..(senyum tak puas hati)


Bagaimanapun, yang penting kawan dapat makan kerana kalau tak makan kawan akan mudah sakit dan tidak dapat bekerja dengan efisyen..