Kau Milikku

Posted by Sakti Arjuna

Ada orang kata kelabu..mula-mula hati setuju..tapi setelah ramai yang menegur menyatakan tidak setuju, maka kawan turutkan sahaja..

Ada pula pendapat yang mengatakan ianya tak berkemampuan..tak ada upaya kata mereka..tetapi setelah dipujuk dan dirasionalkan oleh yang prihatin, maka memadailah dengan apa yang ada..tidak banyak bezanya..

Ramai yang menjeling menampakkan perasaan yang sukar dimengerti..

Ada juga yang cuba buat-buat tak nampak dan tak peduli..

Mengapa mereka sulit mengaku iri padahal ia terasa..

Tidak kurang juga yang cuba bertindak kasar cuba melakukan perbuatan khianat..

Kawan perhatikan sahaja..Jangan sampai kawan dapat...Nahas nanti..

Ramai yang memuji..kemas, segak, bergaya, maskulin, dan dinamik..

Itu antara ciri-ciri yang kawan sentiasa idamkan..Kawan sedar semua ciri itu tidak ada pada kawan..tak mengapa, kawan sedar..

Tapi setelah menyedari bahawa betapa Perodua Myvi SE warna Perak Metalik yang baru dimiliki kawan mendapat pujian dari pelbagai pihak dan menepati semua ciri-ciri idaman tersebut, maka kawan hanya mampu tersenyum mengingati sebaris lirik lagu patriotik yang kita semua sedia maklum dan menghafalnya..

"Berkereta jenama negara..megah menyusur di jalanraya.."

Andai kata kalian ketemu kereta yang dimaksudkan bernombor plat BKM 1624 di lebuhraya dan juga jalan bandaran sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi, itulah kereta kawan..

Kamen Rider Felda

Posted by Sakti Arjuna

Baru-baru ini kawan terdengar lagu Rela nyanyian Inka Cristie yang secara tidak sengaja dimainkan secara rawak di laptop kawan..kawan pernah terdengar lagu ini suatu ketika dahulu namun tidak tahu siapa penyanyinya..tetapi dari nama yang keluar dari Real Player ternyata ejaannya Inka Cristie..Lagunya shahdu dan menikam kalbu..Boleh dikatakan lagu ini antara balada terbaik yang pernah kawan dengar..Namun bukan lagu ini yang ingin dibincangkan..kawan hanya promote aje..haha...

Kawan ingin mengutarakan pandangan kawan terhadap isu semasa yang melanda negara pada masa ini iaitu Mat Rempit..Kawan gemarkan motosikal..kawan juga pernah bergantung hidup pada motosikal..Namun kawan tidak ingin mati bersama ataupun dihimpit motosikal..

Baru-baru ini ketika kawan dalam perjalanan pulang dari Kota, kawan dikejutkan dengan sikap haram jadah pemuda/remaja/budak sekolah/mat rempit/samseng jalanan/bakal mayat/bangkai bernyawa (tidak pasti yang mana satu) yang menunggang motosikal sewenang-wenangnya..Dari jauh lagi kawan sudah melihat mereka melalui cermin pandang belakang kereta kawan..Laju dan berbahaya..kebetulan ketika itu kawan berada di selekoh yang membuang, namun mereka (ada la 10 biji motor) memotong kawan dengan laju dan sipi sekali..Kawan terpaksa memperlahankan seperlahan-lahannya pemanduan sambil sebelah tangan memegang erat kayu besbol besi yang berada di tempat duduk belakang. demi memberi laluan kepada anak hantu tersebut..

Bagaimana kalau mereka bergesel dengan kawan? Sah-sahlah kawan yang akan dipersalahkan..Mungkin juga kawan akan dibelasah beramai-ramai..Kalau budak kawan takpe lagi..bagaimana kalau mereka benar-benar peragut dan samseng jalanan ataupon perogol bohsia?? Huh, penat nak mempertahankan diri..

Kalau terjadi perkara sedemikian, tak tahulah apa nak cakap..Kawan ni cerah masa depannya..mereka itu sudah tentulah belajar tak pandai dan tidak ada prospek dalam kehidupan..tambahan pula sudah semestinya mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada masyarakat dan negara..Ada takde sama aje..Kawan ni yang patut dilindungi..Pemangkin aspirasi negara..

Kerana itu kawan berkira-kira mahu menambah senjata dalam kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga..Mungkin perlu ada parang ataupun pedang samurai di bawah tempat duduk..Ataupun buku lima di glove compartment..Hurm..Entahlah..

Pesanan kawan..berhati-hati ketika memandu terutama di kawasan kampung..Lebihkan waspada jika di bandaraya Jaybee kerana orang Jaybee bawa kereta macam lahanat belaka...80 peratus daripadanya...

Kampung Betul....

Posted by Sakti Arjuna

Jikalau tidak mahu penat terasa di kaki, baiklah kita berhenti mengisi minyak..Kalau tidak diisi minyak, maka akan berjalan kakilah kita menolak kereta ke stesen minyak berhampiran..

Apa yang kawan ingin ceritakan di sini ialah karenah stesen minyak di daerah ini..Bodohnya tak boleh diajar..Pandainya tak boleh diikut..

Sudah sedia maklum, stesen minyak seluruh negara sudah mula mengamalkan sistem layan diri di pam. Namun di sini, pelanggan dilayan macam raja..ada kuli tolong mengisi minyak..duit tidak perlu dibayar di dalam..bayar kepada petugas pam..Sungguh melegakan, bukan?

Kepala butoh bapak kau ngajar buat macam tu!!

Sebaik sahaja keluar dari kereta, petugas pam sudah mula bertanyakan berapa Ringgit jumlah minyak yang ingin dipam..Tidak sabar-sabar meminta bayaran macam kawan tiada duit ingin membayar..Apa yang buat kawan panas ialah Kad Mesra tidak boleh diswipe di pam..Ia harus diswipe di dalam..Apa rasionalnya bayar di pam jikalau perlu berjalan pula swipe kad di dalam? Tujuannya tidal lain dan tidak bukan ialah untuk mengurangkan jumlah pelanggan yang swipe Kad Mesra mereka..tindakan ini adalah keji dan lebih hina dari najis babi..Petugas di pam pula kurang ajar, biadap, dan tidak sabar-sabar inginkan bayaran..Macam aku curi coli mak kau jual nak dapat duit bayar minyak pulak..

Dah banyak kali kawan bengang dan sound juruwang dan petugas pam..Tetapi mereka buat bahlol sahaja..Apa lagi tindakan yang harus kawan lakukan..Pelik kawan ada sistem sedemikian bodoh..Ini menandakan pengurus dan pemiliknya tolol..Kerana itu pekerjanya bahlol..

Tolonglah contohi cara dan sistem premis di bandar-bandar besar beroperasi..Dah tau kampung janganlah cara kerja pun cara kampung..Gunalah otak sikit..Ke memang keturunannya bodoh dan berotak lembu??

Baik Makan Sampah

Posted by Sakti Arjuna

Kawan benci premis yang tidak memikirkan pelanggan..Premis yang pemiliknya beranggapan pelanggan yang datang tu semua bodoh macam mak bapak dia..Terbaru kawan ke sebuah restoran makanan segera yang meyajikan makanan yang amat digemari penduduk seantero dunia..Pizza..di sini kawan tidak ingin menyatakan nama premis tersebut untuk tujuan keselamatan..

Kawan masuk dengan tidak disambut oleh pekerja yang sepatutnya menyambut..Kawan mencari tempat duduk sendiri dan duduk dengan tidak disambut oleh pelayan yang akan kawan bayar caj perkhidmatannya..Setelah hampir 10 minit duduk sambil berasakan diri ini tunggul, seorang pekerja bertanya kepada kawan dari jauh.."Bungkus eh bang?" Lantas kawan menjawab, "Ada muka aku nampak cam muka bungkus ke?"

Setelah diberi menu, kawan ingin memesan tetapi nampaknya pekerja-pekerjanya tidak prihatin dengan kehendak dan geraktubuh pelanggan. Kawan terpaksa menjerit seperti di kedai mamak memanggil pekerjanya untuk memesan makanan..Sudahla lembap, pesanan yang diambil tidak diulang dan kawan tidak diberitahu berapa lamakah masa yang sepatutnya ditunggu untuk pesanan kawan siap sepenuhnya..

Sangkaan kawan ternyata tepat dan tidak meleset..Makanan lambat sampai..meja dihinggapi lalat..lantai tidak dimop bersih..pekerjanya seakan lari dari pelanggan dan ingin bermalas-malasan..Apa yang kawan nampak di sini ialah managernya dungu dan bangang..Tidak mahu membayar gaji pekerja tetapi pekerjanya tidak cukup..Kau ingat aku amik duit opah kau bayar caj perkhidmatan yang 10% tu?Layanan cam puki..

Kepada manager premis berkenaan, janganlah jadi bangang..Tolongla tutup 3 hari premis itu dan buatlah lawatan sambil belajar ke bandar-bandar besar dan contohilah bagaimana mutu kerja yang berkualiti diamalkan oleh premis-premis lain yang serupa anda di bandar-bandar besar..Jikalau tidak mampu ke Kuala Lumpur pun tidak mengapa..ke Johor Bahru pun cukuplah..Mentang-mentanglah orang Melayu ini sopan dan baik sifatnya, maka anda ambil kesempatan..Bagi servis cam cipap mak kau..

Kawan nyata hampa dengan servis yang diberikan..Sampai bilalah daerah ini hendak maju jikalau begini sikap warga yang menjana ekonomi di sini..Macam #%@$*!!...

Tinggi Nya Kota Itu

Posted by Sakti Arjuna

Kawan teringat Kajang 10 tahun yang lampau..pekannya kecil..kedainya sedikit..namun perasaan seronok melanda setiap kali berkunjung ke sana..bukan apa, itu sahaja pekan yang ada..Namun sekarang kajang bukan lagi sebuah pekan kecil..ia telah berkembang menjadi bandar kecil yang pesat membangun dan sesak dengan kenderaan dan juga pendatang asing..Sebut sahaja nak apa, pasti boleh dijumpai di Kajang..

Sekarang kawan menetap di Kota Tinggi, yang merupakan tapak Kerajaan Johor Lama suatu ketika dahulu..Sesekali ke Kota Tinggi, kawan teringat Kajang 10 tahun yang lampau..hampir serupa..Harus diingat, ini bukan pujian..Hampa kawan kerana bandar Kota Tinggi tidak memenuhi ekspektasi..Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bandar Kota, kawan agak tertekan..jauh bezanya dengan Kajang, apatah lagi Johor Bahru..pada kawan tidak ada apa yang seronoknya..
Apatah pula setelah 25 kilometer meredah jalan bengkak bengkok memotong lori yang bagak-bagak belaka, kawan inginkan bandar yang moden dan lengkap dengan segala yang kawan mahu..namun penat memandu itu dibalas dengan bandar yang tidak seberapa..

Kerana itu kawan jarang ke Kota..apa ada? Tara apa...Itu persepsi kawan pada mulanya..

Namun setelah lama tidak keluar dan bertemankan pokok sawit sepanjang masa, kawan berasa juga ingin ke Kota pada hujung minggu tetapi malas pula rasanya..Jauh..tetapi satu kejadian mengubah persepsi kawan..

Kawan dikehendaki menghadirkan diri ke satu kursus kecemerlangan PMR Bahasa Inggeris di Bandar Mas..Dengar macam dekat dari Bukit Aping tetapi jauhnya..kawan sahaja yang tahu..37km..pergi dan balik menjadi 74km..Sekembalinya dari kursus, kawan ke Kota untuk menenangkan fikiran dan melupakan bayangan sawit yang ditemui sepanjang perjalanan ke Bandar Mas..Tiba-tiba, kawan berasakan yang jarak 25km dari Bukit Aping ke Kota tidak jauh langsung..10 minit sahaja..itu baru Kancil..belum lagi Perodua Myvi SE Silver yang telah dibooking dan akan keluar Showroom sebelum Aidilfitri tiba..

Kerana sudah lama tidak ke Jaybee, kawan mula berasakan bandar Kota Tinggi adalah yang terbaik buat kawan ketika ini..lama tidak makan KFC, bila makan rasa ingin menangis kerana rasa bersyukur sekurang-kurangnya ada restoran makanan segera..Sekarang kawan tidak lagi memandang rendah bandar Kota Tinggi..Bandar inilah pengubat kebosanan kawan di hujung minggu..Nak ke Jaybee??Jauh beb..

Namun, ketiadaan kedai fotostat seperti di Larkin Jaya agak meresahkan kawan..fotostatnya mahal..nak print seperti di Flat Ikan di Serdang pun mimpilah..nak bayar Bil Celcom pun susah kerana tiada mesin bayaran seperti di Kajang dan Jaybee..Tetapi, so far, kawan berpuas hati dengan Kota Tinggi..kawan mula belajar bersyukur..Anda juga harus begitu..

Aku Masih Disini...

Posted by Sakti Arjuna

Sudah lama kawan tidak menjengah blog sendiri..bukan tidak mahu..tidak boleh..kawan menghadapi masalah untuk melayari Internet semenjak Joseph tiada..Joseph juga begitu..Kerana itu kami tidak update blog kami..Jadi, rakan-rakan tidak perlu bimbang..kami hidup lagi..

Selain kesukaran mendapatkan internet, kawan juga sibuk dengan tugas..Sibuk dengan kursus..Sibuk dengan majlis konvokesyen..dan sibuk dengan diri sendiri..Andaikata kawan tidak sibuk, akan kawan update blog kawan dengan post yang menarik dan sensasi..