Bacalah

Posted by Sakti Arjuna

Kalau ditanya tentu ramai tidak suka membaca..Kerana itulah kita dapat lihat budaya membaca tidak diamalkan oleh masyarakat kita..Kalau ada pun yang membaca, bacaan yang dilakukan adalah ringan dan bertujuan untuk menghilangkan bosan sambil berhibur..Kita selektif dalam pembacaan..Itu kawan akui..Kawan juga begitu..

Kawan tidak gemar membaca novel remaja..Jalan ceritanya cliche dan mengarut..Percintaan seringkali menjadi tema kepada novel-novel ini..Seringkali kawan perhatikan ramai remaja gemar membaca novela-novela cinta..

Kawan jika membaca novel remaja, kawan memang selektif dan cerewet orangnya..Kerana itu kawan membaca karya olahan Faisal Tehrani..Mungkin ramai yang tidak pernah dengar nama Faisal Tehrani..tetapi jika ditanya pada mereka yang gemar pembacaan kritis dan dinamik, maka nama Faisal Tehrani adalah tidak asing lagi..

Kawan mempunyai 3 buah buku hasil dari pengarang ini..Pada mulanya, kawan berasa bosan dan mengantuk..namun apabila selesai sahaja membaca bab yang pertama, kawan mula kagum akan isi dan cara olahan pengarang..Perkara yang dibincangkan dan isu yang diketengahkan adalah berat dan menguji minda dan kepercayaan..Di sini kawan ingin membincangkan serba sedikit berkenaan 3 cerita ini..

1515
Mengisahkan tentang zaman kesultanan Melayu Melaka di mana watak utama adalah srikandi (perempuan) berketurunan bangsawan..Ketika Portugis menyerang Melaka, Melaka berjaya bangun dan mematahkan serangan..Srikandi ini telah dilantik oleh Sultan untuk mengepalai tentera Melaka menyerang Portugis..Maka dalam lembaran sejarah, Portugis ditawan Melaka..

Sebaik sahaja kawan habis membaca novel tersebut, bulu roma kawan meremang dan tiba-tiba hati berasa sungguh patriotik sekali..Cerita tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kawan kerana setelah membaca, kita berasa bahawa Melaka benar-benar menyerang Portugis..Sejarah berjaya diubah dan diolah dengan berkesan sekali oleh pengarang sehinggakan kawan tidak mahu mengakui bahawa Portugis sebenarnya yang menawan Melaka..

Tuhan Manusia
Mengisahkan tentang seorang adik yang dilanda konflik dalaman akibat dari perbuatan abangnya yang murtad..Novel ini mengupas isu murtad dan Islam Liberal yang mana kehidupan seharian adalah dipisahkan dari agama..Bagaimanapun, si adik ini jatuh cinta dengan seorang gadis yang juga mendukung fahaman Islam Liberal dan Sekular ini hasil didikan bapanya yang juga seorang penceramah agama berfahaman Liberal..

Novel ini agak berat untuk dibaca oleh remaja yang tidak serius seperti kita semua..Namun, ia wajar dibaca kerana jarang kita didedahkan dengan isu murtad dan juga fahaman Liberal dan Sekular yang kita tidak ketahui telah menular di Malaysia..Pastinya kita akan berasa seram sejuk dan takut kerana isu ini telah mula menular dan serius..

Saasatul Ibad
Mengisahkan tentang zaman Kesultanan Johor di mana sedikit dari kita yang benar-benar mengetahui sejarahnya..Seringkali kita tidak dapat membezakan Sultan Mahmud mangkat dijulang itu Melaka atau Johor..Dan kita juga tidak menyedari bahawa Revolusi Johor telah berlaku terlebih dahulu dari Revolusi Perancis..Orang Melayu terlebih dahulu mengenali revolusi..Novel ini juga membuka mata kawan bahawa terlalu buta sejarahnya kawan..Dan novel ini bisa menyedarkan kita tentang betapa pentingnya kedaulatan, keistimewaan dan kedudukan Sultan dalam masyarakat Melayu..Buku ini juga menyedarkan kita bahawa tidak Melayu hilang di dunia..

Tengahari tadi, kawan ke kedai buku dan terlihat karya baru Faisal Tehrani bertajuk Ketupat Cinta..Mengisahkan tentang tukang masak Istana yang ditahan dan dikurung di bilik tahanan oleh Sultan..kawan tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana kawan tidak cukup duit mahu membeli novel tesebut..

Marilah kita sama-sama membudayakan membaca..belajarlah membaca karya-karya yang berat..supaya negara kita dipenuhi remaja-remaja dan pemuda-pemuda yang kritis pemikiran dan cerdas penaakulan..

Apa Pandang-Pandang?? Ada Hutang??

Posted by Sakti Arjuna

Kawan dan Joseph sering bercerita tentang masa depan..Bukannya kami merupakan pasangan yang merancang masa depan dengan harapan agar dapat hidup bersama..Tidak..Jangan salah faham..Kami berbincang supaya perjalanan hidup dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teliti agar tidak menjadi mangsa keadaan dan Along yang kini semakin mengganas..

Seringkali kawan nasihatkan pada Joseph supaya tidak memiliki dan menggunakan kad kredit..Tiada caj tahunan, bunga rendah, hadiah percuma merupakan antara tarikan yang sering digunakan oleh Promoter dan Salesman kredit kad ini..

Jika diteliti memanglah nampak menarik dan praktikal..Namun tahukah anda berapa jutakah rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar hutang kad kredit?? Juta beb..Tak tipu punyer..Kapada yang tidak tahu, banyakkan baca suratkhabar dan tengok berita..

Ramai orang memberi jawapan pada kawan bahawa kad kredit adalah penting di waktu kecemasan..Mungkin benar..bergantung pada jenis orang dan gaji bulanannya..Jikalau pendapatan bulanannya belasan dan puluhan ribu Ringgit, maka kawan yakin mereka mampu membayar..Tetapi jika gaji bulanan tidak mencecah pun 3 ribu Ringgit, janganlah cari pasal..
Dengan kad kredit di tangan, kita akan rasa ingin berbelanja dan membeli barang dan perkhidmatan yang tidak dikehendaki..

Bank memang ingin kita berhutang..Tiada caj tahunan..Tiada bunga jika dibayar dalam tempoh ditetapkan..Tapi seringkali bila habis tempoh yang diberikan gaji kita belum masuk lagi..Kalau semua mampu bayar dalam tempoh yang ditetapkan, bank-bank akan merasa panas dan rasa tidak berbaloi mengadakan perkhidmatan kad kredit..Mengapa bank-bank ini boleh bertahan dan makin giat pula menyuruh kita menggunakan kad kredit??Kerana mereka untung banyak dari kegagalan kita membayar hutang..

Janganlah mencari pasal menggunakan kad kredit..Anda bekerja..Dapat gaji..Cucuk ATM keluar cash..Anda seronok menghulurkan kad untuk di swipe...Akhirnya, anda pergi ke bank untuk bayar bil kad kredit guna cash jugak..

Janganlah ingat kita kelihatan bergaya menggunakan kad kredit..Orang tahu anda tiada cash..Sebab tu anda guna kad kredit..Back to basic..Orang berhutang sebab tiada duit..Sama sahaja konsepnya..Awek akan pandang jika anda membayar menggunakan cash..Duit betul..bukan dengan sekeping kad plastik..

Aliff????

Posted by Sakti Arjuna

Sudah banyak kali Joseph bercerita tentang Aliff di Giant Southern City..katanya laju, mantap, dan tuntas..kawan hanya mendengar antara percaya atau tidak..50 sen sejam tambahnya lagi..tauke cyber cafe manakah yang mahu rugi mengenakan 50 sen sejam? Gila ke apa??

Setelah muak dan ingin melihat sendiri penipuan Joseph, kawan pun ikut serta bersama laptop kawan..Sampai di destinasi, kawan hanya diam apabila menyedari bahawa Aliff tg dikatakan Joseph adalah sebuah kedai makan mamak..Patutlah..Inilah yang berlaku apabila komunikasi tidak tepat dan dicerna dengan tidak teliti..

Semasa kawan menulis post ini, kawan berada di Aliff sambil minum Kopi O Ais..

Walaupun demikian, memang diakui perkhidmatan Internetnya pantas dan tuntas..Awek2 pun mari gak..HUHUHUHU...

Kawan mohon maaf andainya kawan lambat dalam urusan komentar dan penambahbaikan blog..Ini semua adalah kerana Joseph tidak bayar bil Maxis Broadbandnya..

Di Mana-Mana Pun Dah Tak Selamat

Posted by Sakti Arjuna

Kawan suka pergi Mydin..Mydin best untuk berjalan-jalan mencari barang..Kawan paling suka pergi ke ruangan jam tangan kerana banyak jam-jam menarik dijual pada harga yang sangat-sangat berpatutan..Kawan sudah ada 3 jam branded yang dibeli di Mydin..

Namun, item yang paling kawan suka ialah minyak dan gel rambut..Memang murah..bayangkan, kawan pernah beli 3 gel rambut yang dibungkus bersama dengan harga RM 11..mana nak jumpa beb..Baru-baru ini kawan beli gel rambut besar berjenama Gervenne dengan harga 6 ringgit..siap ada percuma satu lagi..Tak murah lagi? Pencuci muka Biore dengan harga 8 ringgit..huh..menarik tertarik tol..

Tapi satu perkara telah menyebabkan kawan tidak lagi gemar ke Mydin sebuah bandar sate terkemuka..Ketika kawan membayar di kaunter pembayaran, cashier yang bertugas telah bertindak mengorat kawan..ketika dia memulangkan duit baki, dia telah mengusap tangan kawan sambil menggeletek tapak tangan kawan..Meremang bulu kote kawan dibuatnya..Semenjak kejadian itu, dia sering mengenyitkan mata dan menegur kawan dengan dengan nada manja yang dibuat-buat..Alahai, meluat kawan dibuatnya..

Bukan apa, kawan sudah ada awek..Memang steady sesangat..Nak buat bini pun..kawan tak suka digoda dan dingorat..Ingin sahaja kawan adukan pada Manager bertugas tetapi kawan tidak mahu menuang pasir ke dalam periuk nasi dia..Tak elok..kesian dia..

Tapi dia kena la kesian kat kawan..Kawan pun ada muka..Kawan ada awek..Mana nak letak muka dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sama-sama beratur menunggu giliran membayar..Diorang pun senyum sinis dan mentertawakan kawan..Malu kawan dibuatnya..

Nasihat kawan pada cashier tersebut..berhentilah mengorat kawan..berhentilah menggoda kawan..Kalau kau tu perempuan takpelah jugak..Dah la BAPOK!!! TAK CUN lak tuh!!!!

Kenapa Meminta-Meminta??

Posted by Sakti Arjuna

Kawan selalu didatangi peminta sedekah..peminta sedekah ini menjelma dalam pelbagai rupa..makcik, pakcik, si buta, kanak-kanak..Ada juga di kalangan mereka ini memakai kopiah dan songkok..

Disini timbullah dilemma dan juga konflik dalaman..Jika tak diberi, dipandang remeh dan serong..Jika diberi, rasa ada yang tak kena..Di sini kawan ingin berkongsi pengalaman di Maybank di sebuah bandar sate terkemuka..

Budak : Bang..beli kalendar bang..Ada pelekat..kismis pun ada..
Penulis : Apa kes?
Budak : Sambil menderma bang..nak bina surau sekolah..Murah je bang..
Penulis : Yeke? Sape suruh kau mintak derma ni?
Budak : Ustaz..
Penulis : Mana ustaz kau..aku nak jumpa..
Budak : Err..(diam)
Penulis : Kau ni hari-hari aku nampak kat sini..kau tak sekolah ke?
Budak : Sekolah pagi bang..petang mintak derma..
Penulis : Yeke? Bukan kau ke aku nampak kat depan Ocean pagi tadi?(serkap jarang je pon)
Budak : Errr(terkena)
Penulis : Kau takde kelas tambahan ke petang? Tak main sukan ke?
Budak : (Diam)
Penulis : Kau tau tak salah mintak derma ni?
Budak : Ada surat bang..
Penulis : Mana surat kau..fotostat camni aku pon leh wat..
Penulis : Kau tau tak aku boleh tangkap kau ni bawak gi balai..
Penulis : Biar padan ngan muka ustaz kau..Ada lak guna budak bawah umur mintak derma..
Penulis : Patutnya sekarang ni kau belajar..buat kerja sekolah..
Penulis : Kau cakap ngan ustaz kau tuh..
Penulis : Biar dia yang mintak derma..
Budak : (Diam sambil buat muka meminta simpati orang ramai)

Di sini telah jelas ustaz tersebut mengambil kesempatan dengan mepergunakan kanak-kanak ini untuk tujuan meminta derma..Memanglah derma itu untuk membina surau..Murni tujuannya..Tapi pada pendapat kawan cara itu salah..Bukankah lebih baik jika budak itu tadi berada di rumah atau sekolah membuat kerja sekolah atau tuisyen ataupun membuat perkara yang menjadi tanggungjawab pelajar..Kasihan budak tersebut..Dia pun kalau boleh tidak ingin berada di luar meminta derma dan menjual..

Kawan bukan tidak ada hati dan perasaan..Cuma kawan berwaspada..Peminta-peminta sedekah(merujuk kepada semua) bukan semua susah dan patut diberi duit..Ada seorang pakcik tempang yang kawan biasa lihat meminta wang di kedai-kedai makan..Sedang kawan melepak bersama rakan-rakan di Seksyen 7 BBB, pakcik ini meminta derma dan dia juga amat persistant sekali..Kemudian boleh pulak kawan jumpa dia di Pusat Snuker siap main kalah bayar lak tuh...Hisap Dunhill kotak merah yang mahal tuh yang macam biasa Payed hisap..Ada ke patut? Pastu yang tak bleh blah lagi boleh enjoy karaoke jamban sebelah kawan..Pakcik ini juga selalu berada di Downtown BTR berhampian IPIK Cheras..jauh tol dia jalan..

Ada juga yang mengedarkan pelekat yang tertera ayat-ayat suci Al-Quran dan berharap agar kita menghulurkan duit..syiling tak mau..Mau kertas..Mengada tol..Dari berbuat demikian, eloklah dia bekerja kontrak membuat bangunan atau rumah yang gajinya boleh mencecah 2-3 ribu sebulan..Tubuh badan sihat..Tak sakit..Pemikiran sahaja sakit..Malas..Memalukan Melayu..

Tetapi kawan tidak pernah mencemuh dan memaki mereka..Nasihat sahaja yang keluar dari mulut kawan..Itupun kadang-kadang..Yang hanya boleh kawan lakukan ialah tersenyum..Tidak kiralah sinis atau pun menganjing ataupun bermakna..Kerana senyum itu kan sedekah..Hanya itulah sahajalah yang kawan termampu..Bukan tidak ada duit..Cuma tidak mahu Melayu hidup bermalas-malasan..

Kau Memang LaNGsI

Posted by Sakti Arjuna

Seorang sahabat memberitahu kawan satu berita yang agak mendukacitakan..Setelah sekian lama menimba ilmu, ada beberapa manusia yang nampaknya tidak mahu menggunakan ilmu yang dipelajari itu ke arah jalan yang sepatutnya..Namun untuk menceritakan tentang semua manusia ini, tidaklah dapat kawan lakukan kerana ianya hanya akan menghabiskan masa berkualiti kawan..

Kawan ingin bercerita perihal seorang mamat ni..Ramai orang mengakui bahawa dia adalah seorang yang petah bercakap, bijak mengutarakan pendapat dan ada juga yang mengatakan bahawa dialah lelaki terpandai dalam Cohort kawan ini..Itu semua kawan sangkal kerana perasaan dengki dan juga atas beberapa faktor lain yang tidak dapat kawan nyatakan di sini..

Dengar cerita daripada sumber yang boleh dipercayai, mamat ini tidak berminat menjadi guru..alasan yang diberikan adalah kerana dia tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan di Malaysia ini..dengan berbekalkan pengalaman selama 12 minggu, mamat ini membuat kesimpulan sendiri..Dia juga tidak berminat menjadi guru dan ingin bekerja dalam sektor swasta yang kononnya menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan..lebih lucu lagi, dia ingin bekerja di Singapura dengan berbekalkan Ijazah yang bakal diperolehi..

Ada juga berpendapat (sorang je) bahawa mamat ini otak bisnes dan boleh pergi jauh dalam perniagaan..Bergaul pun tidak reti..komunikasi dengan manusia pun gagal, inikan pula hendak berhadapan dengan orang ramai..

Buka kawan ingin memperkecilkan kebolehan mamat yang seorang ini tetapi cuba kalian renungkan..Segala perbelanjaan yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia untuk membiayai pengajian mamat ini mencecah ratusan ribu..Dia bergembira belajar dengan percuma dengan duit rakyat tetapi tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan..Soal dia mampu membayar balik duit tersebut bukanlah merupakan satu masalah..Kerajaan banyak duit..Masalahnya di sini ialah dia telah mengambil tempat orang lain yang lebih layak dan bersungguh ingin menjadi guru..Kalau tidak mahu dari mula, jangan isi borang..Kesian orang lain yang tidak dapat mengikuti kursus ini..

Kita sedia maklum bahawa sudah ada pihak yang banyak mencabar berkenaan hak..Inginkan biasiswa dari kerajaan tetapi tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan..kepala lancau palat kau..Inilah salah satu contoh yang nyata..Memang Vitamin C pun..Adanya golongan seperti inilah yang menyebabkan PIPP tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya..Golongan seperti ini merupakan parasit dalam negara dan harus dibenteras supaya golongan ini tidak lagi dapat mencabar Kerajaan dengan mempertikaikan hak yang berhak..

Mamat ini pula ada hati ingin bekerja dengan sektor swasta..Selama kawan kenal dengannya, dia memakai seluar slack yang senteng dan lusuh, kemeja yang berkedut dan pudar warnanya, kasut hitam yang digunakan abah korang jika ke kebun dan tidak pernah kawan nampak dia memakai tali pinggang..Imej yang ditonjolkan adalah selekeh dan tidak bertepatan dengan penampilan seorang professional..Nak kerja swasta konon..Muka macam komunis bukit..Longkang..Rakyat seperti ini harus diajar dan dilucutkan kewarganegaraannya..

Kawan berharap agar pengambilan yang akan datang ditapis dengan sebaik-baiknya..Dan yang lebih penting, bakal-bakal guru ini haruslah terdiri dari mereka yang pro-kerajaan..haruskah dibazirkan wang rakyat berjuta-juta jika di akhirnya mereka ini tidak dapat berkhidmat kepada negara??Merugikan modal insan..Bangsat!!!

Yang Berhak

Posted by Sakti Arjuna

Seringkali kita tidak tahu mempertahankan hak sebagai pengguna..Maka rentetan dari itu kita sering ditindas dan dinafi hak..

Kawan amat menyedari bahawa rakyat Malaysia adalah aman orangnya lebih-lebih lagi Melayu..Kita tidak gemar jalan-jalan cari pasal dan bergaduh dengan orang lain..Sikap begini boleh mengundang padah jika tiada had dan batasannya..

Kawan pasti ramai yang sering tertipu dengan jaminan penjual DVD haram tentang kualiti gambar dan bunyi DVD yang dibeli..Memang betul boleh ditukar semula tetapi sudah menjadi satu pekerjaan pula berulang alik membazir tenaga dan wang ringgit..Sudahla badan penat, hati pula panas..Akan tetapi beranikah kita menengking dan memaki hamun penjual DVD tersebut? kawan yakin jawapannya tidak..Sedangkan sudah menjadi hak kita sebagai pengguna walaupun barang tersebut adalah salah disisi undang-undang..

Jika kita ke restoran-restoran mamak yang semakin banyak menular di negara tercinta ini pula, berapa ramaikah dari kita yang betul-betul berpuas hati dengan kualiti makanan dan layanan yang diberikan? Bila sudah terkenal dan ramai pelanggan, maka harga diletakkan sesuka hati dan boleh pula buat muka ketika mengambil pesanan dan ketika digamit....Berapa ramaikah antara kita yang berani memaki hamun pekerja-pekerja tersebut seraya menghumban makanan dan minuman yang tidak memuaskan?

Jika kita menaiki bas ekspress berjenama burung berwarna hijau dari Kajang ke Johor Bahru, bas tersebut akan singgah di Terminal Bas Seremban hampir 45 minit untuk memenuhkan penumpang sambil mengisi poket ulat tiket dan pemandu bas dengan komisen..Ini membuat kita terfikir bas yang kita naik ini bas ekspress atau bas berhenti-berhenti??? Kita sebagai penumpang merangkap pengguna perkhidmatan bas ekspress ada benda lain yang ingin dibuat dan ingin sampai ke destinasi dalam masa yang diingini..bukan ingin melayan kehendak ulat tiket dan pemandu bas..Itu masalah korang, bukan kami..Tetapi berapa ramaikah antara kita yang berani menegur ulat tiket ini? Kawan berani..Dan telah kawan lakukan..Tetapi dijawab dengan angkuh dan autokratik sekali..Kawan tidak ingin meninggikan suara dan memaki hamun kerana kawan ingin ke Johor Bahru dan bukan Hospital Besar Seremban..Tambahan pula, kawan ada kursus..

Marilah kita ramai-ramai menyedari hak kita sebagai pengguna..Berani kerana benar dan jangan takut untuk lantang bersuara dan menegur yang batil..Ini negara kita..Kita juga akan membayar cukai..Kita juga menyumbang kepada ekonomi negara..Dan yang paling penting, kita penduduk asal negara tercinta ini..