Pasrah

Posted by Sakti Arjuna

Masa itu emas..itulah bidalan yang sering dilontarkan merujuk pada masa..Tidak ramai yang tahu menghargai masa..Kawan juga masih tidak bisa menguruskan masa dengan jayanya..Tapi kawan tidak ingin berbicara tentang pengurusan masa di sini..


Sedar tidak sedar,masa dirasakan semakin berkurangan..Jika dahulu kawan boleh meluangkan dua jam sehari di pusat latihan snuker,sekarang kawan tidak bebas lagi berbuat demikian..Dalam tempoh dua bulan setengah,baru dua hari lepas kawan melepaskan gian snuker bersama Jalak Lenteng dengan kualiti permainan yang melucukan..

Kawan juga jarang meluangkan masa bersama rakan-rakan..Bukan tidak mahu,tetapi tidak berupaya..Rakan-rakan juga jarang meluangkan masa bersama kawan..Jika dahulu kawan boleh melepak di warung sambil minum Kopi Jantan Ais dengan gembira bersosial, maka sekarang kawan hanya boleh minum air water cooler sambil cuba berborak dengan mereka yang sedang menggunakan mesin basuh..

Jika dahulu kawan boleh menghabiskan wang, masa dan tenaga berembun dan berhujan di awal pagi bersama rakan-rakan menjelajahi segenap pelosok Johor Bahru dengan gembira dan tanpa perasaan bimbang, maka sekarang tiada lagi rakan yang boleh diajak berseronok dan berhibur seperti waktu dulu..

Jika dahulu kawan bebas mengajak rakan melalak dan memekak di Diva Giant Southern City, maka sekarang rakan-rakan tidak mahu lagi mengadakan aktiviti sedemikian atas kekangan kewangan dan perhubungan..

Masa sudah berubah..Perubahan itu sukar untuk diterima..Tetapi itulah hakikat yang terpaks kita tempuh..Kawan tidak ingin memandang ke belakang dan berharap agar dapat diundurkan masa..

Konservatif

Posted by Sakti Arjuna

Semua orang berhobi..Hobi itu subjektif..Hobi itu menjadi pengubat dan juga peneman kepada seseorang individu..Hobi juga menerangkan sikap dan perwatakan seseorang itu..

Kawan tidak tahu jika bermain permainan video atau komputer itu merupakan satu hobi..Mungkin ada yang mengatakan ya..dan kawan yakin ramai yang berkata ya..Pada kawan,hobi sedemikian adalah pramatang dan sia-sia..

Carilah hobi yang lebih bermanfaat..Terus terang kawan katakan bahawa kawan bersikap agak prejudis terhadap golongan yang bermain permainan komputer untuk tempoh yang agak lama..Atas dasar yang diterima sejagat bahawa itu adalah hak masing-masing,kawan tidak menegur mahupun mengutuk secara berdepan..Cuma kawan memandang rendah golongan seperti ini tidak kira apa status yang dipegang mereka..

Kawan bermain juga permainan video..paling lama pun tiga hari..itupun paling lama sehari 3 jam..Dan jarang kawan bermain lama kerana kawan tidak menggemari permainan video dan berkomputer..Maka menjadi kehairanan kepada kawan melihat manusia yang dapat bermain berjam-jam sehinggakan boleh memberi komitmen yang sama selama berbulan-bulan malah bertahun..

Mungkin kawan agak konservatif..Tetapi kawan geli hati melihat orang yang boleh dikatakan dewasa bercakap tentang game..berdiskusi tentang game..menghadap skrin sampai rabun mata dan pening kepala kerana game..bergaduh kerana game..bermasam muka kerana game..meninggalkan komitmen kerana lebih komited terhadap game..Kerana pada kawan ini adalah sikap anak-anak yang belum mumaiyiz..

Mungkin perkara ini adalah hak masing-masing..itu kawan akui..tetapi hak yang dimiliki oleh mereka ini pada kawan dungu dan bodoh..

Kawan memang tidak boleh terima orang yang taksub dengan game..Alahai kesiannya..

Kereta Idaman

Posted by Sakti Arjuna






Seperti manusia lain, kawan juga mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman atau kereta-kereta idaman..Doakan kawan murah rezeki dan berjaya mencapai impian..

Waiting List

Posted by Sakti Arjuna

Kawan bangkit dari tidur dengan perasaan yang bercampur baur..Sakit perut yang memulas menyebabkan kawan terpaksa menghabiskan masa yang lama di dalam jamban..Bilik mandi yang penuh menyebabkan kawan terpaksa menunggu giliran seperti di BSN cawangan Larkin Jaya..

Kawan benci menunggu..Tidak kiralah menunggu apa sahajapun..Tanyalah Nurulhazhan..Dia tidak berani membuat kawan menunggu kerana sudah sedia maklum kawan benci menunggu..

Kawan tidak kisah menunggu di tempat yang dirasakan perlu..Tetapi jika kawan merasakan adalah melampau untuk kawan menunggu di tempat yang dirasakan tidak perlu,maka kawan akan mudah berasa panas..

Semua manusia mandi pagi..kecuali cina-cina yang memang budayanya tidak mandi pagi..Adakah perlu mengambil masa yang lama untuk membersihkan diri..Jangan buat seperti bilik air tersebut mak bapak kalian yang renovate..Ada manusia yang mengambil masa sehingga sepuluh minit untuk mandi..Mandi pagi je pun..Berapa lama sangatkah masa yang diperlukan untuk menyabun, shampoo dan membilas pepek anda itu?

Kawan benci manusia yang pentingkan diri sendiri..Jangan sampai kawan menendang pintu semasa kalian sedang membasuh pepek..

Ada juga manusia dungu yang menukar baju di dalam shower..Patutlah lama masa yang diambil..Kau buat shower tu macam fitting room ek? Pastinya golongan ini tidak pernah berjumpa dengan shower di seberang sana..Itulah sebabnya mereka ini ibarat baru berjumpa kemajuan..Kawan sedia maklum di sana kekurangan serba serbi..

Kawan rasa tak berbaloi ada muka yang pecah kerana sikap di bilik air...

Posted by Sakti Arjuna

Posted by Sakti Arjuna

Posted by Sakti Arjuna


Sepatah Dua Kata

Posted by Sakti Arjuna

Di sini kawan ingin menyampaikan nasihat ikhlas buat rakan-rakan Cohort 5 yang akan meneruskan perjuangan ke menara gading..


1. Jangan sesekali memonteng kelas kerana ponteng itu ibarat rokok..cepat sangat ketagihnya..Sekali ponteng pasti hendak ponteng lagi dan akhirnya memakan diri..

2. Jangan lupa untuk menyiapkan tugasan tidak kiralah dibuat awal atau di akhir masa..

3. Jangan alpa dengan kota metropolitan yang berhampiran kerana melayu itu mudah sangat lupanya..

4. Jangan sesekali mencuri barang atau wang di asrama atau rumah sewa kerana jika ditangkap, buruk padahnya dibelasah rakan-rakan..

5. Berbelanjalah secara jimat kerana perasaan ingin berbelanja itu lebih meruap-ruap di sana..

6. Carilah awek semasa dua tahun berada di sana..Adalah satu kegagalan dalam kehidupan jika kembali ke MPTI dengan tangan kosong kerana awek-awek di sana bersepah dan cun-cun belaka dan kepingin untuk mempunyai teman lelaki..

7. Hormatilah pensyarah dan tenaga pengajar..

8. Jaga motosikal baik-baik..Banyak pencuri..

9. Jangan lupakan kawan di sini..Ada masa, jika diizin Tuhan, kita berjumpa lagi..

Andai Dapat Ku Undur Masa

Posted by Sakti Arjuna

Dalam usik ku merajuk seketika
Lalu Ku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa kuduga lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilemma prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan ku kirimkan
Berita agar dapat ku temui
Dirimu umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Ingin ku ubah semula
Kata-kata dan tingkah lakumu
Yang salah agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Pasukan Ragbi 10's SMTJB

Posted by Sakti Arjuna


Mahalnya Harga Sebuah Senyuman

Posted by Sakti Arjuna

Kawan sering terjumpa tunggul..ajaib rasanya kerana dimana-mana ada sahaja tunggul..kawan juga yakin bahawa sememangnya tunggul yang sering kawan ternampak itu..andai kata bukan tunggul seperti yang dikatakan, sudah tentulah ia boleh berbicara atau paling tidakpun tersenyum..

Kawan jarang bersedekah..dengan perasaan malu kawan akui bahawa wang ringgit bukanlah sesuatu yang mudah untuk kawan sedekahkan,tapi setidak-tidaknya kawan senyum apabila berjumpa sesama saudara..

Dahulu, kawan mengenali sesama rakan semaktab..Boleh kata kawan boleh menegur sesiapa sahaja tanpa perasaan malu dan segan..Jika kawan berasa berat mulut untuk menyapa, kawan rajinkan otot pipi kawan untuk senyum dan bukan tersengih seperti kerang busuk..

Seringkali kawan perhatikan adik-adik yang menginap di kediaman asrama ini bongkak mukanya dan angkuh perwatakannya..Kurangnya didikan dari abang-abang menyebabkan mereka ini seperti hidup dalam kepompong mereka sendiri dan berasa selesa semahunya..Kawan bukan minta untuk dilayan seperti Abang Besar..apakah leceh untuk membalas kembali senyuman yang dilemparkan oleh kawan dengan rasa ikhlas??Mengapa perlu ada riak bongkak pada air muka??

Kawan menyapa dan senyum pada adik-adik ini kerana ikhlas dan ingin bergaul..kerana itu adalah perbuatan yang biasa dan sering dilakukan oleh manusia bertamadun..Jika mereka tidak diajar dan tidak biasa menyapa dan senyum pada sesama saudara lebih-lebih lagi pada yang lebih tua,maka tindakan kawan itu hanyalah berdasarkan atas prinsip kepimpinan melalui teladan..kerana kawan diajar oleh orang tua kawan agar ringan mulut menyapa dan tersenyum pada sesama saudara tidak kira yang tua atau yang muda..

Kawan kurang pasti mengapa budak-budak zaman sekarang ni sukar untuk menzahirkan hormat dan kemesraan..adakah kerana bagusnya keputusan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia atau memang mereka ini kurang didikan dan tunjuk ajar dari orang tua dan para guru..

Jika senyum kawan tidak dibalas..dan sapaan kawan dibuat endah tak endah sahaja, maka kawan tidak merasa perlu untuk berbuat baik pada golongan ini lagi..

Tolong Jangan Perasan Besar

Posted by Sakti Arjuna

Baru-baru ini kawan dikejutkan dengan kenyataan dan luahan rasa segelintir rakan-rakan yang tidak selesa hatinya dengan kepadatan institusi. Sudah sedia maklum bahawa kepadatan mengundang masalah sosial seperti jenayah, melepak, merempit dan sebagainya..Namun masalah yang berlaku di sini adalah lebih petaka lagi.

Kawan sudah lama menjadi penghuni di sini..Belum pernah kawan berjumpa dengan golongan yang tidak ada nasab seperti golongan bermasalah ini..Golongan ini amat kurang ajar sekali memperlekehkan peraturan yang sekian lama dituruti dengan patuh oleh kita semua..Menjadi lambang kemegahan buat golongan ini memiliki kenderaan yang hanya boleh dilihat dengan perasaan kosong oleh kita semua..Bukan maksud kawan ingin jaki dan berdengki kerana kawan tidak memiliki kenderaan empat tayar..TIDAK!!! Kawan aman jikalau apa sahaja kenderaan yang dimiliki mempunyai pelekat yang pemegangnya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan asrama..

Jikalau sudah tidak dibenarkan, bawa balik sahaja kenderaan itu..Jangan menidakkan hak kami yang sudah bertahun-tahun di sini..Kalau tidak hormat kepada peraturan, setidak-tidaknya hormatlah pada kami yang mengikut peraturan..Kawasan parking merupakan hak kenderaan berpelekat hijau..Jangan kurang ajar..Kalau sedar pelekat berwarna dan bercorak lain, sila jangan buat kami marah..Sila ikut resmi kami..Jangan jadi lahanat..