Kawan jarang berpeluh..Baju-baju yang dipakai boleh dikatakan tidak berbau kerana badan kawan tidak berbau akibat kurangnya peluh..Oleh kerana itu,kawan tidak membasuh baju sekerap orang lain kerana kawan boleh memakai baju yang sama selama berminggu-minggu tanpa risau akan bau dan kegatalan..
Entah mengapa, semalam terdetik di hati ingin membasuh baju..Kawan tidak pernah membasuh tangan di bilik air atau menggunakan mesin basuh yang menelan 3 ringgit sekali pakai..Kawan hantar baju kawan ke dobi..Ini adalah kerana kawan tidak mempunyai masa untuk menjemur dan melipat baju-baju serta mengemasnya ke dalam almari..Sebab yang utama ialah baju dan seluar kawan hampir kebanyakannya adalah yang berjenama dan mahal harganya..Kawan sedari tingkatan dua lagi duduk di asrama..Kawan faham akan masalah kecurian yang melanda setiap asrama di Malaysia ini..
Maka bermulalah proses membasuh dan menjemur baju..Usai menjemur, kawan turun ke padang menyepak barang sebiji dua bola bersama rakan-rakan..Namun, sekembalinya dari padang, hati kawan panas apabila mendapati seluar slack hitam kawan berjenama Suave telah hilang dari ampaian..Seluar ini bukanlah antara koleksi yang mahal, tetapi potongan sepertinya sukar dicari..Potongan sepertinya adalah yang tercantik dan padan dengan kawan..Nasib baik juga hanya sahelai sahaja seluar slack yang dijemur..Andaikata seluar-seluar kawan yang lain turut dijemur, maka kerugian boleh dianggarkan mencecah seribu ringgit..
Kawan tidak ingin menuduh dan bersikap prejudis..Maka kawan menampal notis untuk mengingatkan bahawa sesiapa yang terambil bolehlah memulangkan kepada kawan dengan kadar segera..Kawan tidak sanggup terfikir bahawa bakal-bakal guru kerjanya mencuri pakaian penghuni lain di asrama..Mungkin terambil secara tidak sengaja..Ataupun memang sengaja ingin meringankan beban kawan dari mengangkat sendiri jemuran..
Sekembalinya dari bermain snuker di Larkin Perdana, hati kawan sejuk kerana seluar kawan itu telahpun diletakkan semula di ampaian walaupun berubah tempat..Mungkin yang terambil itu tidak berani hendak memulangkan secara berdepan..
Terima kasih diucapkan kerana memulangkan kembali seluar kawan..Sikap sebeginilah yang harus dicontohi..Kawan bersyukur kerana masih ada lagi manusia yang jujur di atas muka bumi ini..
Ini merupakan kali terakhir kawan membasuh baju di asrama..Beringat sebelum kena lagi..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha...malang tol ko...aku mmg off list la klu ko nk syak aku amek sluar ko...klu amek pun muat sebelah kaki je....hehehe...sebelum pulang aku kehilangan 3 helai baju...memang la baju murah tp baju tu mmg x jual kot...pemberian bro guard rock d world tu.....aku dah pelik dah..aik..aku lak kene curik...tp memikirkn...dah nk balik dah...sedekah je la kat insan yang x dapat baju tu...jd...antarlah dobi di luar..nk x nk..trpaksa..huhuhu
aku bersimpati atas nasib ko, sakti arjuna....
naseb bek dapat balik....
kalau xdapat, aku bole iklankan kat Bersamamu TV3.....
macam aku pun kena jugak.. baju t shirt aku menjadi mangsa.. lepas 2 minggu aku jumpa di tempat lain..
tapi aku guna pendeketan lain.. aku jemour dengan sekejap.. jemur pagi, petang angkat..
tapi melihatkan sakti arjuna tu, aku dah mula berfikir 2 kali..
dala xpenah2 nk ajin basuh baju..da tetibe jd rajin..len plk jdinye..haha
itulah pasal..tobat pasni tak nak basuh lagi..hoho..kawan jemur tak sampai 5 jam Joseph oi..
wei ada org wat pengumuman kt notis board siap ada sluar skali...hahaha..cuba g tgk aku rasa sluar ko kowt...angin kuat 2-3 ari ni terbang kowt baju n sluar ko...
tak mungkin terbang seluar tersebut..kawan teliti orangnya..tidak akan kawan gantung di tempat yang kawan rasakan tidak selamat..seluar itu bukan kepunyaan kawan..
hahaha,ak penah kena gak tpi cerita ak lain ckit,
ak gantuung seluar track suit ak kat luar depan bilik ak as usual,
petang tu ak nak gi main bola tampar,
ak tngok sluar ak xda,
ak dah curious case la kan,
so ak redha la menerima ketentuan tuhan.
Wlau bagaimanapun, malam tu seluar ak kembali di ampaian di hadapan bilik ak,
tambah musykil la,
adakah ini angkara hantu yg mungkin ada di blok H.
Nak dijadikan cerita,beberapa hari selepas tu, ak duk lepak kat bilik Tv lepas kelas,agak petang la,
nak dijadikan cerita ak ternamapak la seekeor makhluk ni dtang kehadapan bilik ak dan denagn selamba mengambil tracksuit ak yag disidai di amapaian tu,
amboi amboi amboi sesuka ati je.
Ak biarkan la cos ak cdang nak attack dia lepas dia balik aktiviti koku dia.
So ak dengan khusyuknya menyambung tonton tv. tup tup tup ak tersedar yg hari tlah lewat petang,
bila ak toleh belakang ak namaoak makhluk tu meletak kan semula tracksuuit ak di amapaian dihadapan bilik ak,
I was like HELLOOOO!!!
It was gross.
Ak ni plak kata je nak attack, tpi disebabkan tahap kegelian ak denagan cara makhluk tu, ak membiarkan nya dan menebuang track suit itu dgn segera.
Itula cerita nyer.
Anyways bilik ak H2-56.
Makhluk tu bilik nyer sekitar bilik aku jer,
Sapa ek???
hahahahaha