Di sini kawan ingin menyampaikan nasihat ikhlas buat rakan-rakan Cohort 5 yang akan meneruskan perjuangan ke menara gading..
1. Jangan sesekali memonteng kelas kerana ponteng itu ibarat rokok..cepat sangat ketagihnya..Sekali ponteng pasti hendak ponteng lagi dan akhirnya memakan diri..
2. Jangan lupa untuk menyiapkan tugasan tidak kiralah dibuat awal atau di akhir masa..
3. Jangan alpa dengan kota metropolitan yang berhampiran kerana melayu itu mudah sangat lupanya..
4. Jangan sesekali mencuri barang atau wang di asrama atau rumah sewa kerana jika ditangkap, buruk padahnya dibelasah rakan-rakan..
5. Berbelanjalah secara jimat kerana perasaan ingin berbelanja itu lebih meruap-ruap di sana..
6. Carilah awek semasa dua tahun berada di sana..Adalah satu kegagalan dalam kehidupan jika kembali ke MPTI dengan tangan kosong kerana awek-awek di sana bersepah dan cun-cun belaka dan kepingin untuk mempunyai teman lelaki..
7. Hormatilah pensyarah dan tenaga pengajar..
8. Jaga motosikal baik-baik..Banyak pencuri..
9. Jangan lupakan kawan di sini..Ada masa, jika diizin Tuhan, kita berjumpa lagi..
Yes,and i welcme yall to UPM,
c ya guys soon
akan ku perhalusi nasihat2 mu itu...tp apekan daye...x smpai upm pun dh hanyut dah...tu tare2 duk umah...kat jengka je pun..pun dah hanyut???adeih...kuatkanlah iman....
ade lagi.. jika ibubapa dari golongan berada, jangan lupa diri.. jika ibubapa dari golongan berpangkat tinggi.. jangan lupa diri..
alasan tetap ada jika dicari.. hiduplah TANPA ALASAN..