Pasrah

Posted by Sakti Arjuna

Masa itu emas..itulah bidalan yang sering dilontarkan merujuk pada masa..Tidak ramai yang tahu menghargai masa..Kawan juga masih tidak bisa menguruskan masa dengan jayanya..Tapi kawan tidak ingin berbicara tentang pengurusan masa di sini..


Sedar tidak sedar,masa dirasakan semakin berkurangan..Jika dahulu kawan boleh meluangkan dua jam sehari di pusat latihan snuker,sekarang kawan tidak bebas lagi berbuat demikian..Dalam tempoh dua bulan setengah,baru dua hari lepas kawan melepaskan gian snuker bersama Jalak Lenteng dengan kualiti permainan yang melucukan..

Kawan juga jarang meluangkan masa bersama rakan-rakan..Bukan tidak mahu,tetapi tidak berupaya..Rakan-rakan juga jarang meluangkan masa bersama kawan..Jika dahulu kawan boleh melepak di warung sambil minum Kopi Jantan Ais dengan gembira bersosial, maka sekarang kawan hanya boleh minum air water cooler sambil cuba berborak dengan mereka yang sedang menggunakan mesin basuh..

Jika dahulu kawan boleh menghabiskan wang, masa dan tenaga berembun dan berhujan di awal pagi bersama rakan-rakan menjelajahi segenap pelosok Johor Bahru dengan gembira dan tanpa perasaan bimbang, maka sekarang tiada lagi rakan yang boleh diajak berseronok dan berhibur seperti waktu dulu..

Jika dahulu kawan bebas mengajak rakan melalak dan memekak di Diva Giant Southern City, maka sekarang rakan-rakan tidak mahu lagi mengadakan aktiviti sedemikian atas kekangan kewangan dan perhubungan..

Masa sudah berubah..Perubahan itu sukar untuk diterima..Tetapi itulah hakikat yang terpaks kita tempuh..Kawan tidak ingin memandang ke belakang dan berharap agar dapat diundurkan masa..

6 comments:

  1. Jalak Lenteng said...

    semakin bnyak tggungjawab semakin kita matang...semakin kita matang semakin banyak masa yang kita x cukup...more responsibility = less time of joy...papepun arjuna...t kite kene ejas mase free nk repeat balik game...hehehe...huduh sgt men ritu...

  2. Sakti Arjuna said...

    Beres..bila dan di mana

  3. Unknown said...

    benar.. masa semakin jauh meninggalkan kita.. banyak perkara baru yang kita akan jumpa di kemudian hari.. aku juga pasrah terhadap apa yang bakal menanti..

  4. QaYYum MieJiFans said...

    semakin tinggi kita belajar semakin kurang masa lapang....jangn sia2kan masa..gunakan sebaiknya...

  5. Jalak Lenteng said...

    nampaknye pertembungan kite x dapat di elakkan lagi...hahaha...de rezeki t kite bertemu....hehehe

  6. Sakti Arjuna said...

    Baik..Tadi petang Qayyum titik kawan 3 frame..HUHU..

Post a Comment