Semua orang berhobi..Hobi itu subjektif..Hobi itu menjadi pengubat dan juga peneman kepada seseorang individu..Hobi juga menerangkan sikap dan perwatakan seseorang itu..
Kawan tidak tahu jika bermain permainan video atau komputer itu merupakan satu hobi..Mungkin ada yang mengatakan ya..dan kawan yakin ramai yang berkata ya..Pada kawan,hobi sedemikian adalah pramatang dan sia-sia..
Carilah hobi yang lebih bermanfaat..Terus terang kawan katakan bahawa kawan bersikap agak prejudis terhadap golongan yang bermain permainan komputer untuk tempoh yang agak lama..Atas dasar yang diterima sejagat bahawa itu adalah hak masing-masing,kawan tidak menegur mahupun mengutuk secara berdepan..Cuma kawan memandang rendah golongan seperti ini tidak kira apa status yang dipegang mereka..
Kawan bermain juga permainan video..paling lama pun tiga hari..itupun paling lama sehari 3 jam..Dan jarang kawan bermain lama kerana kawan tidak menggemari permainan video dan berkomputer..Maka menjadi kehairanan kepada kawan melihat manusia yang dapat bermain berjam-jam sehinggakan boleh memberi komitmen yang sama selama berbulan-bulan malah bertahun..
Mungkin kawan agak konservatif..Tetapi kawan geli hati melihat orang yang boleh dikatakan dewasa bercakap tentang game..berdiskusi tentang game..menghadap skrin sampai rabun mata dan pening kepala kerana game..bergaduh kerana game..bermasam muka kerana game..meninggalkan komitmen kerana lebih komited terhadap game..Kerana pada kawan ini adalah sikap anak-anak yang belum mumaiyiz..
Mungkin perkara ini adalah hak masing-masing..itu kawan akui..tetapi hak yang dimiliki oleh mereka ini pada kawan dungu dan bodoh..
Kawan memang tidak boleh terima orang yang taksub dengan game..Alahai kesiannya..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
itulah masalahnya. game itu sendiri dicipta sebagai alat bantuan untuk berhibur untuk melepaskan tekanan yang dihadapi sekiranya ada..
akan tetapi adakah game itu boleh dijadikan alat untuk mengisi masa lapang atau sebagai sandaran utama untuk berhibur?
bagi aku, game tetap adaa batasnya, sama seperti hiburan yang lain. jika terlebih, maka habislah ia..
janganlah kita tergolong dalam manusia yang melampaui batas.. ingatlah setiap perbuatan itu ada batasnya..
nak main game agak-agak a..
i agree..
bermain permainan video bukan hobby..
like what joseph said, berhibur ada batasnya..
jangan melampaui batas2..
mcm lagu kumpulan raihan..
berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jadi bersalah..
kesan teknologi gak ni...hahaha
lex2 sudey bg aku...nk men boley tp igt idup kite bukan dengan game....bnyak g bende penting...janganla sampai x kuar makan...x g kelas..mlampau dah tu
percaya atau tidak, game xpenah wujud dalam hidup ak,hahahha