Kawan sering terjumpa tunggul..ajaib rasanya kerana dimana-mana ada sahaja tunggul..kawan juga yakin bahawa sememangnya tunggul yang sering kawan ternampak itu..andai kata bukan tunggul seperti yang dikatakan, sudah tentulah ia boleh berbicara atau paling tidakpun tersenyum..
Kawan jarang bersedekah..dengan perasaan malu kawan akui bahawa wang ringgit bukanlah sesuatu yang mudah untuk kawan sedekahkan,tapi setidak-tidaknya kawan senyum apabila berjumpa sesama saudara..
Dahulu, kawan mengenali sesama rakan semaktab..Boleh kata kawan boleh menegur sesiapa sahaja tanpa perasaan malu dan segan..Jika kawan berasa berat mulut untuk menyapa, kawan rajinkan otot pipi kawan untuk senyum dan bukan tersengih seperti kerang busuk..
Seringkali kawan perhatikan adik-adik yang menginap di kediaman asrama ini bongkak mukanya dan angkuh perwatakannya..Kurangnya didikan dari abang-abang menyebabkan mereka ini seperti hidup dalam kepompong mereka sendiri dan berasa selesa semahunya..Kawan bukan minta untuk dilayan seperti Abang Besar..apakah leceh untuk membalas kembali senyuman yang dilemparkan oleh kawan dengan rasa ikhlas??Mengapa perlu ada riak bongkak pada air muka??
Kawan menyapa dan senyum pada adik-adik ini kerana ikhlas dan ingin bergaul..kerana itu adalah perbuatan yang biasa dan sering dilakukan oleh manusia bertamadun..Jika mereka tidak diajar dan tidak biasa menyapa dan senyum pada sesama saudara lebih-lebih lagi pada yang lebih tua,maka tindakan kawan itu hanyalah berdasarkan atas prinsip kepimpinan melalui teladan..kerana kawan diajar oleh orang tua kawan agar ringan mulut menyapa dan tersenyum pada sesama saudara tidak kira yang tua atau yang muda..
Kawan kurang pasti mengapa budak-budak zaman sekarang ni sukar untuk menzahirkan hormat dan kemesraan..adakah kerana bagusnya keputusan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia atau memang mereka ini kurang didikan dan tunjuk ajar dari orang tua dan para guru..
Jika senyum kawan tidak dibalas..dan sapaan kawan dibuat endah tak endah sahaja, maka kawan tidak merasa perlu untuk berbuat baik pada golongan ini lagi..
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya suka senyum,
serious,
Ohoi....gud topic la bro....aku baru berhadapan ngan insiden sedemikian dan lantas aku jua telah menghantar post yang same isi...
Mangkuk2 jamban yang bontot mane reti nk tegur2 ni...maklumla...dieorg ni bakal jd senior kot....serun aku...takot....adik2 dan kembar2 mereke bakal nk jadi abang2....
aku da xlarat senyum la....asek aku je sedekah org xmau plak sedekah kt aku asek buat muka ketat ja...
terajang je orang mcm ni..
nemo, adakah aku yang kau maksudkan...
yela2, pasni, aku bgun pagi2, aku senyum depan bilik ko k.......
yela.. aku pun nak senyum jugak a..
Hohoho...so this is Nemo,si Hero dari Kajang tu! hehehe... Uhh,blog mengutarekan topik2 hangat! aku akan make sure tiap2 kali aku bukak laptop, aku bace blog ko! hehehe...
senyummmm...=)
Wei..jangan la rujuk aku menggunakan nama samaran..gunakanla nama pena aku yang dah tersedia tuh..apela...
oi zakwan johan..apa gila laks awak nak senyum depan bilik kawan..ketuk la pintu..pas kawan bukak barula senyum..apala..ada lak senyum kat pintu..
haha.....yela...pas ko bukak pintu, baru aku senyum k.....sakti arjuna, aku ingin mengucapkan good luck kepada ko dan pasukan rugby sekolah ko untuk kejohanan di segamat esok.....semoga pulang dengan kejayaan....aku ada satu soklan, adakah ko knal insan bernma zakwan johan ni?
kawan kenal sangat awak..awak la si sombong yang duk kat aras tiga tuh..
mane blog baru.. goblog btol.. hahaha
haha....
mana de sombong saudara sakti arjuna oi......
ko tu sibuk memanjang.....
mana nak nampak muka......
???????????
sapa bro?
kasi anta list name dak2 yg nek pala..
ckp kat diorang,
tunggu abang BAGUK datang..
kalu rasa gigi tu cantek sgat,
try r wat kat aku..
aku blanja pelempang free!!!!
hahaha..x perlu list baguk oi..hang datang rasai sendiri..